BAB 4

Romance Completed 38699

“MAK Maya dah dapat kerja!”

Puan Rahimah bergegas mendapatkan anaknya yang sedang berlari menuju ke dapur. “Betul ke ni? Alhamdulillah, tak lagi anak aku jadi penganggur terhormat.”

Maya mencubit lengan ibunya, “Mak ni pun janganlah sampai ke situ pula.”

Puan Rahimah mengoles bahu anaknya, “Lepas ni bolehlah kita fikir bab kahwin pulak kan?”

“Mak, janganlah cerita bab jodoh sekarang, please?”

Puan Rahimah menepuk belakang anak gadisnya itu, ‘Habis kau nak jadi anak dara tua? Suka hati kaulah Cik Maya oii.”

Ibunya ini tidak sudah-sudah menyuruhnya mendirikan rumahtangga. Bab dalam kehidupan yang paling dibenci. Realitinya adalah Maya tidak suka berpacaran kerana baginya ia amat membuang masa. Lagipun semua lelaki ingin cuba mengongkongnya. Dia belum bertemu lagi lelaki yang boleh dijadikan contoh peneman hidupnya. Kini apa yang dia mahu adalah untuk membina karier dan berdikari.

Sedang dia asyik tersengih sendiri, telefonnya berdering. Abang Izham di talian.

“Good job my sister! Akhirnya tak payah abang asyik belanja kau lagi,” luahnya dengan penuh perasaan.

Maya terlopong mendengar luahan abangnya, “Amboi, itu sahaja sebab abang call?”

Izham cuba menahan gelak yang hampir terhambur, “Bengonglah Maya ni!”

“Mak, tengok abang panggil Maya bodoh! Nanti abang Maya report dekat mak baru tahu!”

Izham tersenyum nakal di telefon, “Bagi tahulah, abang tak takut.”

Maya mengetap bibir menahan geram yang teramat sangat, “Abang jangan mengada-ngada boleh tak? Maya start kerja esok jadi apa yang perlu Maya bawa?”

Izham berdehem sebelum menyambung bicara, “Bawa diri Maya saja dah cukup.”

“Macam tu pulak?”

Izham meneliti laptopnya yang sedang terpasang, “Yalah, lain semua pihak pengurusan akan sediakan. So jangan risau okey?”

Maya tersenyum nakal. Nasib baik ada abangnya yang merupakan salah seorang orang penting di dalam syarikat tersebut. Bertuahnya dah lah dapat bos yang sangat kacak pulak tu. Terlintas pulak rasa gedik di hati nak mengorat bos macam tu. Haish, gerutu Maya di dalam hati sambil menampar bibirnya yang celupar itu. Sudah sudahlah berangan ke langit cik Mia oii! Ini masanya untuk membuktikan kebolehannya seperti yang diwar-warkannya kepada En. Reza tadi.

Dia menaiki tangga sambil memeriksa mesej di dalam telefon bimbitnya. Nampaknya rakan-rakan seangkatannya yang sama bergraduat dengannya dah mula bangga diri dan sombong. Sedikit pun tidak mahu bertanyakan khabar berita. Benarlah kata orang, bukan semua kawan kita itu boleh dibawa untuk ketawa bersama dan bersedih bersama. Dia redha namun yang paling dikesalkannya adalah cinta monyetnya ketika itu, Abang Rizwan yang langsung terputus hubungan dan tidak dapat dihubungi.

“Mak masak apa hari ni? Sedapnya bau,” ujar Maya yang turun ke dapur sebaik sahaja selesai mandi dan menunaikan solat Maghrib.

Puan Rahimah tersenyum memerhati gelagat anak gadisnya itu, “Lauk kegemaran kamulah ni. Kalau tak nak masak untuk siapa?”

Sejurus kemudian ayahnya, Khairuddin Almi dan abangnya datang untuk turut serta makan. Sambil menyenduk lauk-pauk yang terhidang, mereka rancak berbicara soal kerjaya dan macam-macam lagi. Puan Rahimah hanya mampu tersenyum dalam hati. Leganya rasa bila terlihat keluarganya yang bahagia begini. Tak kisahlah kalau terpaksa tunggu lama untuk anak-anaknya kahwin janji mereka sentiasa bahagia begini.

“Macam mana temuduga tadi?” Seraya ayahnya bertanya.

Makanan yang hendak disua kedalam mulut terhenti, “Okey saja papa. Dah dapat pun.”

Izham pula menyampuk, “Betul papa, thanks to me. Susah payah nak pujuk bos abang tu untuk terima pekerja baru. Adik ni pun bukannya ada pengalaman kerja tapi dah rezeki kot.”

Ayahnya menghela nafas panjang sebelum berkata, “Satu sahaja papa nak pesan dekat Maya. Perlu pandai bawa diri tahu? Dunia korporat ini bukanlah sebaik yang kita sangka. Ada banyak skandal dan permainan di belakangnya. Papa nak kedua-duanya berhati-hati dalam melaksanakan tugas.”

“Baiklah papa,” Maya menggenggam erat jemari ayahnya.

Izham turut menyentuh bahu ayahnya, “Abang akan jaga Maya, janganlah risau.”

Maya menyampuk, “Abang nak jaga macam mana pulak? Mia bukannya baby lagi!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience