SEJURUS kemudian, Maya terdengar namanya dipanggil berulang kali oleh kaunter. Menggelabah dia bangun untuk mendapatkan wanita yang bertanggungjawab membawanya ke bilik penemuduga itu. Sempat lagi Maya memandang wajah perempuan yang hampir separuh abad itu. Orangnya manis seperti wajah ibunya juga Cuma kelihatan agak tegas. Mestilah! Inikan pejabat bukannya rumah cik adik oi, gerutu Maya dalam hati. Harap-harap penemuduganya nanti akan berlebih kurang dengannya. Ya Allah! Berilah dia peluang untuk berkhidmat di syarikat ini di samping abang tersayang. Amin.
“Masuk!” Tatkala terdengar suara yang agak familiar itu memanggilnya masuk setelah beberapa kali mengetuk pintu, Maya masuk sambil mengucapkan Bismillah.
Matanya terbeliak lalu mulutnya ternganga dan lalat dengan riangnya keluar masuk, “Eh, Abang? Abang yang jadi penemuduga Maya?”
Izham membuat muka toya kononnya tidak ambil peduli, “Dah jangan nak mengada. Prosedurnya tetap sama tahu. Jangan ingat abang yang temuduga kamu, kamu ni boleh main-main.”
Maya menepuk bahu abangnya, “Alah, abang ni janganlah serius sangat!”
“Maya! Behave yourself sikit. Jangan sampai orang ingat kita ni ambil kesempatan.”
Maya menggeleng kepala sambil ketawa berdekah-dekah, “Abang ni protokol sangat!”
Izham menjeling adiknya tajam, “Dah tu nak buat macam syarikat keluarga sendiri? Mahu kena tendang keluar dengan abang-abang ni sekali tahu?”
“Aik! Kononnya bos abang tu yang baik sangat. Apa sudah jadi ke abang propa saja ni?”
Izham mula hilang mood untuk menemuduga. Adiknya yang seorang ni amat panjai menjawab. Pantang ditanya ada sahaja yang dinbalasnya. Boleh masuk ICU dibuatnya.
“Okey, abang nak tengok sijil-sijil dan kelayakan Maya. Cerita sikit pengalaman kerja Maya sebelum ini.”
Maya merenung abangnya tajam, “Maya tiada pengalaman kerja ofis. Jadi promoter adalah.”
Izham mengurut dahinya sambil menghela nafas, “Maya, kan abang suruh reka satu kerja.”
“Manalah Maya tahu nak reka. Pergi ofis pun tak pernah lagi. Abang ni pun satu lah.”
Izham hanya mengikuti sahaja karenah adiknya ini yang sememangnya bermulut lantang dan sukar ditegah. Akhirnya Izham terpaksa akur menggunakan sahaja sijil yang ada lalu diserahkan kepada bosnya. Sekarang ini terpulang pada bosnya untuk membuat keputusan samada untuk menerima Maya untuk ditemuduga buat kali kedua. Nasib baiklah bosnya itu bertimbang rasa. Maya termasuk dalam pemilihannya dan akan dipanggul untuk temuduga sesi kedua sebentar lagi. Maya sudah mula cemas kerana begitu lama berada dalam bilik menunggu. Dia mengerling ke arah jam tangan yang tersarung di lengan kirinya. Sudah hampir waktu lunch? Abang ni biar betul? Getusnya di dalam hati.
“Maya Karmila!”
Maya menyahut tatkala namanya dipanggil oleh wanita tadi. Dia tersenyum lantas menuju ke arah kaunter di mana wanita tadi sedang beroperasi. “Cik Maya sila ikut saya ya?”
Wanita tadi mengiringi Maya menyusuri koridor yang begitu panang sehinggalah mereka tiba di penghujungnya di mana hanya ada da buah bilik. Salah satunya adalah milik empunya syarikat tersebut dan dialah yang bakal menemuduga calon-calon untuk dibuat penilaian di situ. Maya tersenyum sumbing memandang nama yang terpampang di atas pintu. Muhammad Haikal Reza Adriansyah. Nama macam pelakon drama pulak! Dalam hatinya, Maya dapat mengagak mesti bos abangnya ini kacak orangnya. Nama pun sedap mesti rupa pun sedap untuk dipandang. Hatinya dah mula menggedik.
“Assalamualaikum!”
Mata Maya terbeliak macam ternampak pocong. Di depannya tidak lain dan tidak bukan susuk orang yang ditemuinya tadi. Lelaki itulah orang yang dia tidak sengaja terlanggar depan keretanya tadi. Habislah! Kerjayanya bakal berakhir sebelum bermula. Mesti mamat ni akan kenakan dia bertubi-tubi hari ini.
“Waalaikumussalam. Sila duduk., Maya Karmila.”
Maya berdiri tegak tidak bergerak. Kaku macam bongkah ais.
Reza hanya merenungnya tajam sebelum mengulangi ttawarannya semula, “Sila duduk Cik Maya. Awak mahu saya temuduga awak sambil berdiri pulak ke?”
Kan dah terkena! Maya sudah mula hilang selera untuk meneruskan temuduga ini. Dia hanya memandang Reza dengan wajah yang ketat sambil menggenggam erat fail yang dipeluknya itu. Teruknya menanggung malu. Mungkin En. Reza ini akan mengenakannya sepuas hatinya di dalam biliknya ini. Paling kurang pun dia dihalau on the spot.
“Tuan Reza, saya minta maaf atas perbuatan saya tadi di tempat letak kereta.”
Mata Reza berkerdip. Eh, ke situ pulak minah ni? Bukankah dia datang nak ditemuduga? Reza menggeleng kepala sambil tersenyum sinis, “Saya dah maafkan. Boleh kita teruskan dengan sesi temuduga ini?”
Maya meluru ke hadapan meja Reza, “Beginilah En. Reza. Saya rasa encik mungkin tidak akan sukakan saya jadi biarlah saya mengundurkan diri.”
Reza bingkas bangun lalu menghalang Maya dengan suaranya yang macho itu, “Awak ni pentingkan diri sangat tahu tak. Cubalah kasihankan abang awak yang telah lama merayu untuk saya aturkan temuduga ni untuk awak. Begini mudah awak nak lepaskan peluang ini?”
Maya menjeling sambil menggeleng kepala, “Tuan tidak faham perasaan saya.”
Reza membantah sambil menumbuk meja, “Saya tidak perlu faham perasaan awak. Awak harus faham kedudukan abang awak sekarang.”
Maya tidak berdaya untuk bertegang leher lagi. Dia akur dengan keadaan lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Reza. Mukanya ditundukkan dan seboleh-bolehnya dia tidak mahu memandang wajah kacak Reza itu. Malu rasanya mahu berhadapan dengan lelaki itu. Lelaki itu tenang sahaja berhadapan dengan semua orang. Kalau orang lain mahunya dia sudah dihalau dan kemungkinan dengan abangnya juga bakal menjadi mangsa. Reza amat berlainan dengan lelaki kaya yang lain.
“Saya minta maaf jika saya berkasar dengan awak tadi. Itu untuk kepentingan bersama.”
Maya mendongak kerana tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Mata Reza yang membiru seperti laut dalam itu ditenungnya tanpa henti. Reza pula yang naik segan apabila ditenung sedemikian rupa. Reza mengakui Maya seorang wanita yang sangat jelita dan mampu menggoyangkan iman mana-mana lelaki yang melihatnya. Reza cuba sedaya upaya menepis setiap godaan yang datang kerana dia tidak mahu lagi terjerumus ke lembah hina seperti yang terjadi padanya beberapa tahun dahulu. Dia mahu terus berubah ke arah kebaikan.
Reza membetulkan duduknya lalu berkata, “Sila terangkan serba sedikir tentang awak.”
“Pasal peribadi atau pasal pengalaman?”
Reza terdiam seketika. Dia terlupa Maya belum ada pengalaman bekerja. “Baiklah boleh tak awak beritahu saya apa yang awak dapat sumbangkan untuk syarikat kami?”
Maya menjelaskan dengan panjang lebar berkenaan apa skil yang diperolehinya ketika bertugas sebagai promoter dan menerangkan kelebihannya berbanding calon lain untuk jawatan ini. Reza mengangguk bersetuju dan merasakan bahawa Maya ini seorang yang boleh diharapkan kerana setiap ideanya adalah amat bernas sekali. Rugi rasanya kalau bakat sedemikian terlepas ke syarikat lain. Reza mengangkat tangan menandakan masa sudah tamat lalu menghulurkan salam pada Maya.
“Maafkan saya encik kalau pengalaman saya tidak relevan dengan jawatan yang saya pohon,” luah Maya dengan perlahan.
Reza hanya tersenyum memerhatikan gelagat Maya, “Boleh awak mula esok?”
Maya tergamam seperti tidak percaya apa yang didengarinya, “Masuk esok?” Biar betul bos abang aku ni? Main rembat saja suruh masuk kerja. Habis tu calon-calon yang lain tu yang lebih berkebolehan dari dirinya pula macam mana? Aish, bos ini pun satu!
“Kenapa ada masalah ke nak mula esok?” Dengan selamba Reza menelah.
Maya terkedu seketika untuk memproses fakta yang dia sudah diterima bekerja. Yeah, ibunya pasti bangga. Itu belum ayah dapat tahu kalau tidak mahu ayahnya melompat melepasi atap rumah. Tidak perlulah dia menjadi penganggur terhormat lagi. Alangkah indahnya dunias dirasakannya sekarang!
“Terima kasih banyak En. Reza. Saya teruja untuk berkhidmat di syarikat tuan.”
Reza merah muka menahan ketawa, “Tak perlu macam tu sekali. Awak memang layak.”
Maya terlompat-lompat kegembiraan, “Terima kasih tuan. Saya datang pagi esok untuk melapor diri!”
Reza menunjukkan tanda ‘salute’ seperti askar pada Maya lalu Maya berpaling sebelum beredar dari kamar Reza. Reza tersenyum dalam hati. Gelagat Maya benar-benar mencuit hatinya ketika ini. Belum pernah ada pekerjanya yang seberani Maya dalam menangani risiko dibebel oleh Encik Reza Haikal Adriyanshah! Dia mengakui Maya mempunyai daya tarikan yang tersendiri sesuai dengan tugas yang bakal disandangnya. Harap-harap adik kepada Izham Kamal ini mampu memberikan nafas baru dalam syarikatnya kelak.
Share this novel