31

Romance Completed 3509

Erik mengeliat. Kemudian dia berhenti tatkala terasa ada beban di lengan kirinya. Cepat dia menoleh.

"Mel!"bisiknya. Wajah itu ditenungnya lama. Emelda nampak sangat lena kala itu. Kemudian Erik memejamkan matanya,mengingat kembali kejadian semalam.

Imbas kembali....

"Kau ni ok ke tak?"Jeremiah menyoal di corong telefon. Erik hanya diam.

"Oiii...bro"panggil Jeremiah lagi.

"Mia...dia masih tak boleh terima aku.."lesu Erik berkata.

"Sia.....owh. Macam mana kau tahu?"soal Jeremiah lagi.

"Dia...aku kusut lah!Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni!!!"jerkah Erik tiba2.Rambutnya yang terpacak dikusutkan.

"Hey..chill bro. Nak lepak tak?Nanti kau express kau punya feeling tu kat aku. Kalau aku boleh tolong,aku akan tolong. Sekurang kurangnya...dapatlah kurang kan beban kau"ujar Jeremiah prihatin.

Erik jeda seketika.

"Kat Chillax"tut...

"Tequilla!"jerit Erik kepada pelayan bar Chillax itu. Pelayan itu mengangguk. Jeremiah menoleh ke arahnya.

"Apa?"

"Tequilla?Kang kau mabuk."

"Kau lah bawa aku balik..."

"Hmm...Tequilla dua!"Jeremiah pula menjerit. Dia pun mau. Erik hanya berlagak selamba.

"Kau pernah bercinta kan Mia?"tiba2 Erik menyoal. Jeremiah mengerutkan keningnya.

"Bukan pernah...memang sedang bercinta"

"Ya lah...apa kau rasa?"Jeremiah tersenyum. Terbayang terus wajah kekasih hatinya di layar mindanya.

"Bila kau dengan dia..kau rasa bahagia,hati kau tenang..tapi jantung kau takkan pernah tenang. Sebab waktu bersama dengan dia..adrenalin aku memang rajin bekerja. Pastu..bila jauh..kau akan terindu rindukan dia,mimpi dia..igaukan dia. Ada masa...kau memang taknak jauh daripada dia. Bila kau tengok dia dengan lelaki lain,kau akan rasa macam nak bunuh her lelaki tu..."Jeremiah tiba2 berhenti.

"Apasal kau tetiba tanya?"soalnya. Erik meneguk tequillanya sampai habis. Kemudian dia minta lagi. Kali ni gelas besar.

"Emelda..."Erik berjeda...

"Aku rasa macam tu bila dengan dia...Aku tak tahu macam mana"ujar Erik bingung. Jeremiah terus tersenyum senyum.

"This kind of feelings..they'll appear without our expectation..."Jeremiah berkata.

"Bila dia suruh aku go away dari dia..aku rasa dunia aku gelap...Aku tak mampu nak buat cam tu..."tiba2 suara Erik berubah. Airnya terus diminum tanpa henti. Membulat mata Jeremiah. Bukan dia tak tahu,kelemahan Erik adalah tequilla.

Tak perlu gelas besar,dua gelas sahaja sudah mampu membuatkan kawannya itu speaking broken english. Bila satu gelas besar ni...memang kawannya tak kan kenal orang disekelilingnya. Semua orang akan jadi sahabatnya.

"Hey..aku nak gi tandas luk"ujar Erik setelah menghabiskan tequilla gelas besarnya. Matanya sudah mula memerah.

Dengan jalan yang terhuyung hayang dia menuju ke tandas. Jeremiah yang ingin menemankannya tidak dibenarkan.

"Mana dia ni?Takkan lah pengsan kat tandas tu kot?"ujar Jeremiah gelisah. 30 minit sudah dia menunggu Erik. Kemudian dia tekad untuk masuk mencari Erik. Cari punya cari...batang hidung Erik pun dia tak nampak. Dia mengeluh.

'Tentu dia ni dah balik..'getus hatinya. Erik memang selalu begitu. Kalau mabuk,dia akan balik sendiri tanpa pengetahuan orang lain.

Kereta Mazda3 itu laju meluncur membelah keheningan jalan raya itu.

Erik memandu dalam keadaan mabuk. Hanya satu destinasi yang ingin ditujunya.

Mazda3 nya diparkirkan begitu sahaja. Kemudian,dia menuju ke arah lif dengan langkah yang terhuyung hayang.

Pabila sudah sampai ke destinasi yang ditujunya,dia menekan loceng. Mengharapkan orang di dalam itu membukanya. Pabila melihat wajah orang yang sentiasa di dalam pikirannya,dia tersenyum.

'Aku harap ini bukan mimpi...'ujarnya.

Erik tersenyum. Matanya dibuka. Wajah Emelda yang tidur berbantalkan lengannya itu dipandang sekali lagi. Kali ini lebih lama.

Dia ingin bangkit,tapi dibatalkan niatnya itu pabila merasakan kepalanya berpusing.

'Ahhh..takkanlah aku demam?'

Akhirnya dia mengeluh. Badannya rasa tidak selesa. Sah!Dia demam.

Dia memang mudah demam jika banyak meminum alkohol.

Emelda terkejut pabila merasakan pergerakan pada bantalnya. Dia mengangkat kan kepala. Dengan wajah yang baru bangun tidur,dia melihat wajah di hadapannya.

Semalam dia tidur duduk kerana menemankan Erik.

"Dah bangun?"ujarnya kepada Erik. Erik terpana melihat wajah comel Emelda. Wajah itu nampak innocent bila baru bangun tidur. Dengan gaya budak2 lagi menggosok matanya. Gaya Emelda itu memang mengocakkan jiwa lelakinya.

"Kenapa?Demam?"soal Emelda. Erik hairan. Ketara sangat ker?

"Wajah awak pucat...jap"ujar Emelda.

'Dia sedar tak yang dia dah tukar kata ganti nama diri dia tu?'pikir Erik.

Langkah Emelda yang keluar daripada bilik itu dipandangnya dengan ekor mata. Takda niat nak memanggil. Takut nanti mengacau mood baik gadis itu pulak.

Tidak lama kemudian Emelda kembali bersama cool fever di dalam tangan. Dia duduk di birai katil.

"Karl..bangun. Mandi,pastu makan,then baru guna cool fever ni..Cepat!"arah Emelda lembut. Dia membantu Erik bangun.

Jarak mereka yang dekat membolehkan Erik menghidu bau rambut Emelda. Matanya terpejam menikmati sensasi haruman itu. Kemudian,matanya tidak sengaja teralih ke paha gadis itu.

Paha Emelda agak terdedah pabila duduk memandangkan dia hanya menggunakan bathrub paras lutut sahaja. Erik menelan air liurnya. Emelda pula..tak pastilah sama ada dia tahu tapi buat2 tak tahu..atau memang tak tahu langsung.

"Sini bilik air...masuk"arah Emelda. Kemudian dia pergi ke bilik kecil di dalam bilik tidurnya itu. Bilik kecil itu merupakan bilik pakaian Emelda...Dia mengeluarkan tuala berwarna hijau lalu diberikan kepada Erik yang menunggunya di pintu bilik air.

"Awak guna towel ni. Yang kat dalam tu jangan guna,lama dah tak cuci rasanya. Dah gi mandi. Biar suhu menurun sikit. Jangan guna air suam. Guna jer air sejuk"terang Emelda. Erik hanya tarik sengih.

'Ni dah macam dengan mummy jer gayanya'

Kemudian,Emelda keluar untuk menyediakan sarapan. Sebelum itu sempat dia menelefon Puan Sri Anne menggunakan telefon Erik.

Sambil memasak...teringat dia masa dia nak buka lock phone Erik tadi.

Dia hanya mencuba2 sahaja pada mulanya menggunakan kod tarikh lahir dia sendiri pabila kod tarikh lahir Erik sendiri tak dapat. Tidak pula dia sangka lock itu akan terbuka. Rupa2nya Erik masih ingat akan tarikh lahirnya..malah digunakan lagi sebagai password phone lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience