“KENAPA muka you ni bengkak semacam saja?”
Elena menegur tatkala mendapati Maya berjalan keluar dari bilik En. Reza dengan perlahan. Langkahnya kelihatan longlai dan lesu. Elena mengesyaki Maya kemungkinan bergaduh dengan En. Reza atau lebih terul lagi, mereka berdua berselisih faham. Dan kemungkinan terakhir, adakah Maya telah dipecat? Cepat-cepat Elena menampar mulutnya yang celupar itu sebelum bersemuka dengan Maya.
Maya mengeluh panjang, “Aduhai, kenapalah saya boleh buat macam tu depan bos tadi?”
Fauziah seraya mengerling ke arahnya, “Apa pulak yang you buat depan dia?”
Kelakar pulak rasanya bila Fauziah dan Elena mengelilinginya. Riak mereka pula macam serius sangat. Maya pula yang tak dapat menahan gelak memerhatikan gelagat mereka yang beria-ria mahu tahu cerita sebenarnya. Mahu sahaja jika dia menyimpan terus cerita tersebut sebagai rahsia kalau tidak tak menang tangan melayan akak-akak berdua ni. Kak Ros nampak lega apabila melihat Maya sudah boleh menyesuaikan diri dengan pelesit dua ekor itu.
Izham singgah di department Maya sambil mengirimkan bungkusan untuk Fauziah. Dia melihat adiknya yang seakan-akan gementar akan sesuatu. Tangan mulusnya itu asyik mengurut dada sahaja sejak tadi. Fauziah tersenyum simpul di hadapan Izham sambil diperhatikan dengan dengkinya oleh Elena. Izham memanglah tidak dapat disangkal ketampanannya. Kulitnya juga yang kuning langsat itu pada mata wanita di situ amat seksi. Malangnya lelaki berusia 30-an itu amat tidak mesra wanita. Seringkali juga Fauziah mengeluh kerana sukar benar mahu mendekati En Izham itu. Elena pula dah bosan tyahap gabvan melayan hati Izham yang macam ais ketul itu. Meluat dibuatnya!
“Eh baik betul sembang! Ini kan waktu berkerja!” Izham seraya menyergah mereka.
Maya membulatkan mata, “Abang janganlah kacau department Maya!”
Izham mencebik bibir sambil menjeling mereka, “Entah bila pulak ni jadi department Maya? Suka hati abanglah nak sergah ke tidak! Korang ni buatlah kerja asyik melangut saja aku tengok. Lemaslah wei!”
Maya melempang belakang abangnya dengan kuat, “Abang ni blah lah! Sibuk kacau urusan wanita dekat sini!”
Ditenyeh pula dahi si Maya oleh abangnya, “Hey, ini hari pertama kau bekerja dekat sini jadi please jangan buat hal okey?”
Kedua mereka memerhatikan sahaja gelagat dua orang adik beradik itu seperti orang dungu. Jarang sekali adik dengan abang melekat dalam syarikat yang sama. Dua-dua pun sama sahaja peliknya. Kadang-kadang Izham ni pulak perangai dia mengalahkan perempuan bila bergaduh mulut macam longkang! Naik malas Fauziah dengan Elena melayan, bengkak hati dibuatnya! Izham ni pulak kalau bergaduh bukannya tahu malu mengalahkan budak kecik saja perangainya. Maya ni pula enggan mengalah tetap dengan pendiriannya. Jadi kalau adik-beradik kerek ni bertembung maka beginilah kisahnya.
“Dah lah abang nak balik tempat abang. Lagi lapang dada,” perli Izham sambil berlalu.
Maya pula tak mahu kalah, “Pergilah jangan kacau department Maya ni!”
Dari jauh Kak Ros sudah menggeleng. Bertuah punya engineer. Perangai mengalahkan budak darjah satu. Dah serupa dengan kanak-kanak Ribena kalau diperhatikan berulang kali. Izham ni pun satu suka sangat menyakat adik perempuan dia tu. Tahulah abang mithali janganlah terover pulak! Maya pulak suka benar melayan abangnya yang kuat menyakat itu, memang makin menjadilah nampaknya. Izham menjelir lidah sambil berpaling ke arah adiknya. Maya apa lagi bertambah panaslah hati dia. Mendidih malah menggelegak lagi tahap seraus darjah celcius. Punyalah bertuah punya abang buat perangai tak cukup akal depan kawan-kawan dia yang memangnya becok mengalahkan murai ini.
“Bencinya....abang aku tu memang dari kecik suka menyakat!”
Elena menepuk belakang Maya sambil menggeleng, “Peliklah perangai abang kau tu.”
Fauziah menyampuk dengan selamba, “Abang kau tu kalau dengan En. Reza asyik berdua saja. Memang dah kawan baik sangat ke atau ada yang tak kena?”
Maya menjeling tajam, “Eh, tolong sikit kau nak cakap abang aku tu gay ke aper?”
“Memang tak ler tapi diorang tu keluar selalu sama-sama jer,” luah Fauziah lagi. Nampaknya ada juga yang nak makan cili padi nanti ni!
Maya meninggikan suara sambil merenung Fauziah, “Boleh tak jangan cakap benda yang boleh membantutkan semangat aku yang tengah berkobar-kobar ni? Aku tengah syok nak usha En. Reza kau pandai-pandai tuduh dia macam-macam.”
Tiba-tiba bahu Maya disentuh lantas dia melompat kerana terkejut. Rakan-rakannya hanya mampu mengangkat kening melihat kelibat lelaki yang berada di belakangnya. Maya berasa kecut perut ketika dia mahu memusingkan kepalanya ke belakang. Macam ada yang tidak kena sahaja! Dia berpaling perlahan-lahan lalu terperasan bahawa En. Reza sedang berada di belakangnya. Dia tengok sekali lagi, nasib baik En. Reza bukan dalam keadaan marah dan menyinga. Dengan pantas dia tunduk hormat sambil tersenyum apabila berhadapan dengan lelaki tersebut.
“Korang buat aper ni? Bergosip tak sudah-sudah!”
Maya memejamkan mata. Sudah aku jugak yang kena maki dekat bos hensem ni!
Reza menjeling Maya tajam sambil memerhatikan skrin laptop Maya, “Bagaimana awak dah siapkan draf yang saya minta itu?”
Maya menggeleng laju. Mana nak sempat menyiapkan draf tersebut kalau dari tadi asyik dikacau oleh dua minah senget dan abangnya yang serupa beruk tu? Reza kelihatan menggeleng dengan perangai orang-orang bawahannya itu. Nasib baik selepas itu dia tersenyum, kalau dia berleter nampaknya masa Maya habis dekat situ sahaja sambil menatap wajah kacak En. Bos. Reza hanya melemparkan senyuman sambil memandang tepat ke arah Maya. Maya seakan-akan faham apa yang dimaksudkan oleh Reza.
“Saya akan cuba siapkan secepat mungkin. Beri saya sedikit masa,” pinta Maya.
Reza menggeleng sambil berpeluk tubuh, “Saya tak paksa awak buat hari ini. Saya Cuma bertanya sebab saya nak tengok sendiri bagaimana kesungguhan awak dan effort awak.” But looks like you rather gossiping than completing the work given to you! Gerutu Reza di dalam hati sambil tersenyum sinis.
“Boleh you stay back hari ini?”
Maya terkedu mendengar permintaan Reza. Sudah, jangan fikir yang bukan-bukan!
“Kita ada banyak lagi tugasan yang perlu kita beri perhatian,” ujar Reza dengan serius.
Maya hanya mengangguk perlahan, “Boleh, rasanya sebab saya pun tak ada plan apa-apa hari ini.”
Share this novel