BAB 6

Romance Completed 38699

PAGI menjengah kembali. Maya masih lagi melingkar di atas katil tanpa mempedulikan jam locengnya yang sedang rancak berdering. Mulutnya yang menguap lebar dittup dengan telapak tangannya sambil dia berguling-guling di atas katilnya yang empuk itu. Puan Rahimah lintang pukang menaiki tingkat atas lalu mengetuk pintu kamar anak gadisnya itu.

“Maya Karmila, bangun cepat dah lepas pukul 8 ni!”

Maya terjaga dengan matanya berkelip-kelip seolah tidak sedar apa yang berlaku. Dia menggeliat manja lalu mengerling ke arah jam dinding. Alamak! Dah hampir 8.30 pagi! Matilah dia kalau berterusan begini. Ini hari pertama dia menjejakkan kaki di Interscope International sebagai Pegawai Kreatif Perancang Bandar. Kalau hari pertama dah lewat, tentu pekerja di sana akan memandang serong pada dirinya. Pemalas!

Sebaik sahaja selesai mandi, Maya mencapai blaus ropol-ropol bewarna biru dan memadankannya dengan skirt biru gelap. Dia menyarung blazer yang sedondon dengan skirt yang dipakai lalu menyikat rambut sambil matanya meliar mencari kunci kereta. Dia menyambar beg tangan Guccinya yang bewarna hitam itu lalu bergegas menuruni tangga. Ibunya telah siap menanti di bawah bersama bekalan untuk dibawanya.

“Nah, bekal ni. Rasanya tak sempat kamu nak makan sekarang pun,” tegas ibunya.

Maya mula membuat muka ala-ala comel, “Nak teguk sikit air teh tu. Nampak syok je.”

Puan Rahimah menolak anak gadisnya ke muka pintu, “Dah kamu tu lewat. Kalau dipecat pada hari pertama bekerja tak ke malu abang kamu nanti?”

Maya memprotes, “Bukan lah sampai macam tu sekali.”

“Kenapa masih lagi kat sini? Cepat pergi kerja! Bertuah betul budak seorang ini!”

Dengan hilai tawa ala pontianak itu, Maya terus melangkah masuk ke dalam kereta kancil merahnya yang comel itu lalu memandu menuju ke pejabatnya dengan laju. Cara pemanduan mengalahkan pemandu kereta handalan. Membelok main hentam keromo sahaja. Itulah tabiat Maya yang sukar diubah. Apabila dia tiba di perkarangan pejabat lalu dia memperlahankan kereta takut terserempak dengan bos besar. Nanti tidak pasal-pasal berderet leteran yang dihujaninya. Perlahan-lahan dia mengundur lalu memberhentikan keretanya. Alhamdulillah! Berjaya juga dia sampai tepat pada masanya hari ini.

“Berjalan tu tengok sikit kiri kanan,” tegur suatu suara dengan tegas.

Laju sahaja Maya memusingkan kepalanya, “En. Reza dah sampai? Maaf saya tak perasan.”

Reza tersenyum sambil menyandang begnya, “Tak apa, awak masuklah dahulu.”

Maya terlopong sambil melambai Reza, “Bukankah En. Reza nak tunjukkan kerja saya dahulu?”

Reza menepuk dahi sambil menutup mata, “Alamak, saya terlupa. Hari ini kita ada mesyuarat besar jadi saya kemungkinan tidak dapat meneliti setiap kerja awak.”

Maya menggeleng kepala sambil merengus, “Nampaknya saya kena join meeting tu la?”

Reza mengerling ke arah jam di tangannya, “Hurmmm, nampaknya begitulah.”

Kebetulan ketika itu kelihatan Izham sedang melambai ke arah mereka. Reza mendongak dan mengangguk lalu mengajak Maya untuk menyertai mereka. Maya berasa serba salah kerana dia sedikit pun tidak tahu menahu berkenaan hal ini. Namun renungan hangat Reza itu mengembalikan semangat dan keyakinannya. Seolah-olah Reza sedang berkata bahawa Maya boleh melakukannya. Maya kembali sambil mengukir senyum lalu mengikuti Reza dari belakang berbekal azam bahawa dia mampu melakukannya.

Sewaktu melangkah masuk ke bilik mensyuarat, hati Maya sudah mula berdebar-debar. Rasa macam jantung mahu gugur sudah. Perlahan-lahan dia mengukir senyum paksa di wajahnya sambil dia mengambil tempat duduk berhampiran dengan abangnya. Dia meneliti risalah dari fail yang diberikan kepadanya sambil mengerut dahi. Projek mega anjuran syarikat Reza ini lebih mengutamakan hak orang-orang kaya berbanding orang kebanyakan. Maya menggeleng dalam diam.

Izham dipanggil untuk membentangkan berkenaan projek terbaru ini memandangkan beliau adalah pengurus projek tersebut. “Jadi kita mulakan dengan pembinaan Malar Indah.” Izham menerangkan dengan ringkas serba sedikit berkenaan struktur bangunan dan infrastruktur untuk projek tersebut sebelum pembentangannya disambung oleh rakan setugasnya Edwin yang diterbangkan khas dari Jakarta.

“Abang, kenapa projek ini tidak melibatkan orang bertaraf sederhana?”

Izham merenung Maya dengan tajam, “Janganlah bising. Kau duduk diam je okey?”

Maya menjegilkan matanya, tinggi rendah saja dia nampak abangnya hari ini.

Izham mengangkat kening tanda keliru, “Apa hal pulak dengan kau ni, Maya?”

Reza yang mengamati perbalahan da beradik itu lekas sahaja mengambil tindakan. “Cik Maya, ada apa-apa yang awak nak bentangkan atau cakap dalam mesyuarat kali ini?”

Maya tergamam lalu memandang Reza, “Err...saya cuma.....Cuma....”

Reza merenungnya tajam sambil diperhatikan oleh ahli lembaga pengarah yang lain. Reza mengetap bibir sambil menanggalkan cermin matanya itu lalu menampakkan wajahnya yang agak bengis. Kalut hati Maya dibuatnya. Bagaimana dia mahi bercakap pasal perkara ni? Lagipun dia hanya pekerja baru di situ masakan idea-ideanya akan diterima tanpa bantahan. Dia kembali merenung meja lalu menundukkan muka.

“Pada pendapat saya projek ini amat menumpukan pada golongan berada. Apa kepentingan projek ini kepada orang kebanyakan seperti kami? Kalau ia tidak membantu golongan bawahan untuk maju jadi projek ini hanya sekadar hiasan syarikat ini semata-mata. Bukankah projek pembangunan sepatutnya berlandaskan kepentingan rakyat?” Maya menjelaskan dengan panjang lebar.

Izham kembali tersandar sambil menggeleng kepala dan kelihatan Reza yang dari tadi mendengar dengan khusyuk sudah mula hilang minat. Reza bingkas bangun dari kerusinya, “Maafkan saya sekalian. We end it here.”

Maya memandang Reza yang meluru keluar tanpa memandang ke belakang. Sungguh dia berasa sangat bersalah.

“Apa yang adik cuba buat ini? “

Maya memprotes dengan bersemangat, “Saya cakap perkara berasas abang.”

Izham membaling fail ke atas meja, “Adik sedar tak adik baru sahaja musnahkan projek abang? Adik bukan sesiapa lagi dalam syarikat ini. Kalau En. Reza marah apa yang akan berlaku pada adik nanti? Abang pula bagaimana?”

Maya menenangkan abangnya yang sedang menggelabah, “Nanti saya bincang dengan Reza.” Dengan itu Maya berlalu meninggalkan abangnya yang sedang terpinga-pinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience