ENTAH mengapa malam itu Reza tidak dapat melelapkan matanya. Bayangan wajah ceria dan polos Maya itu seringkali singggah di memorinya. Puas dia cuba untuk melupakannya namun ia sukar untuk dipadamkan. Puas Reza cuba untuk memejamkan mata namun setiap kali matanya terpejam, semakin rindu dan kuat pula bayangan Maya muncul di mindanya. Akhirnya Reza bangun daripada perbaringannya lalu menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu. Fikirannya bercelaru entah ke mana. Dia sedar ini ujian untuk dirinya. Ujian nafsu. Memang dia tidak menafikan dia benar-benar bernafsu pada Maya terutama sekali ketika mereka berdua-duaan.
Selesai dia berwuduk, dia menyuluh wajahnya pada cermin. Inilah wajah yang menghancurkan masa depan begitu ramai gadis dahulu. Dia menumbuk cermin itu sehingga retak. Pergelangan tangannya dibasahi darah yang mengalir. Dalam kesakitan itu, dia mencuci tangannya sambil mengeluarkan serpihan kaca yang masih tertanam di kulitnya. Mengetap bibirnya dengan kuat, Reza menahan rasa pedih dan ngilu apabila lukanya itu terkena air panas yang mengalir. Dia membalut lukanya dengan kain yang tersimpan rapi dalam kotak kecemasan sebelum menyambung mengambil wuduk yang terbatal tadi.
Di hadapan sejadah, dia memandang sayu. Dia menadah tangan ke atas sambil menitiskan air mata. Adakah dosanya selama ini dapat ditebus dengan mudah? Dia terkenangkan kedua orang tuanya yang telah tiada. Tiada kesempatan untuk mencium mereka dan meminta maaf. Bagaimana harus dia mengharungi hidup yang penuh dugaan ini dengan seorang diri? Adakah Allah bakal menemukannya dengan jodoh yang dapat membahagiakannya hingga ke Jannah? Jadi apakah perasaan yang sering bermain di benaknya ini setiap kali berhadapan dengan Maya? Mungkinkah wanita itu diciptakan untuk dia? Layakkah dia untuk mencintai wanita sesuci Maya itu?
Deringan telefon dibalas oleh Reza, “Ya, Reza sedang bercakap.”
“Helo sayang, kenapa lama tak call I? I miss you so much darling,” rengek manja suara wanita di hujung talian.
Reza menarik wajah masam mencuka, “Sorry, maybe you’ve got the wrong number.”
Wanita tersebut enggan mengalah, “Reza Haikal, stop pretending in front of me!”
Reza mematikan line telefon bimbitnya lalu membalingnya ke atas katil. Bagaimana perempuan keparat itu boleh menjejakinya hingga ke Malaysia? Dia sudah lama melupakan kehidupannya yang penuh garis hitam penuh noda itu dan membuangnya jauh-jauh dari ingatannya. Mengapa dosa lalu sering datang kembali untuk menghantuinya?
Dia menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Kemudian dia naik ke atas katil lalu mematikan lampu tudur di nightstand.
Dear Maya,
I will be on leave for tomorrow so can you help me to take care of the project just for one day. I’m sorry to burden you but there’s something I need to take care of myself. I trust in you so please don’t disappoint me.
Maya tersedar dari tidurnya apabila jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Sambil menggeliat manja, Maya menuju ke kamar mandinya sambil menghidupkan pancuran air panas. Selesai dia mandi, dia keluar sambil mengeringkan rambutnya yang basah itu dengan tuala. Terasa seksi pulak hari ini. Nasib baik pagi tadi dia tidak terlepas solat Subuh kalau tidak memang kena flying kick dekat ayahnya. Sambil menguap panjang dia membuka almari pakaiannya. Matanya tertarik dengan blaus berenda putih dan skirt lavender paras lutut itu. Dia mengeluarkan kedua pilihannya itu lalu menyarungkannya ke badannya.
Sambil menyisir rapi rambtnya yang ikal mayang itu, Maya mengerling melihat jam. Masak aku! Dah 8.30 pagi! Dengan pantas Maya bergegas turun untuk mendapatkan ibu dan ayahnya yang sedang asyik bersarapan di dapur. Maya dengan pantas mengambil sebiji karipap lal disua ke dalam mulut. Cawan kaca itu pula dicapainya sambil menuang teh panas ke dalamnya., Cukup seteguk, Maya mencapai beg di tepi tangga lalu menuju keluar. Kelihatan abangnya sedang menunggu di dalam Proton Iriz kesayangannya itu.
“Lambatnya! Dah dekat hampir 15 minit abang tunggu tau,” marah Izham.
Maya hanya membuat muka comel, “Sorrylah bukan Maya yang saja tinggalkan kereta, En. Reza yang bersungguh-sungguh nak hantar semalam.”
Izham menghidupkan enjin kereta, “Yang gatal sangat nak temankan bos tu makan apasal?”
Maya menjeling tajam abangnya, “Kalau dia suruh abang buat sesuatu, abang buat tak? Macam itulah jugak saya, bang. Bos tu perlukan teman. Bukan salah saya pun kalau nak temankan dia makan.”
Izham menekan brek sambil menoleh ke arah Maya, “Abang faham. Lupakanlah.”
Maya kembali bersandar. Kali ini dia sedar bahawa abangnya memahami isi hati adiknya ini, jadi sudah tentu dia tidak akan memikirkan yang bukan-bukan mengenai hubungan mereka.
“Abang tak marah tapi abang risau saja,” Izham ingin meneruskan tapi terhenti.
Maya menyentuh lengan abangnya, “Abang janganlah risau. Saya tahu jaga diri.”
Sampai sahaja mereka di perkarangan bangunan Interscope International, Maya terpandang kelibat yang tidak asing lagi sedang turun dari kereta Mercedes mewahnya. Kebetulan Reza juga baru sampai di pejabat dan sedang bergegas mengambil beg bimbitnya yang tertinggal di tempat duduk belakang keretanya. Reza yang tampan dan segak menggayakan rekaan sut terbaru dari Dunhill tampil kacak di hadapan mereka yang memerhatikannya. Langkahnya yang segak dan bergaya itu membuatkan ramai wanita yang tergoda dan Maya juga tidak ketinggalan menelan air liur melihat ketampanan bosnya itu. Reza sedang mengibas sesuatu dari bahunya sambil membetulkan bingkai kacamatanya itu.
“Eh, Maya you tak masuk kerja lagi ke?”
Maya tersenyum sambil membuat muka comel, “Saya nak rehatkan diri dulu. Cuci mata.”
Reza tercengang mendengar jawapan selamba Maya, “Oh, begitu. Nakal awak ni.”
Maya menjeling bosnya tajam, “Habis tu, takkan bos tak pernah jalan-jalan cuci mata sambil bawa kereta bos yang mewah giler tu. Nampak sangat pembohong!”
Reza menjegil matanya, “Awak ni mulut tak berlapik langsung. Sudah saya nak masuk!”
Alamak! Dia tersilap cakap lagi ke? Takkan bosnya itu ambil hati dengan perkara sekecil kuman itu? Haish, apa pula debgan aku ni? Gerutu Maya di dalam hati sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Izham hanya menggeleng kepala lalu berlalu meninggalkan adiknya yang sedang dalam dilema itu. Maya melangkah longlai menuju ke mejanya sambil diperhatikan oleh dua rakannya. Fauziah sudah tidak sabar lalu menyapa Maya.
“Kenapa ni, Maya? Macam orang putus cinta saja?”
Maya mengerling memandang Fauziah lalu mendapatkannya, “Aku runsinglah!”
Elena yang hari ini anggun berbaju kurung merah pula menyampuk, “Kau ni asal jumpa kita jer pasal masalah. Masalah apa lagi ni, dear?”
Maya menggeleng laju sambil bersandar, “Bos tu lah! Pelik sangat dia hari ini. Moody betul sampai kita bergurau sikit pun dia dah ambil hati. Leceh la dapat bos sensitif macam tu!”
“Takkan kau tak tahu En. Reza tu kan sensitif sikit,” perli Fauziah sambil tertawa.
Maya melopong mendengar komen Fauziah, “Semenjak bila dia jadi macam tu?”
Elena pula menyampuk, “Semenjak dia accident dulu. Dulu dia tak macam ni. Playboy sangat and suka menyakat.”
Maya seperti tidak percaya apa yang dia dengar. Bos mereka? En. Reza itu dahulunya playboy? Ah, semua itu mengarut. Reza seorang lelaki yang baik dan berbudi bahasa dan tidak pernah sekali pun cuba mengambil kesempatan ke atasnya. Barangkali rakan-rakannya ini cemburu dengan hubungan akrabnya bersama Reza. Maya memandang rakan-rakannya itu sambil menggeleng. Ah, En. Reza mungkin ada masalah yang tersendiri yang membuatkan anginnya kerap berubah. Lagipun dia kan bos mereka! Tentulah banyak perkara yang harus difikirkannya ketika ini. Dia tahu Reza seorang lelaki yang boleh dipercayai dan amat dia hormati pendiriannya.
Elena mengoles tubuh Maya, “Eh, kamu berangan ni kenapa?”
Maya menggeleng laju sambil melemparkan senyuman, “Tak ada apa-apa. Jomlah kita start kerja.”
Fauziah memandang Maya semacam. Mungkin kerana Maya tidak melayan telahannya berkenaan Reza tadi. Maya tidak mahu memikirkan perkara tersebut kerana padanya En. Reza seorang yang cukup baik dan dia terhutang budi dengannya seumur hidupnya. Reza telah banyak membantunya selama ini dan dia tidak akan sesekali bersangka buruk mengenai bosnya itu.
“Maya, boleh awak masuk bilik saya sebentar?” Kedengaran suara rendah irama itu datangnya dari hadapan meja milik Maya.
Maya berpaling lalu terpandang wajah kacak Reza di hadapannya. Lidah Maya menjadi kelu. “Baik, bos. Saya datang sekejap lagi.”
Reza menghampiri meja Maya, “Boleh tak kalau awak sediakan fail yang saya minta tu?”
Maya memandang Reza sambil melopong, “Dokumen yang mana pulak bos?”
Reza berpeluk tubuh sambil menghentakkan tapak kakinya, “Dah beberapa hari saya minta benda tu kan?”
“Oh, tapi saya dah bentangkan dokumen tu. Semua ada dekat atas meja bos,” pujuk Maya dengan berhati-hati.
Reza menjeling Maya tajam sebelum melangkah pergi, “Lain kali beritahu saya betul-betul.”
Maya mengikuti langkah Reza yang semakin laju itu. “Tunggulah saya bos!”
Reza seolah-olah tidak memperdulikan panggilannya, “Jalanlah cepat sikit! Kami nu pun.”
Maya bergegas untuk mengikuti langkah Reza yang begitu pantas. Seperti terkejar-kejar akan sesuatu. Kadangkala memang lelah juga bekerja dengan Reza Haikal Adriansyah ini. Orangnya cukup garang dan bila melepaskan geram amatlah menakutkan. Bertugas di bawwahnya membolehkan Maya untuk mengenali hati budi dan personaliti Reza. Sememangnya berbeza dengan syarikat-syarikat lain yang pernah temuduganya Maya sertai. Reza tidak pernah memandangnya dengan pandangan yang nakal dan bernafsu. Dia hanya menundukkan wajahnya ketika temuduga berlangsung.
“So is everything going well with our plan?”
Maya mengangguk laju sambil menghlurkan fail yang sedia dibawanya dari tadi. Rasanya kalau dia hanya menyiapkan kerja di sini tidak mungkin dia akan sempat. Jadi Maya kebanyakannya membuat research di rumah sebelum masuk tidur.
Maya menunjukkan dokumen terakhir dari fail itu, “Saya rasa pelan ini sesuai untuk projek tersebut.”
Reza meneliti pelan projek yang dihulurkan oleh Maya tadi sambil mengurut dahi. Kemudian bibirnya mula mengukirkan senyum. Reza memandang Maya dengan girang dan bersemangat sekali sambil tertawa gembira.
“I think you did a marvelous job, Maya! Thank you so much for your idea.”
“But it is your idea too, Mr. Reza. It is our joint effort that make this thing come true.”
Reza memicit hidungnya sambil tersengih, “Sorry sangat pasal tadi. Saya marah awak.”
Maya mengangguk sambil menjeling Reza, “Ya dan frankly, saya sangat terasa hati tahu?”
“Saya minta maaf atas perbuatan saya pagi tadi. Saya tak patut bersikap sensitif pada awak. Sudi tak awak maafkan saya?”
Betul ke apa yang sedang dia dengar dan nampak ini? Bosnya, En. Reza sedang meminta maaf padanya dengan begitu ikhlas sekali. Padahal bukanlah perkara besar pun dan Maya sendiri tidak ambil pusing pasal hal tadi. Namun memandangkan bosnya yang benar-benar beria mahu meminta maaf, apa salahnya kalau dia terima sahaja pelawaannya. Lagipun bukannya pertama kali bosnya ini buat hal macam ini tapi dah banyak kali dah. Naik lali dengan perangai moody Reza ini.
Maya menggeleng sambil tersenyum, “Tak perlulah begini sekali bos.”
Reza memprotes sambil mengangkat tangan, “Tak, memang saya salah. Jadi saya akan belanja awak makan tengahari ini.”
“Bos belanja lagi? Alah bos janganlah macam ni,” Maya memprotes manja.
Reza menggeleng laju sambil menghulurkan fail tersebut pada Maya, “Anggap ini cara saya berterima kasih kepada awak kerana menjadikan projek hak milik rakyat ini suatu kenyataan.”
Share this novel