“SAYA akan inform pada abang awak berkenaan perkara ini. So you don’t have to worry about it so much.”
Mata Maya membulat. Kenapa secara tiba-tiba projek tersebvut dipercepatkan? Bukankah masih ada seminggu lagi sebelum kesimpulan serta keputusan dibuat oleh pihak En. Reza dan pemaju? Maya mula berasa curiga. Bagai ada sesuatu yang tak kena kiranya. Reza mengerut dahi sambil menanti jawapan Maya. Maya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri buat seketika.
Reza merenung pada Maya seperti mengharapkan balasan positif daripadanya, “Jadi bagaimana? Awak boleh ke stay back untuk projek ni hari ini?”
Maya mengangguk perlahan, “Kalau dah memang bos cakap macam tu...saya ikut saja.”
Reza mengukir senyuman, “Baiklah kalau begitu kita jumpa di bilik saya lepas pukul 5 petang nanti.”
Laju sahaja Maya mengangguk. Sebagai orang baru memang sepatutnya Maya menikut apa sahaja arahan orang atasan. Kalau betul-betul sayangkan kerjaya, meski sanggup buat apa sahaja. Bukan mudah untuk memperoleh kepercayaan seorang ketua dengan begitu mudah. Dia yang baru sahaja menjejakkan kaki ke Interscope International ini benar-benar tidak percaya dia telah berjaya memenangi kepercayaan En. Reza dengan begitu cepat. Sungguh dia tak percaya dengan apa yang terjadi dengan dirinya kini. Kalau inilah dinamakan rezeki, memang dia bersyukur sangat-sangat!
“Bos dah makan tengahari ke?” Maya tiba-tiba bertanya.
Fauziah dan Elena mula memasang telinga. Bakal jadi gosip terhangat.
Reza dengan bersahaja membalas, “Saya dah tapau masuk bilik saya tadi. Kenapa awak bertiga tak lunch lagi?”
Maya menggeleng laju, “Bukanlah macam tu sebab saya tak nampak bos keluar ofis.”
Reza menekup wajahnya untuk menahan gelak, “Saya dah biasa bungkus.”
Mata mereka bertentangan lagi. Cepat-cepat Maya membuang pandangan ke arah lain. Lain macam degup jantung ni rasanya. Entah mengapa macam En. Reza ini bertambah kacak nmakin lama dia memandangnya. Lagi-lagi mereka pula berdiri begitu dekat sehingga Maya berupaya menghidu bau-bau maskulin yang terbit dari pewangi yang dipakainya. Reza menundukkan mukanya sambil berundur setapak sebelum dia kembali menyambung bicara. Sungguh kali ini Maya benar-benar terganggu dengan kehadirannya.
“Jadi kita jumpa lepas waktu kerja di ofis saya, okey?”
Maya mengangguk laju sambil tersenyum. Teruja pula nak bekerjasama dengan orang sehebat En. Reza Haikal.
“Mak hari ni saya balik lewat sikit. Mak tinggalkan lauk favorite Maya tu tau?” Maya bersungguh-sungguh berpesan pada ibunya.
Puan Rahimah tergelak melalui corong telefon bimbitnya, “Mak dah sorokkan lauk tu dari abang Izham.”
“Thank you, mak!”
Puan Rahimah tersenyum sendiri. Adik dengan abang tak pernah belajar untuk mengalah.
Maya kembali memberikan fokus kepada kerjanya. Skrin komputer ribanya itu ditenungnya dengan penuh minat sambil mencatat sesuatu di diari yang diberikan oleh pihak pengurusan. Sesekali dia menguap kerana terlalu lama mengadap komputer. Dia mengerling memandang rakan-rakan sekerjanya. Punyalah terkejut badak bila dia terpandang skrin Elena yang terpapar laman Fac! Nampaknya Elena tengah sedap berkenalan dengan seorang pemuda melalui laman tersebut. Macam serius benar perbualannya. Orang di department ni sememangnya dah tak sayang kerja ke? Runsing betul memikirkan gelagat rakan-rakannya ini.
Tepat pukul 5, Maya mengemas mejanya lalu bergerak menuju ke bilik bos besar, Reza Haikal. Kelihatan bosnya itu sedang sibuk berurusan dengan seseorang. Serius benar perbualan mereka. Maya mencuri lihat melalui tingkap yang terbuka. Alamak! Bos sedang berbual dengan seorang perempuan yang cukup seksi mengalahkan Pamela Anderson. Kelihatan Reza seperti tidak mengendahkan langsung keseksian perempuan tersebut. Mana tahu kemungkinan Reza bakal melakukan aksi terlarang bersama wanita itu di dalam bilik ini. Berasaplah biji mata aku nanti! Gerutu Maya dalam hati.
Tuk! Tuk!
“Ya, silakan masuk,” panggil Reza dengan perlahan.
Maya meluru masuk sambil memerhatikan wanita berambut perang di sebelahnya.
Reza seakan-akan memahami isi hati Maya bingkas bangun lalu memperkenalkan wanita itu kepadanya, “Maya, this is Erika from Belgium. Erika, this is Maya my new employee.”
Wanita tinggi lampai itu menghulurkan salam, “It’s a pleasure to meet you, Maya.”
Maya pula dengan selamba menyambut salam wanita berdarah kacukan itu. Bukan apa tapi Maya curiga dengan perhubungan mereka berdua. Cubalah bersikap professional sikit, Maya! Bisiknya di dalam hati. Tiada faedahnya kalau engkau menyibuk dengan hal peribadi bos kacak engkau ini! Maya berjalan menuju ke meja Reza sambil meletakkan fail yang berisi kandungan doikumen yang diminta oleh Reza sebelum dia duduk berhadapan dengan wanita tersebut. Maya hanya mendiamkan diri sambil mengerling ke arah Reza yang sedang sibuk membelek dokumen yang dihantarnya tadi.
“Okeylah Reza, I got to go now. So much pleasure to meet you again! And you too, Maya.”
Maya melemparkan senyuman separuh ikhlas, “Me too, Erika. Thanks for coming.”
Reza sudah mula perasan akan perubahan pada riak wajah Maya sebentar tadi lalu bangun untuk mengiringi Erika ke pintu. Sebaik sahaja Erika hilang dari pandangan, Reza kembali ke mejanya sambil berpura-pura seperti tiada apa yang sedang terjadi. Wajah selamba Reza itu cukup menyakitkan hati Maya. Bukannya dia cuba menerangkan apa yang terjadi malah berpura-pura tidak tahu menahu pula! Reza bersandar pada kerusinya sambil memerhatikan beberapa keping dokumen yang disediakan oleh Maya sebentar tadi.
“So you dah fikir apa nak bentangkan hari ini pada saya?”
Maya terkedu, “Saya kena bentangkan sekarang?”
Reza berdiri di hadapan Maya, “Apa lagi alasan awak? Boleh kita mulakan sekarang?”
Maya menelan air liur. Lampu mula dimalapkan dan projektor sudah mula dipasang oleh Reza. Maya menggigil memerhatikan langkah Reza yang mendekatinya dengan wajah yang serius. Perlahan-lahan dia bangun sambil berjalan ke arah paoan putih di hadapan sambil setiap gerak gerinya diperhatikan oleh Reza. Di hadapan Reza dia menggenggam erat fail yang berisi dokumen tadi lalu dengan cermatnya dia mengeluarkan dokumen itu satu persatu sebelum memulakan hujahnya.
Reza hanya termanggu mendengar setiap hujah yang dibahaskan oleh Maya dengan penuh minat sambil matanya melorot ke seluruh bahagian tubuh Maya. Cis! Aku tak boleh berfikiran begini lagi. Reza menggeleng kepala sambil meraup wajahnya dengan penuh kesal. Maya memandang ke arah bosnya yang seperti baru dikejutkan oleh mimpi ngeri itu. Namun Reza segera memberikan sign kepada Maya untuk meneruskan sahaja pembentangan tersebut. Maya teragak-agak lalu menghampiri Reza yang dalam keadaan gelisah itu.
“Bos tidak apa-apa ke?”
Reza menggeleng lalu bangun dari kerusi, “Tiada apa-apa untuk awak risaukan.”
Maya masih tidak berpuas hati, “Tapi bos nampak pucat sangat. Bos perlu baring.”
Reza menepis tangan Maya yang mahu memegangnya. Reza tidak sengaja namun dia benar-benar enggan dipegang dan disentuh oleh mana-mana wanita ketika ini. Maya berkecil hati lalu duduk di sebelahnya. “Saya ni kotor sangat ke sampai tak boleh pegang bos?”
Reza terasa sebak di dalam hati. “Bukan itu maksud saya, Maya.”
Maya duduk memerhatikan bosnya yang seperti dilanda sesuatu, “Tapi bos benar-benar okey ke?”
Reza cuba untuk tersenyum, “Saya okey. Mungkin hari ini saya makan saya tak teratur agaknya.”
Itu semua tidak mudah untuk meyakinkan Maya, “Bos nak pergi jumpa doktor ke?”
Reza menggeleng pantas. Tak perlulah untuk Maya bersusah-payah mahu memanggil doktor untuk perkara kecil seperti ini. Malangnya Maya ini sangat susah untuk diyakinkannya. Entah mengapa gadis ni begitu ambil berat mengenainya tidak seperti mana-mana wanita lain yang pernah dikenalinya. Maya benar-benar berbeza dari wanita yang pernah didampinginya dahulu. Dia memandang Maya dengan pandangan yang sungguh dingin. Kalau boleh janganlah dia berkecil hati dengan dirinya. Ini kerana dia tidak mampu melawan godaan nafsu yang sering datang untuk menyesatkannya.
"Saya okey sahaja. Biar saya hantar awak pulang,” cadang Reza dengan bersahaja.
Maya menggeleng laju, “Saya bawa kereta jadi tak perlulah...”
“Biar saya hantar awak sebab dah begitu lewat ni. Kereta awak boleh simpan di ofis.”
Maya tersenyum ringkas sambil mengangguk, “Kalau tak menyusahkan....”
Reza bingkas bangun sambil menyandangbeg bimbitnya, “Well, I really insist that you let me tke you home.”
Maya tersengih sambil memintal rambut, “Oh my God, Mr. Reza you are sooo sweet!”
“Really? Agak-agaknya tang mana yang so sweet tu?” Giat Reza lagi.
Share this novel