MAYA mengerling ke arah jam di meja soleknya sebelum berlari menuju ke kamar mandinya. Tengok wayang dengan bos! Hari ini mesti gempak sebab dapat tayang dekat member Fac yang dia keluar tengok wayang dengan bos. Kau ado?! Maya bernyanyi-nyanyi di dalam kamar mandi sambil berendam dalam bathtub kegemarannya itu. Setelah selesai, Maya melangkah keluar dari tab mandi lalu berjengkit-jengkit ke arah meja soleknya sambil berkemban. Menggayakan aksi penyanyi rock la dan macam-macam lagi dah serupa macam orang yang tak ingat dunia! Pintunya diketuk berkali-kali oleh Puan Rahimah untuk menyedarkan yang dia sudah hampir terlewat untuk jadual tontonan pukul 11:00 pagi.
“Maya, dah berejam kau dalam bilik tu. Jam dah lebih pukul 10 ni!” Puan Rahimah terpekik-pekik memanggil Maya yang sedang asyik berdandan.
Maya pula semakin asyik memilih baju. Sudah habis satu almari pakaian itu diselaknya sampai susunan pakaiannya itu sudah tidak teratur lagi. Bertambah angin apabila pakaian yang diingininya sudah mulai mengecil dan tidak muat dengan tubuhnya. “Mama kenapa baju ni dah tak muat? Bencinya!”
Puan Rahimah menggeleng kepala memandang anak gadisnya yang seorang ini, “Pakailah yang lain. Banyak lagi baju Maya yang glamour tu nak tayang dekat bos!”
“Mama ni orang cakap yang betul-betul dia main-main pulak!”
Maya tayang muka moyok depan ibunya sambil berpeluk tubuh. Dah mulalah edisi merajuk Maya Karmila yang memang confirm buat sesiapa pun akan sakit hati. Puan Rahimah mengeluh panjang sambil mengatur langkah ke biliknya. Dia meneliti almari pakaiannya lalu menyelongkar pakaian-pakaiannya di zaman remaja. Lalu Puan Rahimah memanggil Maya untuk masuk ke dalam biliknya untuk memilih pakaian.
“Nah, pilihlah mana yang Maya berkenan,” pujuk Puan Rahimah lembut.
Maya rambang mata dengan koleksi pakaian yang dimiliki oleh ibunya itu, “Mama cantiknya baju mama ni! Kenapa tak pernah tunjuk dekat kita pun?”
Puan Rahimah menahan tawanya, “Hai, excited nampak selongkar barang mama! Ni mesti ada special date ni. Maya ada apa-apa ke dengan bos Maya tu? Mama tak kisah sangat kalau Maya nak couple dengan dia.”
“Bos tu dah lah garang dia mengalahkan singa, macam mana Maya nak terpikat,” Maya mengadu pada ibunya.
Puan Rahimah tersenyum memandang anak gadisnya ini, “Tak ada salahnya kalau nak bercinta tapi kenalah jaga batas tu,”
Akhirnya setelah puas membelek, Maya memilih skirt labuh warna krim dan blaus merah jambu yang agak pudar. Terlalu ringkas untuk dipakai sewaktu temujanji namun disebabkan kenanyakan masa dihabiskan dalam gelap sewaktu menonton wayang, Maya mengambil keputusan untuk memakai sahaja pakaian tersebut. Nanti kalau terlebih-lebih pulak nanti takut dianggap hendak mengorat bos pulak. Mahu tak mahu terpaksalah berpakaian dengan seringkas mungkin. Dia mencapai klip rambut di atas meja bersebelahan telefon utama lalu disematkan ke rambutnya itu.
“Okay mama, Maya dah lambat. Bos dah sampai!”
Puan Rahimah melambai anak gadisnya mesra sambil menjenguk ke luar pagar. Memang kayalah bos Maya tu. Orangnya pun segak dan bergaya, Untung benar kedua anaknya dapat bos yang sebaik Muhammad Reza Haikal itu. Bukan sahaja kacak malah baik hati dan derwaman. Tengok cara berpakaian sahaja dah dapat agak bagaimana orangnya si Reza itu. Sut serba hitam jenama Ferragamo dan kacamata Rayban itu cukup menampakkan kelas dirinya itu. Melihat Maya melangkah memasuki kereta Porsche mewah berwarna merah milik bosnya itu, Puan Rahimah agak tak keruan sedikit. Semoga Allah menjaga keselamatan anak gadisnya itu.
“Bosannya bos ni! Kenapa pilih nak tengok cerita macam tu?”
Maya mengeleng kepala sambil mengikuti langkah Reza yang berjalan di hadapannya menuju ke arah pintu masuk panggung wayang Tanjung Golden Village di KLCC. Reza sedang memegang tiket Jurassic World sambil beratur di kaunter makanan ringan. Maya memuncungkan bibirnya sambil mengomel tak berhenti-henti. Reza hanya menggeleng kepala sambil tersenyum pada gadis comel bertudung yang melayannya di kaunter tersebut. Maya memerhatikan sahaja telatah Reza yang langsung tidak mempedulikannya lalu beredar dari situ. Reza terkejut dengan reaksi Maya lalu meninggalkan gilirannya untuk beratur untuk mengejar Maya.
“Hey, kenapa pulak dengan awak hari ini?” Reza dengan lelah menegur setelah penat mengejarnya.
Maya berpaling sambil menjeling bosnya tajam, “Bos ni menggatal dengan budak tu. Then tengok citer kesukaan budak-budak. Apa ni?!”
Reza tergamam dengan penjelasan Maya, “Kenapa tak cakap awak tak nak? Dah beli tiket dah pun.”
Maya menggeleng laju, “Sorrylah tak tahu kenapa dengan saya hari ni.”
Reza merenung tajam mata Maya, “Apa yang tak kena dengan awak sebenarnya?”
“Bukan tu maksud saya. Lupakanlah, jom kita masuk menonton bersama,” pujuk Maya kembali sambil mengiringi Reza ke kaunter makanan ringan itu semula. Reza memerhatikan sahaja gelagat Maya lalu perlahan-lahan menghampiri kaunter tiket untuk membeli tiket wayang yang berlainan. Kali ini dia memilih cerita romantik yang dirahsiakannya daripada Maya sendiri. Kemungkinan Maya lebih gemar menonton filem romantik berbanding filem aksi. Walaupun bukan peminat filem romantik namun demi pekerja yang paling disayanginya, Reza terpaksa layan jugalah cerita-cerita jiwang ini.
Maya menundukkan muka, “Saya minta maaf. Mungkin saya agak terganggu tadi bila bos tidak mempedulikan rungutan saya. Ah, saya ni benar-benar kebudak-budakanlah!”
Reza memegang bahu Maya sambil merenungnya, “Cukuplah tu, jom kita tonton cerita awak.”
“Cerita saya? Maksud bos kita tak jadi menonton Jurassic World?”
Reza menggeleng laju, “Kita tengok cerita cinta yang awak gemar tu. Marilah cepat!”
Lama Maya termanggu di hadapan Reza. Mana mungkin dia sudi menukar citarasanya dengan berbuat demikian hanya kerana Maya merajuk tadi? Begitu mudahkah untuk melembutkan hati bos yang macam batu kerikil tu? Sedangkan bos sendiri dah bayar tiket untuk cerita tersebut dan sanggup membelanjakan lagi duitnya untuk memujuk Maya yang sedang merajuk. Begitu mudah Maya melembutkan hati Reza dengan telatahnya yang kebudak-budakan itu. Maya mengatur langkah menyambut huluran tangan Reza lalu mengikutinya masuk ke dalam panggung.
“Bos tak marah pada saya kan?”
Reza menggeleng tenang sambil memecut laju keretanya ke arah sebuah restoran di pinggir bandar Kuala Lumpur. Suasana begitu hening pada petang itu dan bersiar-siar berduaan dengan Maya benar-benar membuatkan dirinya tenang dan gembira. Jika di pejabat hubungan mereka lebih kepada majikan dan pekerja, diluar pejabat mereka berasakan ada ikatan antara mereka. Mereka boleh berkawan rapat walaupun sentiasa tidak sebbulu namun Maya selesa bersama Reza kerana dia mempercayai lelaki itu.
Reza boleh pula tersengih bila memandang Maya, “Awak tahu tak tadi awak terlelap dekat penghujung cerita?”
Maya tergamam, “Huh, betul ke bos? Berat ke kepala saya tadi?”
Reza mengangguk laju, “Saya sudah kebas sebahagian badan. Jangan buat macam tu lagi tahu. Menyusahkan teman lelaki awak sahaja nanti.”
Maya menumbuk lembut bahu Reza, “Bos ni janganlah cakap macam tu!”
Reza menghamburkan tawanya, “Memang betul awak ni kalau dah lelap tak ingat dunia!”
Maya memuncungkan bibirnya lagi, “Lain kali kalau bos ajak saya tak nak ikut. Merajuk tahap gaban ni!”
Reza mencubit pipi gebu Maya, “Okey lain kali saya tak buat lagi, ya?”
“Sakitlah bos, janganlah layan saya macam budak-budak depan orang ramai ni,” rungut Maya menggosok pipinya yang dicubit tadi.
Akan tetapi jalan utama yang harus dilaluinya itu ditutup lalu memaksanya mengambil jalan alternatif lain. Jalan yang hanya diselubungi oleh hutan simpan ini kadangkala menggerunkan Maya. Sambil berpeluk tubuh, Maya merenung ke arah langit yang perlahan-lahan bertukar warna gelap. Hari ini kemungkinan hujan akan turun dengan lebat lalu Maya kembali memandang ke arah jalan di hadapannya. Kelihatan lalu lintas agak sesak di hadapan lalu Reza mengambil keputusan untuk memberhentikan kereta lalu turun sambil menuju ke arah polis trafik yang sedang menjaga lalulintas.
“Bos nak pergi mana tu?”
Maya memerhatikan sahaja bosnya berjalan ke hadapan lalu menyeluk poketnya. Signal telefon bimbit agak teruk di daerah Petaling Jaya ini maka terpaksalah dia mematikan niatnya untuk memberitahu keluarganya mengenai keberadaannya di situ. Confirm kena makilah dekat Abang Izham sekejap lagi...
Reza kembali ke dalam kereta lalu menggeleng kepala, “Kita kena ikut laluan lain.”
Maya memberikan reaksi terkejut, “Habis kita nak ikut jalan mana?”
Reza mengukirkan senyum sambil memutarkan stereng, “percayakanlah bos awak ni. Saya akan cari jalan.”
“Minyak kereta bos dah hampir kurang ni, macam mana?” Maya menunjukkan pada jarum di meter petrol.
Reza mengerling ke arah meter tersebut seketika sambil gigih mencari arah, “Rileks, saya akan cari stesen minyak terdekat untuk kita isi nanti. Awak jangan cepat menggelabah boleh tak?”
Maya tersandar pada kerusi sambil ,memuncungkan bibirnya. Reza sibuk memerhatikan papan tanda jalan agar tidak tersesat. Riak muka Reza semakin cemas apabila jalan yang dilalui semakin asing. Daripada jalan raya yang penuh sesak tadi lalu bertukar kepada jalan kecil yang dikelilingi hutan sehinggakan begitu payah bagi Reza untuk mengingati susur masuk yang dilaluinya tadi. Maya hampir terlelap terus terjaga apabila mendapati jalan yang mereka lalui semakin menuju ke arah yang begitu asing bagi mereka. Hari pulak sudah semakin gelap dan guruh berdentum sekali sekala menandakan hari akan hujan.
“Mana kita dah masuk ni bos?” Maya semakin risau melihat keadaan sekelilingnya.
Reza galak memusing stereng sambil matanya menumpukan fokus ke arah jalan raya itu, “Saya tengah cari jalan keluar ni. Awak duduklah sana diam-diam!”
Maya semakin gelisah. Terfikir ke lain pulak akalnya sekarang, “Bos betul-betul bukan sengaja buat kita sesat ni?”
“Takkan saya sengaja. Astaghfirullahalazim, Maya. Ke situ awak ingat?”
Maya menundukkan wajahnya. Dia tak sengaja membuat hati bosnya itu terguris. Maya hanya mendiamkan dirinya. Reza menjeling ke arah Maya lalu tersenyum, “Kalau nak buat sesuatu dekat awak dari dulu saya dah buat.”
Maya terasa malu mahu bertentang mata dengan Reza, “Saya minta maaf.”
Reza hanya menepuk belakang Maya sambil tertawa, “Kita cari jalan keluar sama-sama okey?”
Hampir satu jam perjalanan namun mereka tetap tidak bertemu susur keluar yang mereka masuk tadi. Hujan sudah mulai semakin lebat lalu mereka terpaksa berteduh di bawah pondok bas yang agak usang agar kereta mereka tidak teruk dibasahi hujan. Enjin pula sudah semakin panas dan minyak petrol hampr kehabisan. Entah mengapa tidak ada pulak stesen petrol yang kelihatan semenjak tadi. Reza juga kehairanan memikirkan kejadian ini. Dia cuba untuk menefon Izham namun telefon tersebut tidak berfungsi ketika ini. Secara tiba-tiba enjin kereta pula terhenti dan mereka semakin runsing dengan keadaan tersebut. Reza memandang sekelilingnya sambil memerhatikan sekiranya terdapat rumah untuk mereka berlindung buat sementara waktu.
“Eh, situ ada rumahlah! Nampak terang saja tingkap dia,” tegur Maya sambil jarinya menunjukkan ke arah seberang jalan.
Reza menggosok matanya berkali-kali setelah menanggalkan kacamatanya, “Yelah memang ada rumah dekat situ.” Reza menanggalkan blazer yang dipakainya lalu menyelubung Maya dengannya, “Jom kita lari cepat jangan sampai basah.”
Bersama mereka meredah hujan dengan hanya dipayungi oleh kot milik Reza tadi, akhirnya mereka tiba di hadapan pintu rumah tersebut. Rumah yang agak tradisional rekaannya namun mampu menghangatkan tubuh mereka yang ternyata sedang kedinginan ketika ini. Perlahan-lahan mereka menginjakkan kaki ke beranda rumah tersebut lalu mengetuk pintu berkali-kali. Kemungkinan tuan rumah sedang sibuk di dapur dan tidak dapat mendengar ketukan mereka.
“Assalamualaikum, ada sesiapa di dalam?” Reza berteriak berkali-kali.
Maya memeluk erat tubuh Reza sambil meraup wajahnya. “Ada ke tidak orangnya ni?”
Pintu itu secara tiba-tiba dikuak dari dalam dan pasangan yang agak tua dalam linkungan 70-an keluar sambil mengukirkan senyum. Mereka berpandangan sesama sendiri apabila melihat Reza dan Maya berpelukan dalam kesejukan. Kedua-dua mereka menggigil dan kerana kasihan akhirnya makcik itu menghulurkan tangannya kepada mereka dan mengajaknya masuk.
“Kenapa dengan anak berdua ni?” tanya si makcik sambil menyinsing lengan baju kurung kedahnya itu.
Maya duduk bersimpuh sambil berpandangan dengan Reza sebelum memulakan bicara, “Macam ini, makcik. Kami ni nak balik ke rumah ikut jalan pintas lepas tu sesat pulak.”
Reza mengangguk lemah tanda bersetuju, “Harap makcik dengan pakcik tak keberatan kalau kami nak tumpang rumah makcik untuk seketika. Jadi tempat kami berteduh.”
Makcik itu seraya tersenyum, “Eh, tak apa nak. Duduk saja dekat sini. Esok dah baik semuanya bolehlah balik, kan bang?”
Pakcik itu pun turut tersenyum, “Pergilah mandi dulu lepas tu sembahyang Isyak. Dah waktu dah pun.”
Reza bangun dari duduknya sambil meminta izin untuk mandi. Makcik itu yang dikenali sebagai Mak Kiah menunjukkan bilik paling hujung untuk digunakan oleh Reza bagi tujuan menyalin pakaian. Reza mengatur langkah menuju ke bilik tersebut sambil memandang ke arah Maya yang mengikutinya dari belakang.
“Maya mandi dan salin baju dulu. Saya kemudian okey?”
Maya mengangguk sambil memerhatikan sahaja Reza berlalu. Dia masuk ke dalam bilik lalu terpandang kain batik yang siap terlipat di atas katil. Dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi sambil mencedok air dari perigi itu menggunakan timba. Sejuknya ya amat! Menggigil kesejukan sekali lagi Maya dibuatnya. Maya bergegas keluar dari bilik mandi sambil berkemban dengan kain batik yang diberikan oleh Mak Kiah tadi. Sedang Maya asyik mengeringkan rambut dengan tuala, tiba-tiba dia terlanggar sesuatu yang keras namun agak lembut bila diraba. Diamenurunkan tuala lalu menoleh. Oh my God! Rupa-rupanya dia terlanggar tubuh Reza yang hanya dibaluti oleh tuala sahaja. Malunya Maya hendak menatap wajah Reza ketika ini.
“Sorry, saya tak nampak tadi,” ujar Maya dengan perlahan.
Reza menggeleng laju, “Salah saya juga main terjah masuk tanpa pengetahuan awak.”
Kebetulan waktu itu tuala yang dipakai Reza yang membalut di pinggangnya hampir terlondeh, dengan pantas Reza menngkapnya agar tidak tertanggal. Pipi Reza merah menahan malu sambil dia segera masuk ke dalam kamar mandi. Maya berlari masuk ke dalam bilik sambil mencari tuala kering untuk menutup tubuhnya. Dia terpandang pada baju kurung Kedah yang tersangkut di almari lalu menyarungnya ke badan sendiri. Muat pula, agak-agak ini mesti kepunyaan Mak Kiah kot. Sebaik sahaja Maya selesai menyarungkan baju tersebut di badannya, Reza pula keluar dari kamar mandi sambil rintik-rintik air dari rambutnya itu jatuh ke atas tubuhnya yang sasa itu. Pemandangan tersebut cukup menggiurkan dan mampu menggoyangkan iman Maya lalu cepat-cepat dia keluar dari bilik tersebut.
”Maya, awak terlupa pakaian awak yang basah tadi,” tegur Reza sambil menunjukkan pakaian yang berlonggokan di atas lantai bilik tersebut.
Maya menayang sengih, “Sorry bos, terlupa nak ambil tadi. Tumpang lalu ya.”
Reza berpeluk tubuh sambil menjauhkan diri diri Maya, “Jaga-jaga lalu depan saya ni. Saya baru habis ambil wuduk.”
Alahai...baru ambil wuduk dah kecoh bos ni! Sengal betullah! Maya merenung Reza tajam sambil memungut pakaiannya dari lantai lalu dilemparkan ke dalam bakul yang berdekatan. Sambil menjelir lidah, Maya berlalu dari bilik tersebut lalu bergegas mendapatkan Mak Kiah yang sedang sibuk memasak di dapur. Reza hanya menggeleng dengan telatah cik PA kesayangan itu. Dia segera masuk ke dalam bilik sambil mengunci pintu lalu menyarung kain pelikat yang terlipat di atas katil dan kemeja-t putih yang agak lusuh itu lantas menunaikan solat Isyak.
Maya tersenyum sambil menanti giliran untuk dirinya pula bersolat. Kedengaran dari bilik tersebut bait-bait ayat suci bacaan Reza dan bagaikan dihembus agin yang dingin, terasa sejuk di segenap jiwa Maya ketika itu. Apakan daya Reza bukan mahramnya jika tidak mahu sahaja dia berimamkan solat dengan bosnya itu. Setiap bacaan ayat suci yang dialunkan begitu hampir sempurnanya dan suara Reza yang rendah irama itu benar-benar menggamit rasa. Terasa bagaikan dirinya sekali diapung-apungkan oleh lenggok dan tajwid yang begitu indah sekali di pendengaran.
“Eh, apa buat duduk dekat sini? Pergi solat cepat!”
Maya tersentak dari lamunannya apabila Reza melemparkan telekung itu tepat mengenai mukanya. Berderau darah Maya diperlakukan begitu.
“Bos ni memang tak reti nak respect orang ke? Main campak macam tu je!”
Reza tersengih memandang Maya, “Ya awak tu kan kuat berangan, kena kejutkan dengan cara yang agresif jugak.”
Maya menjeling bosnya tajam sambil meluru ke dalam bilik dan menutup pintu. Pakcik yang dikenali sebagai Pak Kassim baru sahaja keluar dari biliknya sebaik sahaja selesai menunaikan solat dengan tiba-tiba menggeleng kepala.
“Tak baik kau buli isteri kau tu macam tu, nak.”
Reza tergamam seketika. Dia menoleh ke arah Pak Kassim sambil kepalanya ligat menyusun ayat untuk menjawab. Isteri? Sejak bila pulak mereka ni berkahwin? Reza tak sanggup memikirkan hal tersebut. Namun apa pulak alasan yang paling munasabah untuk diberikan kepada keluarga yang banyak berasa padanya itu. Jika mereka mendapat tahu bahawa dia dan Maya tiada langsung apa-apa hubungan, mesti mereka akan berfikiran serong terhadap Maya nanti. Dia tidak boleh membenarkan perkara tersebut terjadi kepada Maya.
Reza membalas dengan selamba, “Dia dah biasa kena sakat dekat saya. Nanti baiklah tu.”
“Amboi, mengumpat pasal saya ke ni?” Maya menegur tatkala keluar dari dapur sambil membawa dulang yang berisi teko air teh dan sepinggan biskut.
Reza berdehem sebelum mengukirkan senyum, “Buat susah-susah jer makcik.”
Mak Kiah tersenyum sambil meletakkan hidangan-hidangan lain di lantai, “Jemputlah makan hidangan yang tak seberapa.”
Maya menepuk bahu Mak Kiah, “Apa pulak Mak Kiah ni? Ini pun dah cukup banyak untuk kami. Dah lah kami datang kacau Mak Kiah dan suami malam-malam macam ni.”
Mak Kiah menggeleng lesu, “Tak apa nak. Kami pun seronok ada anak mda temankan kami.”
Pak Kassim turut menyampuk, “Taklah sunyi sangat rumah kami ni.”
Reza dan Maya berpandangan sesama sendiri. Maya segera memalingkan mukanya kerana terasa pipinya berbahang. Kenapa setiap kali bertentang mata dengan Reza dia akan merasakan kehangatan yang sedemikian? Reza merenung Maya tajam setiap kali mata mereka bertentangan. Dia juga turut merasakan getaran yang sama. Mungkinkah ada sesuatu terjadi di antara mereka ketika ini. Sudahlah mereka terpaksa berlakon sebagai pasangan suami isteri di hadapan Mak Kiah dan Pak Kassim. Berkongsi bilik pulak bersama, mana mereka hendak menjauhkan diri kalau begini gayanya?
Masing-masing sudah berada di dalam bilik tidur dan di dalam bilik tetamu, kelihatan Maya sedang resah sambil duduk di penjuru katil. Reza pula baru sahaja selesai membaca suratkhabar yang diambilnya dari ruang tamu. Maya menjeling Reza tajam ketika dia sedang asyik membelek setiap helai suratkhabar itu.Walaupun hanya berkain pelikat dan berkemeja-t putih, Reza tetap nampak tampan dan kacak seperti biasa. Dia mengusap perutnya yang berotot itu sambil menguap panjang. Maya leka memerhatikan kelakuan Reza. Terasa kering pula mulutnya ketika itu.
“Maya tutup mulut tu! Ni yang melopong pandang I tu kenapa?”
Maya tersentak dari lamunannya itu lalu berpaling, “Tiada apa-apalah bos!”
Reza membaling bantal ke arah Maya lalu bangun dari duduknya, “Dah pergi tidur sana! Saya nak tidur dekat bawah ni.”
Maya menggeleng kepala dengan perangai bosnya yang poyo ini. Dia menyambut bantal tersebut lalu berbaring sambil meluruskan kaki. Dier berpusing mengadap Reza yang sedang menepuk bantal sambil membetulkan tilamnya yang kusut itu. Kasihan pula bila melihat bosnya itu terkial-kial membetulkan tempat tidurnya di ketika dia sedang seronok berguling-guling atas katil.
“Bos nak saya tolong ke?” Maya menawarkan diri.
Reza menggeleng laju sambil mengeluh, “Dah pergi tidur dan jangan kacau saya.”
Maya merengus sambil menghempas bantal, “Eh, bos ni perasannya! Bila masa saya kacau bos? Please okey saya ada banyak kerja lain lagi nak buat selain melayan bos yang kerek budget kacak ni!”
Reza sengaja tidak mempedulikan rungutan-rungutan dari Maya lalu terus menarik kemeja-t yang dipakainya itu ke atas. Terkejut besar Maya sebaik sahaja dia berpaling, Reza sudah dalam keadaan tidak berbaju sedang berbaring dengan selesa di atas tilam. Kering air liur Maya melihat susuk tegap lelaki yang bukan mahramnya itu. Tubuh sasa milik Reza itu yang ditumbuhi bulu-bulu halus di dada dan sekitar perutnya benar-benar menggoyangkan iman Maya ketika itu. Reza pula sedang sibuk menggaru perutnya yang berotot itu sambil meletakkan tangan di kepala lalu terpamerlah ketiaknya yang berbulu lebat itu.
“Isk, tak senonohnya bos ni!” Getus Maya sambil menutup muka.
Reza berpaling ke arah Maya sambil berkata, “Macam awak tak biasa tengok kan?”
Maya tergamam sekali lagi, “Bencilah bos ni!”
Reza bangun sambil menongkat dagu pada bucu katil sambil tersenyum nakal pada Maya. Dia mengejek Maya dengan beraksi seperti ingin bercumbu sebelum Maya menekup wajah kacaknya itu dengan bantal.
Reza bingkas bangun lalu bercekak pinggang, “Awak main kasar eh?”
Maya berundur sedikit ke belakang sambil mengacah bosnya itu, “Bos nak buat aper? Nanti saya jerit bagi semua orang bangun.”
Reza menggaru perutnya sambil melurut rambutnya ke belakang, “Awak ingat saya takut dengan ugutan awak? Jeritlah siapa yang nak tolong awak? Mereka ingat kita ni pasangan yang dah berkahwin tahu?”
Lama Maya tercengang. Betul juga apa yang Reza katakan tadi. Habis tu terpaksalah dia mengadap badan sasa Reza sepanjang malam. Habis pahala sembahyang dia tadi. Reza pula bukannya mahu mengalah, dengan selamba saja berlengging sambil bermain dengan telefon bimbit canggihnya itu.
“Saya tidur dulu. Nanti bos yang tutup lampu,” Maya selamba mengarah.
Reza menoleh ke arah Maya sambil menjongketkan mata, “Amboi ingat saya kuli awak ke?”
Maya memuncungkan bibir, “Bos ni tak sporting la! Benci betul!”
Reza dah mulai mengantuk. Malas rasanya hendak melayan karenah Maya yang agak kebudak-budakan itu. “Yalah, saya tutup,” pujuk Reza sambil berpaling ke arah lampu meja lalu memadamkannya.
“Terima kasih, bos.” Ucap Maya dengan manja.
Reza membalas dengan perlahan, “Hmmm...Sama-sama.”
Maya merenung bosnya yang hampir terlena, “Boleh saya tanya sesuatu?”
“Apa lagi Maya? Pergilah tidur!” Reza menutup mukanya dengan bantal.
Maya tersenyum melihat telatah bosnya yang sedang bengang, “Janganlah marah bos. Nanti muka bos berkedt dan cepat tua.”
Reza memandang Maya kembali, “Ada-ada sajalah awak ni. Apa awak nak cerita lagi?”
Maya bangun dari perbaringannya lalu duduk sambil memeluk bantal. Dia mengamati Reza yang sedang cuba untuk melelapkan mata. Namun Maya berasa serba tidak kena berada di samping seseorang yang bukan mahramnya. Kalau kena serang dekat pejabat agama nanti, mereka juga yang teruk. Ini bukan perkara main-main lagipun mereka pula tidur begitu rapat begini dan satu bilik tidur pula. Kalaulah Abang Izham tahu mahu teruk kena tazkirah nanti. Tapi Reza tak seperti lelaki lain yang gemar mengambil kesempatan pada saat-saat begini. Dia seperti langsung tidak menghiraukan kehadirannya di sisi. Nampaknya seperti Reza tidak mahu menganbil risiko untuk bermain cinta dengan mana-mana wanita.
“Untung kan kalau sesiapa yang dapat bos sebagai suami. Mesti dia akan jadi isteri yang paling bahagia di dunia.”
Reza mengomel dalam tidur, “Banyaklah kau punya bahagia!”
Share this novel