“KAU mengorat bos ye, Maya?”
Kata-kata abangnya itu membuatkan telinga Maya berdesing. Kalau ya pun apa salahnya? Bukan luak pun! Lagipun Tuan Reza itu kan bujang trang tang tang lagi. Kadang-kadang abangnya suka berkata sesuatu yang tidak masuk akal. Abang Maya mengerling adiknya seperti ada maksud yang tersirat. Susana di pantri itu agak tegang seketika oleh kerana karenah kedua beradik itu.
Maya membentak, “Apa maksud abang? Maya nak ucap terima kasih je.”
Izham mencebik sebelum menghirup secawan teh panas yang disediakannya tadi, “Mula-mula buah. Nanti hantar bunga pulak. Janganlah jual murah sangat diri tu!”
“Abang boleh jangan cakap merepek tak? Sakit hati tau!”
Izham tetap dengan pendiriannya, “Sudah abang tak mahu tengok Maya keluar masuk bilik Reza lagi!”
Maya membuntangkan mata, “Abang tak percaya dengan bos dan adik abang?”
Izham mengangguk, “Ya, memang dua-dua abang tak percaya!”
“Kalau abang fikir macam ni, kenapa suruh saya kerja sini?”
Izham mula mahu naik berang. Degilnya budak seorang ini! “Abang suruh kerja bukan menggatal dengan bos!”
Maya terasa darahnya menyirap. Nasib baik yang bercakap tu abang dia yang tersayang. Kalau tidak tentu dah hinggap selipar jepun dekat mulutnya yang celupar itu. Lancang betul mulut abangnya sejak akhir-akhir ini. Entah mengapa abangnya itu seolah-olah berasa tergugat setiap kali Maya cuba untuk mendekati Reza. Bukankah sepatutnya abangnya turut sama bergembira kerana mendekati bos sesebuah syarikat bukannya mudah. Namun abangnya seperti menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan Maya. Apakah yang menyebabkan abang sangat khuatir jika Maya berdekatan dengan Tuan Reza?
“Abang ni pun. Bukan ke Maya ni pembantu bos dalam projek terbaru dia?”
Izham mengetap bibir untuk menahan geram, “Abang faham tapi tolong jarakkan diri tu.”
Maya mengangguk perlahan, “Maya tahu batas Maya. Abang tak perlu risau.”
Izham menggenggam jemari adiknya itu, “Adik satu-satunya adik abang. Tentulah abang risau jika apa-apa terjadi pada adiknya.”
Secara tiba-tiba Kak Ros menerpa masuk. Sambil membetulkan tudung berwarna lilac itu, Kak Ros mengerling manja ke arah Izham sebelum bertentangan mata dengan Maya. Izham sudah mula berasa semacam apabila dijeling oleh Kak Ros tadi. “Maya jom akak tunjukkan mana meja Maya.”
Seraya dengan itu, Kak Ros menghilangkan diri dari pantri sambil diikuti oleh Maya dari belakang. Izham pula tinggal terkulat-kulat mengenangkan isyarat nakal yang dikeluarkan oleh Kak Ros tadi. Kalau betul-betullah Kak Ros tu serius nak menggoda, mahu masak Izham dikerjakan nanti. Dengan segera Izham membasuh cawan yang digunakannya tadi lalu bergegas ke stesen kerjanya sendiri tanpa memandang sedikit pun ke belakang.
“Maya ni kenalkan Fauziah dengan Elena, rakan sekerja kamu. Salam semua,” dengan riang Kak Ros memperkenalkan Maya kepada mereka. Elena mengamati dua rakan yang bakal bekerjasama dengannya nanti. Elena wanita Cina yang bermata biru dan berambut perang. Susuk tubuh memang sah model cheongsam ni! Fauziah pula kelihatan lurus dan ketot. Tapi sikapnya yang bersahaja dan peramah itu mencuit hati Maya dengan segera.
“Jadi you semua kerja baik-baik tahu?”
Elena mengerling bosan sambil mencebik, “Tahulah Kak Ros! Macam dah tak biasa pula.”
Maya menekup mulut dengan telapak tangan menahan ketawa dengan gelagat yang dipamerkan oleh dua rakan terdekatnya itu. Elena semakin giat mengenakan Maya lagi. Fauziah pula pantang diajak bersembang terus letak pen dan pusing kerusi. Nampaknya department ni bakal jadi kawasan meriah untuk berborak mulai hari ini.
“You will be working with Mr. Reza, right on the new project?” Elena nampaknya beria-ria ingin tahu.
Maya hanya tersenyum sambil mengangguk perlahan, “It’s nothing la, Elena. Work is still work, okay?”
Elena menggeleng kepala, “Bukan tu lah maksud I.”
Maya mengangkat kening penuh tanda tanya, “Dah tu you nak tahu pasal apa?”
“I tak tahu kalau you perasan. Tapi bos kita tu hensem sangat kan? Tengoklah body dier cam model majalah fitness. Kalaulah I dapat memang tak mahu lepas,” kata Elena sambil menjilat jari.
“You ni pun janganlah bercakap tu open sangat. Mood bos tak baik hari ni.”
Fauziah terkesima lalu menarik lengan Maya, “Mana you tahu ni? You jumpa dia ke tadi?”
Dengan pantas Maya mengangguk sambil membuka komputer ribanya, “Dia nampak macam tertekan giler. Baik jangan naikkan kemarahan dia hari ni.”
“Untungnya you dapat masuk bilik dia. Macam mana rupa dier bila berdepan?”
Maya hanya bersandar sambil bermain dengan pennya, “Well he was too handsome and sexy to be true. Tapi dia tu macam menjauhkan diri daripada orang lah. I takut jugak kalau ada apa-apa masalah dengan dia.”
Reza tu memang baik orangnya tapi sering ikut mood. Kadang-kadang naik malas nak melayan karenah bosnya itu. Tak tahulah bagaimana nak bekerjasama dengan mamat moody macam tu. Hai nasib baik kau hensem bos. Kalau tidak memang dah lama Maya angkat kaki. Boleh dibawa berbincang ke dengan bos yang berperangai macam tu? Memandangkan Maya akan bekerjasama dengan Reza dalam masa terdekat ini maka Maya mulai berasa panas punggung. Geram pun ada! Kalau bosnya cuba buat perangai semacam memang dia tekad nak tarik diri.
Telefonnya berdering lantas Maya mengangkat, “Ya Maya bercakap!”
“Boleh awak bawakan draf yang awak sediakan untuk projek kita?”
Alamak! Baru sahaja nak selesakan diri dengan work station, mana sempat nak siapkan draf? Haishh, En. Reza ini pun satu, rilekslah dahulu ini main sergah saja pekerja-pekerja dia. Ke dia sahaja yang kena sergah begitu dengan Reza? Dia bergegas membawa fail dan kertas kosong lalu menonong menuju ke bilik Reza. Sampai sahaja di muka pintu, Maya sudah mula berasa serba salah dan cemas. Rasa seperti hendak terkencing dalam kain pun ada. Sekali bosnya itu menyinga memang tak cukup tanah Maya nak melarikan diri.
Dengan perlahan dia mengetuk pintu. “Masuk,” arah Reza dari dalam.
“Bos, maafkan saya sebab saya baru sahaja nak sesuaikan diri dengan work station saya. Jadi saya tidak sempat nak buat draf yang bos minta tu.”
Reza hanya memandang Maya dengan selamba, “Duduklah letih saya tengok awak terkial-kial macam tu.”
Maya pantas menggapai kerusi lalu duduk mengadap bosnya itu. Bosnya itu dijelingnya sekali sekala. Reza seolah-olah berlakon seperti tidak mengendahkannya. Dibeleknya bosnyya itu berkali-kali sebelum dia pun mulai rimas dengan keadaan bosnya itu. Suruh duduk tengok dia buat kerja ke? Tak payahlah, bosan nak mengadap Reza bekerja bukannya dia mahu berborak pun dengan dia yang dah umpama tunggul kayu dekat sini.
“Saya mahu awak lakarkan idea awak dekat pelan ini,” terang Reza dengan tenang.
Maya memerhatikan pelan yang dibentangkan oleh Reza, “Ini projek kebajikan itu ke?”
Reza tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh, “Habis tu takkan lukisan seni pulak!”
“Maaflah En. Reza. Sebab saya tak fokus sangat pun tadi.”
Reza menggeleng kepala sambil bangun dan duduk di sebelah Maya, “Awak ni kan kalau saya bercakap ada sahaja jawapan awak kan?”
Maya terdiam. Entah mengapa terasa macam begitu kerdil pula.
“Hey, saya bukannya marah awak. Saya cuma nak terangkan sahaja mengenai projek kita tapi awak cakap banyak sangat. Saya tak ada peluang nak bercakap langsung.”
Maya mengangkat muka dan mata mereka bertentangan. Akhirnya Maya sendiri yang tertunduk malu. Mulut mereka begitu hampir untuk bertemu. Seram sejuk pula terasa dekat dalam bilik Reza ini.
“Maaflah kalau saya buat awak gementar,” bisik Reza sambil membuang pandangannya ke arah tingkap yang terbentang pemandangan petang kota Kuala Lumpur yang indah.
Maya terasa seperti menelan air liur yang payau. Tekak pun macam kering sahaja.
Reza membentangkan usulnya dengan panjang lebar manakala Maya pula mendengarnya dengan teliti. Sedikit pun tidak berkelip mata Maya mendengar segala yang diperkatakan oleh Reza. Semakin lama semakin Maya hanyut dalam kekacakan wajah Reza seolah-olah dia sedang berbisik tentang cinta padanya. Aduhai, kenapalah Reza Haikal ni hensem sangat? Macam mana nak fokus dengan kerja ni? Gerutu Maya dalam hati sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Reza langsung tidak memperdulikan Maya yang sedang dihanyutkan angan-angan itu malah meneruskan lagi pembentangannya.
“Maya, awak dengar tak apa saya cakap ni?”
Maya masih hanyut dalam lamunannya. Bahunya digugah kuat oleh Reza.
Reza menyergahnya di telinga, “Maya! Awak berangan ke sepanjang pembentangan saya tadi?”
Maya tersentak lalu bangun dari duduknya, “Maaf bos, saya tak sengaja.”
Reza masih tidak puas hati, “Apa pasal dengan kamu ni? Macam ada yang tak kena saja?”
“Eh, apa yang tak kena? Saya rasa semuanya okey saja,” balas Maya selamba.
Reza menggumam dalam diam. Dia mencebik bibir, “Baiklah, awak keluar dulu.”
Maya bangun sambil memeluk fail, “Itu saja ke perbincangan kita?”
“Ya, awak rehatlah dulu. Tak guna kalau kita discuss waktu you tak fokus.”
Maya melahirkan rasa kesal. Dia tunduk sambil berpaling ke arah pintu. Mengapalah dia boleh berangan waktu Reza tengah menyampaikan pembentangan? Nasib kaulah Maya! Gerutunya dalam hati. Dah elok-elok dapat kerja bagus, mulalah nak berangan bagai memang tak sayang kerja nampaknya!
Share this novel