AKHIRNYA sudah hampir 6 bulan Maya bekerja di bawah naungan Interscope. Mereka berjaya menarik banyak projek dan pelabur-pelabur asing untuk melabr dan bergiat bersama mereka. Kehebatan Maya dalam pembentangan dan meyakinkan pelabur telah menjadikan Interscope antara pesaing terbesar dalam bidang pembangunan masyarakat. Sudah sekian lama Interscope hanya bertindak sebagai pelabur utama akhirnya kini syarikat itu boleh bertindak sebagai penasihat kepada pelabur-pelabur kecil dalam memilih projek yang boleh menguntungkan mereka.
Maya menanti Reza di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur. Reza lewat sudah hampir sejam. Maya mengerling ke arah jam di lengannya sambil mengeluh. Punyalah suruh orang datang awal, tengok si dia tu pulak yang lambat! Tahulah dia tu bos! Maya sudah mula tayang muka ketat depan orang ramai. Dia asyik membetulkan selendang yang kemas terbalut di lehernya. Kelibat Reza masih lagi belum muncul. Dia sudah mula berasa seperti dipermainkan. Selalunya Reza tidak begini. Selalu menepati janji. Dia melihat sahaja seorang pelayan lelaki menuju ke arahnya dengan menggenggam sebuah kotak hadiah.
“Ini dari siapa?” Maya mulai berasa kehairanan setelah menerima kotak tersebut.
Pelayan lelaki yang berusia sekitar 20-an itu tersenyum, “Dia kata rahsia.”
Eh, loyar buruk pulak dengan aku! Getutu Maya dalam hati. Ni budak ni memang nak kena penampar jepun ke apa? Pelayan tersebut tersenyum lalu meninggalkan meja Maya. Maya berasa angin satu badan. Dia membuka kotak hadiah tersebut. Eh, ada set kasut yang diidamkannya dahulu! Memang Maya sudah lama membelek kasut tersebut di butik kesayangannya itu berhampiran tempat kerjanya namun dia tidak pernah meminta pada siapa-siapa untuk membelikannya.
“Suka tak dengan hadiah awak?”
Maya tergamam apabila suara rendah irama itu menyapanya. Bos rupanya!
Maya tersenyum sambil menjeling tajam, “Mana bos tahu saya suka kasut ni?”
Reza hanya terdiam sambil melabuhkan punggungnya pada kerusi bersebelahan Maya. Dia menghela nafas yang panjang sebelum mengangkat tangan untuk memanggil semula pelayan tadi.
Maya mengusik Reza sambil senyum sumbing, “Bos stalk saya yer selama ni?”
Berubah riak wajah Reza apabila mendengarnya, “Mana ada! Merepek la awak ni.”
Reza meraup wajahnya sambil membuang pandangan ke arah sekumpulan wanita yang sedang rancak berborak di sudut tepi restoran tersebut. Restoran Wondermama di Avenue K ini sentiasa padat dengan orang ramai. Namun jarang sekali Reza bertemu dengan orang yang dikenalinya. Wanita berambut perang yang sedang duduk di sudut itu begitu familiar baginya. Harap-harap wanita itu tidak akan mengganggunya ketika ini.
Namun ternyata telahannya salah. Wanita yang berpakaian skirt pendek dan blaus tanpa lengan berwarna jingga itu pantas bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke arah meja Reza. Reza sudah berasa kurang senang dengan kehadiran bekas-bekas spare part dia ni. Dah lah pakai macam orang tidak cukup kain dan kini cuba nak mengganggu kehidupan barunya pula. Maya pula sudah mula memandang Reza dengan aneh sambil menjeling tajam perempuan tersebut.
“Hai sayang, lama I tak nampak you,” perli wanita itu dengan manja.
Reza berasa kurang selesa berada di samping wanita tersebut, “Apa ni, Mastura?”
Maya menahan geram hingga mukanya merah padam. Amboi sedapnya tangan kecil perempuan gatal ni mengurut-ngurut bahu Reza. Kurang ajar punya betina! Sudah tu pula, tangan merayap-rayap lalu melurut pula ke dada Reza. Maya memang kurang berkenan dengan perangai perempuan murahan macam ni. Yang dia pegang tu bos akulah setan! Hati kecil Maya seakan mahu menjerit lalu dia mendengus dengan kasar. Reza seakan memahami perubahan pada riak wajah Maya lalu menepis tangan miang perempuan tersebut.
“Mastura, can you please behave youself here!” Gertak Reza lalu dia bangun dari kerusinya.
Mastura nampak tergamam dengan tindakan Reza, “I just nak manja dengan you.”
Maya bangun sambil bercekak pinggang, “Kau tak reti bahasa ke betina? He don’t like you so why don’t you just get lost!”
Merah padam wajah Mastura diherdik sedemikian rupa. Dia melepaskan tangan Reza lalu meninggalkan meja mereka sambil menangis teresak-esak. Maya hanya memerhatikannya dengan pandangan sinis sambil menyambar tas tangannya.
“Eh, you nak ke mana ni? Kan kita baru nak makan ni,” pujuk Reza bersahaja.
Maya buat-buat merajuk. Tidak mahu memandang Reza, “Tak payahlah bos. Saya dah mantul selera tengok perangai betina tadi tu. Bos sukalah kan orang meraba macam tu?”
Reza memandang Maya dengan aneh, “Apa yang you cakap ni Maya?”
Maya hanya memeluk tubuh. Blazer hitam dan skirt sedondon yang dipakainya itu kelihatan sesuai sekali digayakan Maya ketika itu. Maya menutup sedikit kolar blaus putih yang berada di dalam kotnya itu kerana sedikit kedinginan.
Reza menarik sedikit kot kelabunya untuk menghangatkan tubuhnya yang kesejukan. Sudah seminggu Kuala Lumpur asyik hujan sahaja. Reza membalut lehernya dengan selendang yang ditempahnya khas dari Kashmir berwarna putih krim padan dengan sut kelabu yang dikenakannya hari ini.
“Maya, it’s your birthday. Don’t be childish and sit down,” tegur Reza dengan geram.
Maya menyepak kaki meja lalu duduk dengan acuh tak acuh melayan Reza. Reza tertawa melihat telatah Maya yang cemburu buta itu. Nasib baik ada Maya, kalau tidak entah ke mana diheretnya perempuan giler tadi entah lah. Maya ini seumpama penyelamatnya jugalah secara tidak rasmi. Kalau melepaskan geram memang menakutkan, ditambah dengan muka ketat dia yang memang tak boleh blah tu. Mesti ramai pakwe yang lari tak cukup tanah nanti. Reza menutup mulut dengan telapak tangannya sambil menahan ketawa. Maya menjeingnya dengan tajam membuatkan tawanya pudar sedikit. Kek vanila yang besar dipenuhi lilin di atasnya akhirnya tiba di meja mereka. Maya seolah-olah terkejut benar dengan surprise yang telah diatur oleh bosnya itu.
“Ini hadiah hari jadi awak sebab awak my best employee!”
Nampak benar menipunya bos ni. Berapa banyak pekerja dia takkan hadiah ni cuma untuk dirinya sahaja? Nampak macam ada makna saja. Kalau ikut cakap Elena, bos selalunya kalau sambut birthday staf mesti keluar beramai-ramai. Dia jarang keluar berdua saja dengan mana-mana pekerja bawahannya. Sudah nanti mesti Maya kena gosip kaw kaw punya dekat Kak Ros, Elena dan Fauziah bila balik office nanti.
Reza mengerling ke arah jam di lengannya, “Oh, I ada meeting dengan klien dalam 5 minit lagi. Jomlah kita tapau kek ni masuk office.”
Pelayan restoran tersebut bergegas memasukkan kek tersebut ke dalam kotak yang dihias cantik sebelum memasukkannya ke dalam bed plastik yang tertera jenama restoran tersebut. Reza membawa beg plastik tersebut dan Maya mengikutinya dari belakang. Berjalan bersama mengharungi suasana petang yang dingin itu benar-benar menimbulkan suasana yang agak romantis antara mereka. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup petang ini membuatkan suasana terasa dingin dan Maya asyik memeluk tubuhnya ketika berjalan beriringan dengan Reza melalui lot-lot kedai yang sangat comel dan unik. Maya tertarik dengan kedai cenderamata yang terletak di tengah-tengah laluan dari KLCC ke Bukit Bintang itu. Arca angsa yang diperbuat daripada kaca itu cukup menarik pada pandangan matanya.
“Nak satu ke?”
Mata Maya berkelip-kelip ketika memandang arca tersebut. Suara Reza sayup-sayup sahaja didengarinya.
Reza menoleh ke arah kaunter sambil menunjukkan arca angsa tersebut, “Boleh ambilkan satu untuk saya?”
Wanita muda berambut pendek yang berada di kaunter itu segera menuju ke arah kabinet kaca yang berisi arca kaca tersebut lalu mengeluarkannya dengan berhati-hati. Kemudian mereka berkumpul di kaunter sementara pekedai tersebut membungkus arca tersebut ke dalam kotak hadiah yang khas. Maya membelek-belek perhiasan yang terdapat di dalam kedai tersebut lalu tertanya. Mengapa pulak Reza mahu membeli arca tersebut? Untuk siapa pula dia nak hadiahkan benda tu? Maya hanya mengikuti langkah Reza dari belakang dan melihat sahaja ketika dia mengeluarkan kad debit tanpa hadnya itu untuk membayar.
“Bos beli benda tu untuk siapa?” tanya Maya sebaik sahaja Reza selesai membayar.
Pekedai tersebut menghulurkan beg plastik berisi kotak tersebut lalu disambut oleh Reza. Kemudian Reza menghulurkannya pada Maya, “Untuk awak sebab awak leka tengok benda ni tadi.”
Maya terkesima, “Bos beli benda ni untuk saya? Tapi mahal sangat ni!”
Reza tersenyum sambil menyaksikan gelagat Maya, “Awak berhak dapat lebih dari ini.”
Sekali lagi Maya memandang bungkusan berisi hadiah tersebut, “Saya akan bekerja dengan lebih keras lagi mulai hari ini.”
“Abang Izham cuti hari ini. Jadi biarlah saya yang hantar awak balik hari ini.”
Maya tersenyum sumbing, “Kalau bos tak keberatan. Saya okey saja.”
Hanya dua bulan sahaja lagi sebelum seluruh umat Islam menyambut bulan Ramadhan. Namun kehangatan suasananya sudah mula terasa. Suasana di pejabat Interscope International berjalan seperti biasa. Perbezaannya kali ini adalah pertambahan pekerja-pekerja mahir yang perlu diuruskan oleh Maya setelah pangkatnya dinaikkan ke Koordinator Projek dan Pengarah Kreatif. Maya diberikan sepenuh kepercayaan untuk memastikan kelancaran setiap projek yang diberikan oleh Reza agar lebih banyak pelabur akan menabur kepercayaan untuk memberi kerjasama dengan Interscope.
Maya mengerling ke arah kalendar di sisinya, “Cepatnya masa berlalu.”
Reza yang baru sahaja memasuki pejabat menggeleng kepala melihat telatah Maya yang gemar bermenung jauh, “Hai, dah tak sabar nak beraya ke ni?”
Maya mencubit lengan Reza, “Bos janganlah mengada. Stress ni tau!”
Reza tak dapat menahan lagi. Ketawanya meletus lagi. “Maafkan saya. Tapi kalau dah asyik tengok kalendar saya pun akan ingat yang bukan-bukan tahu tak?”
Maya menjeling Reza dengan tajam, “Bos perasan tak saya langsung tak ambil cuti untuk dua bulan kebelakangan ni?”
Reza termenung seketika, “Kenapa pulak? Bukan awak yang tak nak ke?”
“Saya kasihankan bos uruskan projek tu seorang,” getus Maya tiba-tiba.
Reza bersandar di dinding berdekatan meja Maya, “Sayang jugak awak dekat bos awak yang garang giler ni ye?”
Maya mengetap bibir, “Bos ni suka buat saya annoyed tau!”
Sejurus selepas puas bersembang, Reza mengatur langkah menuju ke biliknya sebelum tangannya pantas menyambar remote penghawa dingin. Dia menurunkan suhu untuk menyejukkan udara di dalam bilik itu. Maklumlah dia sudah puas mengharungi kepanasan mentari ketika berurusan dengan klien di luar tadi. Walaupun dia memiliki kereta, baginya lebih mudah untuk menemui kliennya dengan menaiki tren kerana untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Habis bajunya bertompok basah kerana berpeluh akibat tergesa-gesa ke sana dan ke mari bagi memuaskan hati klien yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah. Reza melabuhkan punggungnya atas kerusi empuk itu lalu bersandar sambil menghela nafas yang panjang. Sebentar lagi akan masuk waktu untuk sembahyang Jumaat. Dia cuba untuk melelapkan mata untuk seketika dan melupakan soal kerja untuk seketika.
“Bos bangunlah dah hampir pukul 12:30 ni,” Maya menggugah bahu Reza.
Reza terkebil-kebil memandang Maya sambil membetulkan duduknya, “Eh, saya kena pergi sekarang. Awak tolong jaga office okey?”
Maya mengangguk perlahan sambil menghulurkan sejadah. “Bos jangan lupa bawak sejadah ni. Mana tahu kalau masjid penuh, boleh buat alas tempat bos sembahyang nanti.”
Reza menyambut dengan baik, “Okey, terima kasih.”
Maya tersenyum sendiri sambil Reza berlalu di hadapannya.
Reza mengatur langkah longlai menuju ke ruang pejabat. Maya memerhatikan perubahan bosnya itu dengan segera mendapatkannya. Muka Reza kelihatan bagak pucat dan amat berbeza dengan sebelum ini kerana bosnya ini selalunya ceria bila berada bersamanya. Dia mendengar Reza menghela nafas yang panjang sambil bersandar pada dinding berdekatan. Maya merenung bosnya dengan serba salah sambil mengelap wajah Reza yang basah dengan peluh. Bergegas Maya menyuruh bosnya duduk sebelum dia pergi ke pantri untuk mencari gelas lalu menuang air suam ke dalamnya. Sebaik sahaja selesai, Maya bergegas keluar dari bilik pantri tersebut lalu mendekati bosnya itu.
“Bos, minum air suam ni bos. Bos demam ni,” suara Maya kedengaran bimbang.
Reza menepis tangan Maya sambil menggeleng, “Saya tak apa-apalah. Pergilah sambung kerja awak. Jangan bimbangkan saya.”
Maya tetap berkeras, “Bos kena pergi klinik bos. Saya takut bos pengsan nanti.”
Reza mengeluh kasar sambil menarik lengannya, “Saya masuk ke bilik saya dulu.” Dengan itu Reza berlalu tanpa menoleh lagi belakang. Langkahnya terhuyung hayang dan tidak stabil dan bersusah dia berpaut pada dinding untuk memastikan dia tidak rebah atau terlanggar apa-apa. Maya masih tidak berpuas hati lalu mengikutinya dari belakang sambil menggeleng. Degil benar bosnya ini. Kalau ikutkan hati sudah lama diangkutnya bosnya ini ke klinik. Tapi tengoklah beza badan bosnya tu dengan badanya yang kecil ini, mana larat nak angkut bos yang berbadan sasa tu! Reza cuba sedaya upaya untuk menggagahkan dirinya agar tidak kelihatan lemah di hadapan Maya. Sebaik sahaja dia mencapai tombol pintu biliknya, dia meminta Maya agar dia ditinggalkan bersendirian.
Maya agak terkilan dengan sikap Reza yang kerap menjauhkan diri darinya setiap kali sesuatu yang buruk terjadi padanya. Sikap Reza yang padanya dingin itu sering membuatkannya berasa jauh hati dengan bosnya itu. Dia mahu menjadi rakan yang mana Reza boleh berkongsi segala apa masalah bersama. Andai kata dia boleh menolong dia tidak akan sekali-kali menolak untuk menolongnya. Namun kekerasan hati Reza ini kerap kali megecewakannya. Sudah terlalu sering dia berkecil hati dengan sikap Reza yang tidak menentu namun tidak tahu mengapa dia masih setia di sisi bosnya yang poyo ini. Kalau pasal jawatan itu pun, dia boleh dapat dekat syarikat lain pun tapi dia berasa selesa di samping Reza.
“Bos tak apa-apa ke?” Maya mengetuk pintu Reza apabila segalanya agak senyap di dalam.
Namun masih tiada apa-apa jawapan dari dalam. Maya mulai berasa bimbang lalu dia dengan segera menelefon sekuriti untuk meminta tolong dari mereka untuk membuka pintu bilik Reza yang terkunci rapat.
Maya mengetuk lagi, “Bos jawablah! Bos tak apa-apa dalam tu?”
Sekuriti yang berusia awal 40-an tiba lengkap dengan alat pembuka kunci datang tergesa-gesa lalu mendapatkan Maya. “Cik ke yang panggil tadi?”
Maya mengangguk cemas sambil menunjukkan pintu, “En. Reza dekat dalam. Senyap jer tapi pintu ni berkunci. Saya risau sebab dia tak sihat.”
Sekuriti tersebut hanya tersenyum, “Jangan risau cik. Serah saja pada saya.”
Maya mengangguk sambil mengharapkan segalanya berjalan lancar. Ketika sekuriti tersebut menghayunkan spanarnya pada kunci pintu tersebut, Maya berdoa semoga tiada apa-apa yang terjadi pada bosnya itu. Akhirnya tombol pintu bosnya itu dapat dipecahkan lalu Maya segera mendapatkan Reza. Kebanyakan pekerja-pekerja sedang makan tengahari ketika itu jadi ramai yang tidak menyedari akan hal tersebut. Memandang Maya jarang keluar makan dan lebih gemar membawa bekal, Reza amat bernasib baik. Dengan segera dia masuk untuk melihat Reza yang sedang terbaring atas sofa. Maya meletakkan telapak tangannya pada dahi Reza. Panasnya! Dia mencari telefon bimbit Reza lalu mendail nombor doktor peribadi bosnya itu.
Maya tersedu-sedu ketika bercakap melalui telefon tersebut, “Hello, doktor.”
Doktor Hakimi Mahfuz, doktor peribadi Reza menjawab, “Ya, ada apa yang boleh saya bantu? Ini Maya kan?”
Maya mengangguk sambil memerhatikan Reza, “En. Reza pengsan. Dia demam.”
Doktor Hakimi seraya bangun apabila mendengarnya, “Di mana dia sekarang? Saya datang ke sana, okey? Boleh awak minta dia bertahan sekejap? Lapkan badan dia dengan air suam.”
Biar betul doktor ni! Kita ni bukan muhrim nak lap-lap badan pulak. Tapi tengok Reza dalam keadaan begini, hati Maya mula berasa gelisah dan serba salah. Dia menefon Izham yang berada di tapak projek.
“Abang, ni Mayalah! Bos kita pengsan dalam office. Dia demam panas!”
Mata Izham membuntang, “Bos pengsan? Dah call doktor suruh datang tengokkan dia?”
Maya menjawab lembut, “Dah..”
Izham melepaskan keluhan panjang, “Abang datang sana sekarang. Maya bertahan okey?”
“Abang nak tinggalkan tapak projek tu macam mana?”
Izham hanya tersenyum, “Tak apa, rakan abang boleh tolong abang jaga sekejap.”
Maya memandang wajah Reza dengan sayu. Bolehkah Reza bertahan sebelum Doktor Hakimi sampai? Dia menggenggam jemari Reza yang sedang tidak sedar itu. Masih terasa panas dan hingga kini belum ada tanda-tanda dia akan sedar. Maya bergegas ke tandas untuk membasahkan tuala tadi lalu dilapkan ke dahi Reza dengan perlahan-lahan. Mata Reza berkelip-kelip lalu Maya berhenti seketika. Reza sudah mulai sedar!
“Bos sudah sedar ke?” Maya merenung mata redup Reza.
Reza tersenyum ringkas, “Saya tak larat Maya. Tapi saya dah okey sikit.”
Maya mengusap rambut Reza, “Sekejap lagi doktor sampai. Bos rehatlah dulu. Bertahan sekejap boleh kan? Demi saya...”
Maya membantu Reza melonggarkan tali leher dan membuka beberapa butang kemejanya di bahagian atas bagi memudahkannya bernafas. Elena dan Fauziah serta Izham akhirnya tiba di bilik tersebut lalu mengelilingi mereka. Kesemua mereka kelihatan benar-benar risau dengan keadaan bos mereka sekarang. Reza bersyukur dikelilingi orang-orang yang benar-benar mengambil berat dan prihatin terhadapnya. Terutama sekali Maya walaupun dia sering melayan Maya dengan acuh tak acuh namun Maya tidak pernah meninggalkannya. Dia menggenggam hemari Maya dengan erat seperti membawa maksud yang tersirat. Maya memahami apa yang ingin dimaksudkan oleh Reza dan dia tersenyum membalasnya.
Share this novel