MELISSA memandang jam tangannya yang mana jarumnya sudah mula menginjak ke pukul 6 pagi. Entah mengapa dia berasa runsing sepanjang malam dan akhirnya tidurnya juga terganggu. Ini semuanya gara-gara bekas kekasih kesayangannya itu, Reza Haikal yang telah berubah. Dia tidak lagi mengejar dirinya dan sudah tidak lagi menefonnya pada malam-malam hari. Kalau sebelum ini, di apartment dia inilah tempat Reza keluar masuk sesuka hati dan di bilik tidur itulah mereka melampiaskan segala rindu dendam antara satu sama lain sehingga mereka berdua terkulai kepuasan. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, segalanya seakan berubah. Seolah-olah dirinya tidak wujud lagi di dalam kamus hidup Reza.
Gadis tinggi lampai yang berambut kerinting kemerahan itu melihat sayu ke luar tingkap seolah-olah menantikan sesuatu. Dia bakal ditunangkan dengan lelaki yang dia tidak cinta walaupun lelaki ini pun berpangkat dan berpengaruh juga orangnya. Namun perasaannya tidak sekuat cintanya terhadap Reza. Dia sering menangisi nasibnya kerana tidak dapat menyambung kembali perhubungannya bersama Reza yang terhenti dahulu semenjak Reza kemalangan. Hembusan bayu meniup skirt labuh yang dipakai oleh Melissa itu menyebabkan dia terpaksa membetulkannya semula.
“Sayang, kenapa you termenung jauh sangat tu? Tembus tingkap tu nanti.”
Lamunan Melissa terhenti, dia menoleh ke arah suara tersebut, “Eh, Abang Faezrul!”
Faezrul Danial merupakan tokoh korporat kacak yang dijodohkan bersama Melissa seminggu selepas Reza kemalangan dan sehingga kini, Melissa masih sukar untuk menerima kehadiran lelaki ini sebagai pengganti cinta lamanya. Wajah tampan dan rambut ikal gelap lelaki ini belum cukup untuk menawan cintanya yang telah lama membeku itu.
Faezrul menghampiri Melissa sambil memaut ringkas pinggang gadis itu, “I miss you so much darling. I tak tahan berjauhan dengan you.”
Melissa cuba meloloskan diri daripada pelukan erat Faezrul, “Cubalah faham.”
“I nak faham apa lagi sayang? It’s been too long for us.”
Melissa menggeleng sambil menarik muka, “Tolong jangan paksa saya, okey?”
Faezrul melepaskan pelukan eratnya, “Okey, I tak akan paksa sayang. Maafkan abang boleh? Abang tak nak Melissa bermasam muka dan menjauhkan diri dari abang. Abang terseksa tahu?”
Melissa seolah-olah tidak mengendahkan rayuan manja dari Faezrul tadi. Semakin membara perasaan Faezrul dengan kedinginan yang ditunjukkan oleh Melissa terhadapnya tadi. Melissa tidak menganggapnya sebagai kekasih langsung dan dia berasa seperti Melissa sudah semakin jauh daripada dirinya. Dia tidak akan mengalah semudah ini dan dia akan tetap cuba untuk memenangi hati Melissa walau dengan apa cara sekalipun.
“Abang boleh temankan saya keluar esok pagi?”
Faezrul menoleh ke arah Melissa sambil mengukirkan senyum, “Okey, anything dear.”
Melissa melemparkan senyuman namun Faezrul masih belum dapat mempercayainya. Dia tidak mahu Melissa terlepas ke tangan lelaki lain. Dia yang selama ini berada bersamanya ketika dia berduka dan dia ada hak ke atasnya kini. Sesiapa yang mahu mengambil haknya itu perlu berdepan dengan dirinya dulu. Bak kata orang tua-tua, langkah mayat dia dulu!
“Maya! Maya! Bangun cepat!”
Maya seolah-olah masih berada di awang-awangan ketika namanya dipanggil. Siapa pulak yang terjerit-jerit pagi ini? Kacau daun betullah! Tak boleh ke kalau duduk diam-diam dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain? Nak dapat beauty sleep pun susah sekarang ini, ada sahaja yang mengganggu.
Secara automatik Maya terbangun sambil menggaru kepala. Dia terpandang wajahnya di cermin di hadapannya lalu terkejut beruk. Mak aii, buruknya kau kalau bangun pagi cik Maya oii! Maya tergesa-gesa menuju ke bilik air untuk membetulkan rambutnya sambil membasuh muka dan menggosok gigi. Setelah dia puas hati dengan penampilannya, barulah dia keluar untuk menemui Reza dan abangnya yang sedang menanti di dalam bilik mesyuarat tersebut. Mereka berdua kelihatan seperti baru sahaja bangkit dari tidur.
Maya menegur Reza, “Kenapa bos tak mandi dulu? Nampak messy sangatlah.”
Reza membalas dengan selamba, “Biarlah. Lagipun pagi-pagi ni siapa nak tengok saya?”
Maya mengetap bibir, “Abang pergilah mandi jugak. Dah bau musang tu!”
Izham bingkas bangun sambil menuju ke bilik air, “Eh, bukannyer kau yang nak cium badan aku! Suka hatilah abang nak mandi ke tak nak.”
Maya mengangkat tangan ke atas tanda surrender sambil menuju ke luar. Bosan betul berhadapan dengan dua beruang degil ini. Kalau dilayan memang makin menjadi nakalnya. Tak habis-habis nak mengusik dia. Dua lawan satu macam mana Maya nak menang lawan dengan diorang? Maya lantad duduk di sofa tetamu yang terletak berhampiran meja setiausaha Reza sambil membelek majalah-majalah yang ada di situ. Kenapa tak ada satu pun majalah hiburan dalam pejabat ni? Bosan betul asyik mengadap majalah bisnes sepanjang hari. Agaknya macam manalah Reza tu kalau dekat luar kan? Mestilah membosankan!
“Maya, you nampak tak mana kemeja yang I sidai semalam?”
Maya mengerling ke arah suara tersebut utuk menjawab namun dia sekali lagi ternganga apabila Reza tampil hanya dengan tubuh sasanya yang dibaluti tuala. Terjerit lagi Maya dan secara tidak sengaja muka Maya kembali kemerahan menahan malu. Kalau nak tayang body pun tengok tempatlah bos ni! Maya menyumpah dalam hati sambil menutup mukanya dengan majalah. Reza dengan selambanya berjalan di hadapan Maya dengan tuala sahaja terbalut di tubuhnya sambil menyelongkar almari di dalam biliknya mencari pakaian untuk dipakai. Geram betul Maya dengan perangai selamba bosnya itu. Kalau masuk dalam bilik sendiri pun tutuplah pintu tu! Ini tidak bagi tayangan percuma pulak tu dekat dia sambil membongkok-bongkok mencari barangan milik dia. Tuala tu dah la londeh hampir nak ternampak belahan yang tidak sepatutnya dilihat oleh anak dara sepertinya.
Izham tampil dari belakang pintu bilik mensyuarat siap dengan t-shirt hitam dan jeans koyak di lutut yang menjadi fesyen kegemarannya selama ini. Dia memberi isyarat kepada Maya untuk menunggu di bawah.
“Habis tu, En. Reza ikut kita ke? Bukan kita nak balik rumah ke?”
Izham menepuk belakang tengkuk Maya, “Lembablah kau ni. Dia ikut sebab nak kunci office lah.” Selamba badak je nak ketuk kepala orang! Kurang asam betullah abang Izham ni! Sumpah seranah Maya tak habis di situ.
Reza kembali berkumpul bersama mereka lengkap dengan kemeja lavender dan slack perang gelap. “So, I kunci office lah and kita keluar sama.”
Maya mengangguk sambil menarik lengan abangnya, “Jom abang. Kita chow dulu!”
Izham seakan memahami isyarat adiknya itu, “Okey, bos kami turun dulu.”
Reza mengangguk perlahan, “Okey, so rehatlah puas-puas this weekend. Terutamanya awak Maya! Jangan sampai jadi macam hari ini lagi.”
Maya menjelirkan lidahnya, “Baiklah bos! Intan payung gemala lembu!”
Reza menjegilkan matanya, “Amboi, melawan lagi ye sekarang?”
Izham cuba meleraikan kedua mereka sambil mendepakan tangan, “Sudah tu, jom keluar dari sini. Saya pun dah lapar nak bersarapan pulak ni.”
Reza mengangguk setuju sambil mengunci pintu utama pejabat dan bangunan tersebut sebelum menyerahkan kunci tersebut pada pihak pengurusan bangunan tersebut. Mereka berdua bergerak menuju ke lif sebelum menekan butang G. Apabila pintu lif terbuka, maka mereka pun masuk bersama-sama sambil masing-masing terdiam seribu bahasa. Maya hanya menundukkan mukanya dan Reza pula berpaling ke arah lain. Izham yang berada di hadapan sekali merasakan bagai ada sensasi di belakangnya mengerling ke arah Maya dan Reza. Akhirnya dia sendiri menggeleng.
Tiba-tiba Maya teringat sesuatu, “Eh, korang berdua dah solat Subuh ke?”
Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Reza kemudian menjawab, “Dah pukul berapa ni? Tadi lagi kami dah solat. Maya saja yang lambat bangun. Pemalas!”
“Bos ni janganlah pukul orang! Sakit tau!” Maya menggosok belakang kepalanya.
Izham menarik tangan Maya sambil melambai ke arah Reza sebelum mereka menaiki kereta masing-masing. Reza kelihatan seperti sedang tercari-cari saesuatu namun Izham tetap meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang lagi. Maya bersandar kerana terlalu letih. Tidur di sofa pejabat bukanlah sesuatu yang baik untuk untuk kesihatan. Tengkuknya terasa lenguh betul semenjak dari bangun tadi. Rasa seperti ingin singgah di spa untuk pergi berurut. Atas permintaan Maya juga, akhirnya abangnya menurunkannya di spa yang berdekatan sebelum berlalu untuk mencari tempat parking yang bersesuaian.
Maya meminta Izham untuk singgah di sebelah Kompleks Pertama untuk bersarapan dengan nasi lemak ayam goreng yang benar-benar popular di sekitar situ. Sedang Izham dan Maya sedang beratur, mereka terdengar seperti ada kumpulan orang yang sedang bergaduh di kawasan bank yang parking yang berdekatan dengan bangunan MARA itu lalu Maya terpengaruh untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi. Izham sedang sibuk membuat pesanan makanan dan membiarkan Maya menyiasat sendiri lalu Maya meninggalkan abangnya untuk mendekati tempat kejadian.
Alangkah terkejutnya Maya apabila mendapati bosnya sedang berdiri di seelah seorang wanita tinggi lambai memakai mini skirt biru dan blaus hitam sedang bertengkar dengan seorang lelaki yang seusia dengannya. Berlainan dengan Reza, lelaki itu berpakaian lebih kasual dengan jaket kulit, kemeja-t putih dan jeans biru. Maya tergamam melihat bosnya dimarahi sedemikian rupa. Bukan itu sahaja, malah lelaki tadi turut menumbuknya sehingga Reza jatuh tersungkur. Wanita tadi cuba meleraikan mereka namun tidak menjadi.
Maya lekas maju ke hadapan untuk menghalang mereka. Kelihatan lelaki itu sudah teruk membelasah dan menerajang Reza sehingga mulut dan hidungnya berdarah. Reza kelihatan seperti sudah tidak berdaya lagi untuk melawan. Maya berlari mendapatkan Reza yang sedang cedera itu lalu meneliti keadaannya.
“Apa awak buat dekat sini? Bukan sepatutnya awak dah balik ke?”
Maya memotong percakapannya, “Sshhh...awak cedera. Jom ikut saya ke klinik.”
Lelaki tadi terus menerpa lalu Maya bertindak untuk menghalangnya. Lelaki tersebut terhenti langkahnya sambil memandang Maya dengan mata yang berang, “Berganjaklah, aku nak kerjakan jantan tak guna ni!”
Maya menepis tangan lelaki itu, “Hey, kau siapa nak usik dia hah?”
Lelaki itu menjawab dengan mata bernyala, “Dia ni kacau kekasih aku! Jantan keparat!!”
“Awak tak boleh melabel orang sesuka hati. Awak nampak ke mereka curang?”
Lelaki itu terdiam. Cakap perempuan ini ada juga betulnya. Nanti tak pasal-pasal dia dilabel psiko. Dia merenung Maya tajam sebelum mengalihkan pandangannya kepada teman wanita yang sedang kaku berdiri di sebelahnya.
Maya bertanya pada Reza, “Siapa perempuan tu? Apa hubungan awak dengan dia?”
Reza hanya mampu menggeleng. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi dengan berlaku jujur tidak kena pada tempatnya. Sudah cukup dirinya dimalukan sedemikian rupa kerana dosa-dosa silamnya.
Wanita di sebelah lelaki tadi berjalan ke arah Maya, “You ni siapa pada Reza?”
“I yang berhak bertanya soalan ini pada you,” ujar Maya selamba.
Wanita tadi mengetap bibir sambil melarikan anak matanya, “I ni bekas kekasih Reza, Melissa Habib Al-khawari. Kami pernah terlanjur bersama dahulu.”
Panas telinga Maya mendengar pengakuan berani mati Melissa itu. Tak kisahlah dia anak Habib Jewel ke aper ke! Dia ingat dengan buat pengakuan macam itu dia boleh dapat Reza balik? Sudah tentulah tidak! Dia ingat Reza itu sekarang jenis kemaruk betina lagi ke? Maya menjeling ke arah Reza sambil memberikan isyarat. Nampaknya Reza tidak berjaya menafikan pembabitannya dalam skandal tersebut. Maya menggeleng kepala sambil mengurut dahi.
“Well for your info, saya adalah tunang dia dan saya tidak suka lelaki yang saya cintai ini diperlakukan sedemikian rupa. Saya sakit hati kalau tunang saya difitnah sesuka hati.”
Melissa tergamam sambil menekup mulutnya, “You tunang dia? Sejak bila ni?”
Maya memotong percakapan Melissa sambil berhadapan dengannya, “Itu you tak berhak tahu. Yang penting sekarang tolong jangan ganggu hidup tunang saya lagi.”
Melissa tidak puas hati dengan penjelasan yang diberikan Maya kepadanya. Lantaklah, gerutu Maya di dalam hati sambil memerhatikan tangan Melissa ditarik kuat oleh teman lelakinya itu lalu mereka pun hilang dari pandangan. Maya berpaling ke arah Reza yang sedang terbaring cedera di sebelah keretanya. Darah dihidungnya mengalir dan luka dimulutnya masih lagi parah. Maya mengoyakkan sedikit kain pada selendangnya yang kerap dibawanya di dalam beg tangannya itu lalu menyapu luka di mulutnya. Sambil membantu Reza untuk bangun, Maya mendail nombor Izham untuk memberitahunya tentang kejadian tadi.
“Kenapa awak masuk campur dalam urusan tadi?”
Maya merenung tajam mata Reza, “Habis tu nak saya tengok je awak kena belasah?”
Reza mengetap bibir sambil membuang pandangannya, “Awak bikin kecoh saja tadi. Saya boleh selesaikan masalah saya sendiri. Awak merumitkan lagi keadaan awak tahu tak?”
Maya berdiri bercekak pinggang, “Bos ni memang tak reti berterima kasih ke?”
Reza membalas dengan sinis, “Kenapa awak mengaku sebagai tunang saya?”
“Itu hak saya nak buat apa! Yang penting lelaki itu tak kacau bos lagi.”
Reza berusaha untuk bangun sambil bersandar pada kereta lalu menghela nafas yang panjang. Dia menjeling tajam Maya sambil masuk semula ke dalam kenderaannya. “Lain kali jangan campur urusan saya. Saya tak suka!”
Maya mengetuk tingkap kereta Reza, “Bos ingat saya suka jaga tepi kain bos ke?”
Reza membentak, “Ya, memang itu yang awak gemar buat bukan?”
Maya berlalu namun sebelum dia meninggalkan tempat tersebut dia sempat meninggalkan pesanan buat Reza, “ Bos jangan ingat saya buat tadi sebab saya tergila-gilakan bos! Tidak sebab saya tak mungkin sukakan lelaki hipokrit dan tak reti berterima kasih seperti bos ni, faham tak?”
Reza terdiam mendengar komen dari Maya. Adakah kini Maya akan benar-benar benci kepadanya? Bagaimana kalau Maya berhenti terus dari syarikat secara tiba-tiba? Bagaimana dia mahu menguruskan projek tersebut tanpa Maya di sisinya untuk menyokongnya kini? Dia tidak tahu bagaimana nak memujuk Maya dalam keadaan sekarang ini. Egonya masih terlalu tebal untuk diruntuhkan dengan begitu sahaja. Keegoannya yang membuatkan dia tegar menyakiti Maya dan kerana keegoan inilah nanti dia bakal kehilangan pekerja yang benar-benar ikhlas membantunya, menjaganya dan menyayanginya.
Share this novel