36

Romance Completed 3509

"Well well well....what we got here?"Sayup2 suara itu di pendengaran Emelda. Dia menggelengkan kepalanya laju menghilangkan pening lalatnya.

Tangannya terasa ketat di belakang. Dia mengangkat kepalanya. Pandangannya yang masih berpinar pinar menghadkan penglihatannya untuk melihat gerangan orang yang dihadapannya.

"Kau dah sedar?Kau special guest aku..so aku letakkan kau kat kerusi ni..Baik tak aku?"Emelda memicingkan anak matanya.

"Jessiah?"panggilnya. Seingatnya orang yang terakhir dia jumpa ialah Jessiah.

"Jessiah?Jessiah..dia panggil kau"suara yang sama masih bercakap.

Jessiah menghampiri.

"Aku kat mana?"soal Emelda perlahan. Penglihatannya sudah mula jelas. Kalau tak silap matanya,dia kini berada di sebuah rumah lama.

"Kau kat dalam genggaman aku"suara yang sama lagi.

"Aku bukan bercakap dengan kau lah!"marah Emelda.

"Jessiah!Aku kat mana?!"soal Emelda lagi. Kali ini suaranya ditinggikan. Berang hatinya melihat Jessiah yang masih membisu itu.

"Kenapa aku diikat?Kau..kau ok?"soal Emelda lagi. Tiba2 Jessiah menjauh. Buntang mata Emelda pabila melihat keadaan Jessiah macam biasa.Tiada apa yang terikat pada dirinya.

"She is not yours anymore..."wajah Jessiah digantikan dengan wajah orang yang Emelda bencikan selama ini. Emelda diam.

Dapat dia lihat Jessiah keluar daripada bilik bau hapak itu.

"Kau khianati aku,Jessiah!"jerit Emelda.

"Dia tak khianati kau..Dia just setia dengan aku..."sinis sekali bunyi nada suara itu.

"Kau!Natasha!Mana abang aku,Emir?!Erik mana?!"jerkah Emelda. Ikatan pada tangannya cuba dirungkaikan dengan menarik narik tangannya. Tapi usahanya sia2.

"Owh..so nama dia Erik?Kacak...he is hotter than your brother...Ehh..Emir is hotter too...Aaahh..ke aku yang dah bosan dengan wajah Emir tu sebab tu aku puji orang lain ni?"Natasha berkata kata sendiri. Emelda hanya diam memerhatikan tingkah laku orang di depannya.

"Anyway...congrats to you cause you had succeed get into my trap..."Natasha menepuk tangannya.

"About..Emir and Erik. Dont worry. Mereka takkan bersendirian sekarang...sebab kau ada...hahaha!"Natasha ketawa bagai orang gila.

"Apahal kau culik aku?Apa yang kau nak sekarang?"Emelda menyoal keras. Natasha berhenti ketawa. Serius dia memandang wajah Emelda. Kemudian,perlahan lahan dia mampir.

"Banyaknya soalan..aku nak jawab mana satu eh?"ujar Natasha sambil tersengih sengih bagai orang tak cukup dadah dalam badan.

"Kau jangan uji kesabaran aku!"jerit Emelda.

"Okok...aku nak semua harta kau. Termasuk harta kau yang kat Las Vegas tu. Kalau boleh..dapatkan aku sekali casino terbesar kat sana. Boleh?"Emelda terdiam.

"Apasal diam?Boleh ke tak?"jerkah Natasha.

"I'll get anything you want. But...in one condition..."Emelda menjungkitkan keningnya. Dia harus tahu sekarang juga!

"What?"bercahaya mata Natasha. Emelda spontan senyum sinis.

"Lepaskan aku"Natasha mendengus.

"Kau ingat aku bodoh?!"

"Tak..aku ingat kau sewel"selamba Emelda mengejek.

Natasha meluru ke arah Emelda lalu mencengkam rambut Emelda membuatkannya menyerigai kesakitan.

"Yaa!Aku sewel!Aku sewel sebab keluarga kau tau tak?!"Natasha menolak kuat kepala itu ke depan.

"Kalau tak kerana papa kau tu..rancangan aku akan berhasil kau tau tak?!"

"Rancangan?"berkerut kening Emelda menyoal.

"Ha..HA HA HA .."Natasha kembali menghampiri Emelda. Dicengkamnya rahang gadis itu.

"Rancangan aku untuk ambil semua harta keluarga kau!Aku nak korang rasa kemiskinan tu macam mana...!"kemudian dia menolak pula rahang Emelda kuat. Kepala Emelda terteleng ke kanan.

"Bila aku goda Emir..I got him!Malangnya bila Emir bawa aku jumpa bapak korang tu..orang tua tu menolak!Aku sakit hati sangat. Tapi aku tak mengalah....Aku cakap aku akan berubah. Tapi sebenarnya aku tipu. Aku khianat bapak korang dengan mengatakan bapak korang hantar orang2 dia untuk perhatikan segala aktiviti aku!And guess what?!Emir percaya bulat2 bila aku cerita perkara tu dekat dia"Natasha berjeda seketika.

Emelda menggenggam tangannya di belakang. Rasa sakit di kepalanya tidak dihiraukan. Rahangnya bergerak gerak menahan marah. Kemudian Natasha berpaling ke arahnya semula.

"Tapi bapak korang pintar lagi pujuk Emir. Waktu tu juga Emir putuskan aku sebab dia rasa dikhianati. Bapak korang bagi dia bukti kukuh mengatakan aku tipu Emir. Aku kecewa lagi. Tapi jangan harap aku nak putus asa..."sambung Natasha sambil bibirnya tersungging senyuman sinis.

"Aku ugut Emir yang aku akan bunuh diri kalau dia tak kahwin ngan aku.. Then,aku bawa dia kahwin di Thai...Dan kami berjaya. Tapi rupa2nya...bapak korang rancang dengan bagus. Dengan kuasa yang dia ada..dia buatkan perkahwinan tu perkahwinan palsu. Perkahwinan tu menjadi sebuah perkahwinan yang tak sah!"

"Aku marah sangat sampaikan aku upah orang untuk langgar bapak kau..luckily..kerja aku lebih mudah..kerna mak kau sekali pergi neraka dengan bapak kau!"

"Kau!"bidas Emelda. Tak tahan dia mendengar kata2 Natasha itu.

"Shhh diam .Aku belum habis lagi...."Natasha meletakkan jari telunjuknya dibibir. Emelda mengetap gigi.

"Kemudian..aku culik Emir. Aku gunakan cap jari dia untuk ambil harta yang bapak kau wariskan kat dia. Tapi sayang..Syarikat korang tu leceh sangat. Perlu pulak persetujuan ahli lembaga pengarah. Tapi aku tak kisah..asal aku dah dapat harta korang yang kat dalam bank tu..."Natasha senyum sinis.

"Tapi kau datang lagi!Kau ambil kembali semua harta aku! Kau ambil semua hak aku!Kau memang sial!Kalau aku tahu..awal2 lagi aku dah bunuh kau!"Natasha mencengkam kembali rahang Emelda.

"Tapi tak pa...Ok jugak aku biarkan kau hidup dulu. Sekarang boleh lah aku tengok kau mati perlahan lahan....Aku boleh bunuh kau depan orang yang kau sayang lepas ni..."Natasha senyum senget.

"Bunuh aku?Kau nak bunuh aku?Hahahahaha!!!"tiba2 Emelda ketawa kuat. Hairan Natasha melihat kelakuannya.

"Wuarrggh!!"Emelda bangun. Seperti biasa. Seperti tangannya tidak terikat selama ini. Dia menggeliat selamba.

"Macam yang kau cakap tadi ..dengan kuasa yang aku ada..."Emelda menjungkitkan keningnya sambil mendekati Natasha yang terkedu berdiri kaku itu.

"Thanks sebab dah berterus terang. Tak susahlah polis soal kau pas ni"ujar Emelda lalu mengeluarkan alat perakam suara dari sebalik baju kemeja putih yang dipakainya.

Jessiah masuk. Sambil menghunuskan selaras pistol tepat ke kepala Emelda. Natasha senyum sinis.

"Look..kawan baik kau sendiri khianati kau..Apa yang kau ada sekarang?"ujar Natasha sinis.

"Oopps..not me Jess. But her"ujar Emelda pula.

"Ohh sorry. Ingatkan masih dalam lakonan tadi."kata Jessiah sambil tersengih. Kemudian dia mengubah sasarannya kepada kepada Natasha. Membuntang mata Natasha.

"Tapi kau lupa satu. Dengan pasukan yang aku ada...aku boleh buat apa yang aku nak..."terjungkit kening Emelda berkata begitu.

"Lakonan?Kau...What?!"ujar Natasha sambil tergagap gagap. Tiba2 dua orang lelaki masuk.

"Korang berdua..tangkap mereka berdua ni..sekarang!"arah Natasha yang kegelisahan itu kepada dua orang tadi.

"Hai bro Josh..Hai bro Howell!"selamba Emelda menyapa dua orang itu. Mereka berdua membalas sapaan Emelda dengan senyuman. Membuntang mata Natasha. Kelu lidahnya berkata kata.

"Hey..agak2lah nak suruh sepupu aku dua orang ni nak tangkap aku..."Emelda tersenyum sinis.

"Korang berdua uruskan dia...Aku nak jumpa Erik dan Emir luk. Mereka kat mana?"soal Emelda selamba tanpa mempedulikan Natasha yang terkaku disitu.

"They are in the car.."Emelda mengangguk dengan jawapan Jessiah. Emelda berjalan menuju ke pintu yang agak jauh itu kerana bilik itu sangat besar. Joshua,Howell serta Jessiah menghantar Emelda dengan ekor mata sahaja. Alpa seketika dengan kawasan sekeliling.

Natasha mengambil peluang itu untuk merampas pistol di tangan Jessiah. Kedudukan Jessiah yang rapat dengannya memudahkan kerjanya. Lalu diacu pistol itu ke arah Emelda yang masih menuju ke pintu itu lalu picunya ditarik.

Bang!

Semua mereka tergamam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience