BAB 12

Romance Completed 38699

“BOS janganlah mainkan saya! Tak kelakar langsung tahu?”

Reza dengan tidak sengaja menutup pintu ofis sebelum sempat Maya lolos daripadanya terdahulu. Mendengar laungan Maya yang seperti orang ketakutan itu dengan segera Reza bergegas membuka semula pintu lalu membuka lampu.

“Awak belum keluar lagi ke?” Reza menegur dengan nada yang selamba.

Maya menggeleng sambil menunjukkan pad wanitanya, “Saya ada hal.”

Reza memerhatikan Maya yang bergegas mengemas kelengkapannya. Oh, rupanya dia sedang datang haid. Bukan ke aku tak sepatutnya melihat kejadian ini? Reza menggeleng sambil meraup wajahnya. Dia berpaling ke arah lain sehingga Maya siap sepenuhnya.

“Awak yang sebenarnya tak sihat,” tegur Reza dengan nada yang sinis.

“Maafkan saya. Saya pun baru tersedar tadi,” balas Maya dengan perlahan.

Reza lantas beredar sambil menjinjing beg bimbitnya lalu masuk ke dalam lif diikuti oleh Maya dari belakang. Di dalam lif tersebat, keadaan agak tegang untuk seketika. Maya pula tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara kerana malu dengan kejadian yang menimpanya tadi. Reza pula berasa serba salah kerana telah tidak sengaja mengejeknya tadi. Namun hati Reza berdegup kencang tatkala Maya mula bersandar di dinding lif. Di fikirannya sudah terbayang pelbagai aksi terlarang yang mahu dilakukannya bersama Maya di situ. Cepat-cepat dia berpaling lalu memandang ke arah lain. Tali lehernya dilonggarkan dan butang bajunya ditanggalkan di bahagian atas.

Maya hanya memerhatikan sahaja perlakuan Reza di dalam lif. Kena pula dia longgarkan tali lehernya? Pervert! Namun bosnya seperti tidak mencurigakan langsung malah dia langsung tidak merenung ke arahnya. Maya pula yang berasa bersalah kerana memikirkan yang bukan-bukan berkenaan bosnya itu. Dia mengamati bosnya dari tempat dia berdiri. Bos ni dah la tinggi badan dia sasa pulak tu! Tengok sahaja lengannya yang kekar berurat-urat tu. Kulit En. Reza ni memang putih macam mamat dari Korea lah. Matanya yang seakan-akan sepet itu cukup menarik hati Maya. Macam sedang dibuai lena. Konon! Reza ni pulak jenis yang tidak pernah merokok. Tengok sahaja bibirnya yang kemerahan itu.

“Awak simpan sahaja kereta awak dekat sini, jangan risau.”

Pandai betul bos ni memujuk. Memang cair dibuatnya. Maya mengikutinya dari belakang.

Langkah Reza terhenti seketika, “Awak nak pergi makan dulu tak?”

Maya termenung seketika, “Bos tak makan malam lagi?”

Reza tersenyum sambil meraba perutnya, “Saya skip makan tadi. Boleh temankan saya?”

“Bos mana boleh skip makan selalu. Tak baik untuk kesihatan. Padan pun tadi muka bos pucat sangat sampai saya naik takut!”

Reza tersengih sambil membuka pintu kereta Mercedes miliknya, “Saya faham dan saya benar-benar minta maaf. Selama ini saya memang agak gilakan kerja dan mengabaikan yang lain.”

Maya masuk ke bahagian penumpang sebelum Reza menutup pintu dan berjalan ke sebelah tempat duduk pemandu. Sebaik sahaja Reza menaiki kereta tersebut, Maya pula yang berleter, “Sebab itu saya nak bos jaga pemakanan bos. Kalau tidak biar saya masakkan untuk bos nanti!”

Reza membulatkan mata mendengar cadangan Maya, “Tak perlulah susahkan diri.”

Maya hanya ketawa nakal, “Tapi gaji saya kena uplah sebab dah cover bahagian lain!”

“Cis, ingatkan dia betul-betul ikhlas tadi.”

Maya menepuk bahu bosnya sambil ketawa, “Kelakarlah bos ni, kedekut!”

Reza tersentak apabila bahunya ditepuk oleh Maya. Terasa seperti sudah biasa dan selesa bersama Cik seorang ini. Sudah mula main bertepuk tampar pula. Dia dah lupa ke yang sebelah dia ini seorang bos syarikat yang cukup disegani? Namun entah mengapa Reza tidak pernah berasa marah dengan apa yang dilakukannya. Apa sahaja yang dilakukan Maya, Reza menerimanya dengan hati yang tenang dan terbuka. Kalau orang lain sudah tentu menjawab dengannya dari pagi tadi hingga ke petang. Ada sesuatu yang istimewa ada pada Maya yang sukar untuk Reza tafsirkan.

“Bos nak try tak nasi lemak kukus dekat Desa Sri Hartamas?”

Entah mengapa menu yang disebutkan oleh Maya tadi membangkitkan selera dia di malam-malam begini. Sudah lama dia tidak memakan masakan tradisional Melayu semenjak kematian kedua ibu bapanya. Dan nasi lemak kukus itu bunyinya macam sedap sahaja. Reza menelan air liurnya sambil memikirkan kenikmatannya memakan nasi lemak kukus tersebut.

Reza bertanya sebab ingin tahu, “Jauh lagi ke tempat tu?”

Maya memeriksa GPS di telefon bimbitnya, “Depan lagi sikit kot.”

Reza mengerling sambil memandang keadaan sekeliling, “Macam dah sampai jalan mati saja ni?”

“Takkan pulak. Dalam peta ni katanya dua blok di hadapan tapi depan tu kan kubur?”

Reza membuka tingkap keretanya, “Betullah! Memaang kubur. Mungkin saya dah salah masuk lorong kot?”

Maya berasa serba salah, “Kita patah balik. Keluar dan ikut jalan utama.”

Reza berasa bersalah kerana ia berlaku berpunca daripada dia. Dia mahu Maya menemaninya untuk makan malam. “Maafkan saya Maya. Sebab saya awak balik lewat.”

Maya menggeleng laju, “Bos janganlah cakap macam tu. Saya rela hati temankan bos.”

Reza membantah, “Namun sebab saya awak balik lewat. Beginilah awak boleh datang lewat esok pagi. Saya izinkan. Ini sahaja yang saya boleh buat untuk tebus balik apa yang saya buat malam ini.”

“Tak perlulah sampai macam tu. Tapi bos dah kasi, takkan saya nak tolak pulak.”

Kedua mereka tertawa sambil menuju ke destinasi yang diingini.

“Amboi, berselera nampaknya bos makan. Macam tak pernah dapat nasi lemak selama ni pulak,” perli Maya sambil menyuap nasi lemak itu ke mulutnya sendiri.

Reza tertawa dan hampir tersedak, “Memang dah lama pun saya tak rasa benda ni.”

Sambil meneguk segelas air, Reza mengerling ke arah jsm di lengannya, “Dah lewat sangat ni. Awak dah habis makan ke?”

Maya menggeleng sambil menunjukkan pinggannya yang masih separuh penuh. Suasana di dalam restoran tersebut agak lengang mungkin kerana sudah hampir lewat tengah malam. Kelihatan beberapa mat-mat motor dan pasangan pertengahan umur sedang rancak berborak di tempat mereka. Reza menghirup udara sambil memejamkan mata. Pertama kali dia berasa bebas dari segala tekanan dan masalah sepanjang hidupnya. Dia menoleh ke arah Maya yang terlalu sedap mengunyah ayam goreng yang dihidang bersama nasi lemak berkuahkan sambal petai itu. Rancak benar mulutnya mengunyah. Sampai dirinya diperhatikan pun dia tak perasan.

“Bos dah nak balik ke?” Maya menegur tatkala melihat bosnya bangun dari kerusi.

Reza menggeleng sambil menunjukkan arah tandas, “Saya nak ke tandas. Nak ikut?”

Muka Maya merah menahan malu. Pandai pulak bosnya ini mengusiknya.

Reza tersenyum sambil menuju ke tandas. Sebaik sahaja Reza hilang dari pandangan, Maya menerima panggilan dari ibunya, “Sayang mak, dah tak reti jalan balik ke rumah ke?”

Maya mengetap bibir, “Mak, kan saya balik lewat hari ni!”

Puan Rahimah membalas dengan tenang, “Kenapa tak bagi tahu yang kamu lewat sampai time ni?”

Maya terdiam seketika, “Maya temankan bos makan malamlah.”

Mata Puan Rahimah membulat, “Aish, kamu ni personal assistant ke atau perancang bandar? Mak pun confuse dengan kamu ni la.”

“Mak jangan risaulah. Bos ada jaga saya,” balas Maya nakal.

Puan Rahimah mengetap bibir, “Ya lah make sure dia hantar sampai depan rumah tahu!”

Maya menutup telefon bimbitnya. Sedar-sedar Reza sudah pun berada di sebelahnya sambil memandangnya dengan suatu pandangan pelik. “Alamak, bos dengar ke perbualan tadi?”

Reza hanya mendiamkan diri sambil menumpukan pada makanannya. Selesai dia makan, dia menoleh ke arah Maya menandakan bahawa dia sudah mahu bergerak pulang. Maya menghirup sup yang tinggal dengan segera sebelum bangun untuk mengikuti bosnya dari belakang. Dia memerhatikan bosnya mengeluarkan not-not RM50 ringgit dari dompetnya. Memang kayalah mamat ni! Wanita bertudung merah di kaunter tersebut hanya mengukirkan senyum ketika menerima bayaran tersebut. Reza membalas senyuman tersebut sambil menoleh ke arah Maya. Maya faham akan erti pandangan bosnya itu bergegas mengikutinya ke pintu keluar.

Sampai sahaja di kereta, Maya menegur Reza, “Bos dengar ke perbualan tadi?”

Reza menjelingnya tajam, “Buat apa saya nak curi dengar, tak ada faedah pun.”

Maya terdiam di sebelahnya, “Bos kecil hati dengan kata-kata mak saya ke? Maafkan dia ye bos? Mak saya kalau bercakap memang tak fikir perasaan orang langsung.”

Reza menggeleng pantas, “Maafkan saya Maya. Fikiran saya terganggu sikit.”

Maya mengetap bibir memikirkan apa yang patut diluahkannya pada Reza. Namun dia fikir lebih baik tidak berkata apa-apa ketika mood bos agak kurang baik ketika ini. Kelihatan Reza sedang mengurut dahi sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Maya menunjukkan arah rumahnya dengan berhati-hati agar tidak tersesat lagi. Reza memberhentikan kereta apabila sampai di hadapan pintu pagar rumah Maya. Maya teringin untuk menjemputnya masuk namun keadaan tidak sesuai.

“Terima kasih, bos sebab hantar saya pulang.”

Reza mengangguk perlahan, “Awak masuklah berehat.”

Maya turun dari kereta sambil melambai Reza pulang. Reza tersenyum sebelum dia beredar dari kawasan perumahan tersebut. Maya merenung jauh sehinggalah kereta Reza hilang dari pandangan. Sesampai sahaja dia di rumah, kelihatan ibu dan ayahnya sedang menanti di ruang tamu. Nasib baik wajah ayah dan ibunya selamba sahaja. Puas dia melihat sekeliling. Abang Izham belum balik lagi ke?

Puan Rahimah tersenyum, “Mak ada tinggalkan lauk favorite kamu. Nak makan tak?”

Maya menggeleng laju, “Kenyang pulak lepas makan dengan bos tadi.”

Dengan longlai Maya menyusun langkah menaiki tangga ke bilik tidurnya. Dia mengerling memandang jam di dinding. Sudah hampir pukul 1.00 pagi rupanya! Kalau silap hari bulan mahu kena maki dekat ayah dan ibunya itu. Mungkin abangnya belum pulang lagi. Dari pengetahuannya, abang Izham ni ramai kawan lelaki jadi mungkin dia pergi minum bersama teman-teman seangkatan dia kot? Dia melalui bilik Izham lalu terpandang susuk tubuh yang sangat familiar. Cis, sedang sibuk main game rupanya! Padan pun suka sangat meracau waktu malam-malam. Angkara tak cukup tidurlah tu! Maya masuk ke dalam kamarnya lalu menutup lampu. Harap-harap betullah memang Reza memberinya izin untuk hadir lewat esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience