BAB 7

Romance Completed 38699

“BOLEH saya masuk?”

Reza sedang rancak berbual dengan klien penting beliau ketika Maya mengetuk pintu biliknya. Perbualan mereka terganggu menyebabkan Reza kelihatan agak bengang untuk seketika. Reza seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada bersemuka dengan Maya. Marah ke dia dengan apa yang diperkatakannya sewaktu mesyuarat tadi? Getus Maya dalam hati. Bukan mudah Reza ini hendak tersenyum namun kini Maya agak takut melihat wajah Reza yang sedang keberangan itu.

Reza mengangguk sambil mempesilakan tetamunya keluar, “Tunggu sebentar ya, encik.”

Maya terpacul di depan pintu Reza, “Kalau En. Reza sibuk, saya keluar dulu.”

Reza cuba menahan sabar namun setelah dia penat berfikir, apa yang dicadangkan oleh Maya itu ada juga kebaikannya. Sememangnya projek yang dijalankan syarikatnya selama ini bersikap pentingkan diri sendiri. Sudah tiba masa untuk dia mula memikirkan orang lain yang memerlukan. Dia tidak boleh menyalahkan Maya sewenang-wenangnya kerana apa yang dikatakan olehnya itu ada kebenarannya. Mungkin kerana keegoannya, Reza malu untuk bersemuka dengan Maya. Ini pertama kali rancangannya dibangkang oleh pekerja bawahannya. Lagipun Maya ini pula budak baru setahun jagung, lagilah tercabar keegoannya.

“Maya, awak boleh masuk. Silakan duduk,” pinta Reza dengan bersahaja.

Maya teragak-agak ketika duduk di hadapannya, “Saya nak minta maaf pasal tadi.”

Reza menaikkan keningnya lalu mendekatinya, “Pasal apa pula ni? Awak tak ada salah pun. Saya sebenarnya dah fikirkan berkenaan cadangan awak tadi. Sememangnya saya setuju dengan awak.”

Maya terkejut dengan pengakuan Reza, “Betul ke ni En. Reza? Tipulah.”

“Benar, saya setuju dengan cadangan awak. Tapi saya ada syarat tertentu untuk awak.”

Maya melopong mengamati wajah kacak milik Reza itu. Memanglah dia ni kacak tapi nakal juga. Maya teringat kepada ahli kumpulan Kpop dari Korea yang baru sahaja melawat Malaysia hari itu, BTS kerana wajah Reza mirip dengan salah seorang ahlinya Jungkook. Seringkali Maya membandingkan kulit putih bersih milik Reza dengan lelaki lain yang pernah dikenalinya. Reza memang berlainan sedikit berbanding lelaki lain di luar sana. Kekacakannya itu luar biasa. Subhanallah, wujudkah insan setampan ini? Apabila Reza mulai melemparkan senyuman, rasa seperti sistem dalam badan mulai membeku.

“Maya, awak tak apa-apa ke?” Reza memanggil Maya yang mengelamun.

Maya tersentak dari lamunan tadi, “Err...apa yang tuan cakap dengan saya tadi?”

Reza menggaru kepala yang tidak gatal sambil menggeleng kepala. Kenapalah minah ni blur sangat? Muka jelita tapi blur memanjang. Dia berangan pasal aku ke tadi? Reza tertawa sendirian memerhatikan tingkah laku Maya yang sangat mencuit hatinya.

Reza berdehem sebelum menyambung, “Syaratnya awak kena uruskan projek ini dengan saya. Jadi awak akan selalu kena balik lewat. Bolehkah begitu?”

Maya ternganga mendengar syarat Reza, “Saya kena tanya abang saya dululah.”

Reza mengangkat tangan membantah, “Awak patut buat keputusan sendiri. Inilah your first big break.”

“Bagaimana pula dengan projek yang abang saya bertanggungjawab sepenuhnya itu? Adakah En. Reza akan membatalkannya? Tolonglah pertimbangkan semula.”

Reza kembali ke mejanya, “Projek abang kamu tetap berjalan seperti biasa.”

Maya seakan-akan tidak percaya, “Jadi En. Reza tidak jadi marahkan saya ke? Betul ni?”

Reza menjeling ke arah Maya, “Kenapa saya nak marah awak? Awak hanya mengutarakan pandangan awak saja. Bagi saya tak salah pun. Cuma saya agak terkejut je sebab itu saya tinggalkan bilik mensyuarat.”

“Thank you for the opportunity, En. Reza,” Maya mengucapkan terima kasih pada Reza.

Reza hanya mengangguk sambil menghulurkan senyuman machonya, “I’ll be supervising your work for the new project. If you need anything please keep in touch with me, okay?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience