REZA sampai di rumahnya tepat-tepat sebelum menjelang Isyak. Risau hatinya tatkala mengerling ke arah jam di keretanya itu. Kenapalah jalan masih sesak lagi dah lewat-lewat begini? Dia bersandar sambil matanya tertumpu pada jalan. Lampu neon berwarna-warni menghiasi jalanraya Kuala Lumpur ketika itu. Seharian penat bekerja, Reza inginkan rehat yang enang di rumahnya. Dia mahu menghabiskan malam ini dengan menunaikan solat Tahajjud dan berzikir. Dia bersyukur kerana Allah sentiasa membuka jalan untuk dia kembali. Lima tahun dahulu dia telah hanyt dalam noda dan dosa. Kerana itulah dia tidak berani mendekati mana-mana wanita yang disukainya kerana masa silamnya yang begitu hina.
Hujan mulai turun renyai-renyai dan Reza memandang sayu setiap rintik hujan itu. Dia mengenang kembali segala perbuatan terkutuknya beberapa tahun lepas sebelum dia berhijrah ke arah yang lebih baik. Jika sebelum ini hampir setiap malam ada sahaja parti liar yang dia kunjungi dan tidak kurang ada sahaja bekalan wanita yang dibawanya pulang untuk dinodai. Hon kereta di belakangnya mengejutkannya kembali dari lamunannya. Sambil memandang kiri dan kanan, Reza membelok ke kanan lalu menuju ke arah surau yang berdekatan.
Ya Allah! Sekiranya selama ini aku telah sesat dalam pencarianku, kau temukanlah aku dengan sesuatu yang kau tetapkan terbaik untuk diriku.
Airmata Reza jatuh menitis tatkala selesai menafazkan bait terakhir doanya. Begitu banyak dosanya selama ini dan tidak mampu untuk dihitung seberapa banyak kesalahan yang telah dilakukan sepanjang dia melangkah ke alam dewasa. Kerana dialah ayah dan ibunya meninggal dunia. Kerana mereka tidak dapat mengubah anak mereka, akhirnya mereka mati dalam keadaan berputus asa. Ayah, mak maafkan segala dosa Reza. Reza rindukan belaian mak dan nasihat ayah.
Seorang ustaz berusia lingkungan 50-an melihat Reza sedang menangis sendirian cuba mendekatinya. Reza memerhatikan gerak geri lelaki tua itu lalu melemparkan senyuman. Sambil mengesat airmata, Reza bersalaman dengan ustaz tersebut lalu seraya duduk bersama.
“Anak ni nampaknya bersedih. Boleh pakcik tahu kenapa?”
Reza terdiam seketika. Teragak-agak.
Ustaz tersebut menyambung bicara, “Anak ni ada sesuatu nak diluahkan ke?”
Reza mengesat kembali airmatanya, “Saya ni banyak berdosa ustaz. Ibu bapa saya meninggal kerana kedegilan saya.”
Ustaz tersebut menggeleng kepala sambil beristighfar, “Tak baik anak berfikir macam tu.”
“Tapi semua itu kesalahan saya. Kalau tidak terus menerus melakukan dosa....”
Ustaz tersebut menggeleng kepala lagi, “Itu sudah ketentuan-Nya. Kita patut terima dengan redha.”
Reza menyambung kembali bicaranya, “Saya sudah banyak sangat melakukan dosa sampai saya sendiri jijik dengan diri saya. Saya bukan sahaja sudah menjadikan arak minuman utama saya malah telah banyak anak gadis yang saya nodai.”
“Tapi Allah telah mentapkan kamu jalan untuk kembali dan kamu sahut. Bukankah itu menunjukkan hati kamu yang masih lagi berbaki kebaikannya?”
Reza terdiam. Kata-kata ustaz itu ada juga kebenarannya. Sewaktu dia sedang sibuk bergelumang dengan dosa di kelab malam yang terkemuka di ibukota, tiba-tiba bangunan yang menempatkan kelab malam tersebut runtuh dan menimpa dirinya serta rakan-rakannya yang lain. Mujurlah dirinya hanya cedera parah namun rakan-rakannya semuanya meninggal dunia sekaligus. Dia berasa bertuah kerana Allah masih memberikan kesempatan untuk dirinya bertaubat. Malangnya selama 7 hari dia terlantar di hospital itu, rupa-rupanya berturutan bala yang menimpanya. Keluarga tersayang telah kembali menemui penciptanya tatkala waktu Reza sedang tenat di ICU.
“Sudahlah nak, doakan ketenteraman roh mereka di sana,” pujuk ustaz tersebut.
Reza mengangguk lemah, “Baiklah ustaz. Terima kasih sebab mendengar rintihan saya.”
Ustaz itu tersenyum “Jadilah insan yang lebih baik mulai hari ini.” Dengan itu ustaz tersebut berlalu sambil menghadiahkan Reza senashkah Al-Quran. Dengan tenang Reza membelek Al-Quran tersebut sebelum membuka lembaran yang baru.
Share this novel