BAB 8

Romance Completed 38699

WHY am I feeling like this? Getus hati kecil Reza yang baru sahaja selesai berbincang dengan Maya berkenaan projek yang dicadangkannya di bilik mesyuarat tadi. Rasa terhenti seketika nafas apabila Maya menjeling manja padanya. Entah mengapa Maya memberikan kesan yang cukup kuat kepadanya. Memanglah mereka baru sahaja berkenalan, itu pun sebagai majikan dan pekerja sahaja namun mengapa wajah Maya seriongkali menjelma di fikirannya. Wanita itu seringkali mencetuskan pelbagai konflik di dalam dirinya. Dia terlalu bijak jika diikutkan pada pengalaman yang dimiliki.

“Bos, boleh saya masuk?” Izham terpacul di muka pintu.

Reza mempersilakan Izham masuk lalu memintanya untuk duduk, “Kenapa awak nak jumpa saya? Ada masalah dengan projek awakkah?”

Izham melopong seketika, “Ingatkan bos dah cancel projek saya.”

Reza menepuk bahu Izham sambil berkata,”You thought I will do that to the person that I trust most in this company? Thanks for bringing your little sister to this company.”

“Betul ke apa yang bos cakap ni?” Izham seakan tidak percaya apa yang dia dengar.

Bukan main lagi bos dia kalau dengan Maya tu. Nampaknya ada can lah dia nak menguruskan projek yang bernilai hampir jutaan ringgit ini. Nampaknya Maya memang pandai mengambil hati Reza Haikal Adriansyah. Tak rugi punya adik perempuan yang cantik jelita macam tu kerana benar-benar menguntungkan. Namun Izham takut juga kalau bosnya ini punyai niat lain selain dari membantu Maya mendapatkan kerja kerana Izham sedia maklum dengan reputasi buruk bosnya dalam dunia sosial. Dia tidak mahu jika adik perempuan kesayangannya itu terlibat dengan perkara yang tidak baik. Maaf ye bos tapi maruah adik sendiri harus dijaga.

“Itu tak ada masalah bos. Tapi saya curiga kalau adik saya balik lewat. Lagi-lagi kalau berdua-duaan dengan bos,” ulas Izham dengan panjang lebar.

Reza duduk berdepan dengan Izham, “Awak masih tak percayakan saya ke?”

Izham berasa serba salah kali ini, “Bukan itu maksud saya bos, bos faham kan benda ni.”

Reza mengangguk sambil menyusun jari, “Awak tak perlu risau Izham. Kita dah macam abang dan adik dan saya berjanji akan menjaga adik aak lebih dari nyawa saya sendiri. Saya anggap awak berdua macam keluarga terdekat saya.”

Izham bangun smbil memberikan salam hormat, “Terima kasih bos. Saya rasa bertuah sangat dapat berkhidmat dengan bos yang amat baik dan bertimbang rasa seperti bos.”

“Terima kasih dekat awak juga, Izham.”

Langkah Izham terhenti seketika. Terima kasih atas sebab apa?

“Kenapa bos?”

“Kerana menjadi kawan saya. Kerana menaruh kepercayaan kepada saya.”

Reza memandang sayu tatkala Izham melangkah keluar dari pejabatnya. Bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan seseorang. Reputasinya selama ini telah mencacatkan perhubungannya bersama rakan-rakannya. Reza yang selama ini Izham kenali bukanlah Reza yang sebenar. Kalau 5 tahun lalu, kemungkinan Izham juga bakal menerima padah daripada sikap Reza yang suka bertindak tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Pernah sekali dia mengkhianati rakan yang merupakan pekerjanya sendiri dengan tidur bersama isteri rakannya itu. Bahkan rakannya itu juga telah dipecatnya tanpa belas kasihan. Isteri rakannya itu pula disahkan mengandung anak kepunyaan Reza. Reza hanya menghantarnya jauh dari Malaysia dan membayar pampasan pada wanita itu.

Reza meraup wajahnya ketika airmatanya mula berhamburan. Tak sanggup lagi dia terus menerus dihimpit kekesalan seperti ini. Pendosa sepertinya sememangnya tidak layak diampunkan. Kini hati kecilnya mengejek. Ada hati mahu bercinta dengan gadis yang baik-baik? Apa kamu fikir diri kamu itu masih layak dikasihi dan diberi simpati? Reza menekup wajahnya dengan kedua telapak tangannya dengan penuh kekesalan. Mampukah dia untuk meneruskan hidup yang penuh dengan titik noda dan dosa. Setiap kali memandang Maya, Reza akan mengucap di dalam hati. Pergilah jauh-jauh nafsu yang bertuhankan syaitan ini. Seolah-olah dia mahu merobek tubuhnya sendiri untuk mencuci hatinya yang masih tebal dengan kotoran itu.

“Assalamualaikum En. Reza,” Maya menyapa dengan lembut sambil mengetuk pintu.

Reza terkejut dari lamunannya sambil menyeka airmata, “Kamu tak jumpa station kamu?”

Maya senyum simpul sambil membalas, “Dah, Kak Ros tolong saya tadi.”

Reza mengangguk lalu mempersilakannya masuk, “Ada apa kamu ke sini lagi?”

“Saya...err....nak berikan kepada bos buah tangan,” kata Maya sambil menghulurkan bakul berisi buah-buahan segar seperti baru sahaja dipetik dari ladang. Reza menjelingnya tajam sambil mencebik bibir.

“Awal lagi awak dah mula nak bodek saya?”

Maya menggeleng. “Saya nak ucap terima kasih. Itu sahaja.”

Dengan segera dia berjalan menuju ke arah meja Reza lalu meletakkan bakul itu di atasnya sambil ditenung tajam oleh Reza. Maya kemudian kembali ke kedudukan asal sambil menundukkan kepala. Reza menghela nafas lalu membalas dengan lembut, “Terima kasih.”

Maya seolah-olah mahu menjerit dalam hati. “Saya pergi dulu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience