BAB 14

Romance Completed 38699

MACAM tak percaya saja sekarang ini. Maya memegang kedua belah pipinya. Terasa hangat dan membara. Kenapa dia jadi macam ini. Mengalahkan pasangan yang baru bercinta. Dia memandang Reza yang sedang duduk bertentangan dengannya. Lengan sasa Reza yang tersarung jam tangan Rolex itu diamatinya dengan teliti. Wajah Reza yang tenang itu ditenungnya dengan begitu aneh sekali. Reza sesekali menjeling ke arahnya sambil tersenyum ringkas. Ringkas namun penuh makna tersirat. Bukan pertama kali Maya merasakan debaran ini setiap kali berhadapan dengan Reza.

“Boleh saya tanya sikit tak,” sapa Reza dengan bersahaja.

Lamunan Maya terhenti, “Ya, boleh bos. Apa yang bos nak tanya tadi?”

Reza teragak-agak sebelum menyambung bicara, “Awak selalu tenung saya semacam.”

Alamak. Dia perasan ke? Aduh!

Maya cuba mengelak dan mencari alasan, “Tak adalah bos. Bos jer fikir macam tu.”

Reza termanggu seketika mendengar balasan Maya. Betul jugak kata Maya. Mungkin dia sahaja yang perasan kot? Entah mengapa dia berasa kurang senang apabila Maya memandangnya dengan penuh minat. Mungkin kerana dia juga menyimpan perasaan terhadap Maya dan tidak mahu Maya mengetahuinya. Reza menyua karipap ke dalam mulutnya sebelum mengunyahnya perlahan. Entah mengapa seleranya kurang hari ini. Dia mengeluh panjang sambil memandang wanita di hadapannya. Terlalu dekat namun tak tergapai olehnya. Mungkin kerana dosanya dia dihukum sebegini. Dia menyalahkan dirinya setiap kali dia dihimpit perasaan seperti ini.

“Bos, minta maaf kalau saya tersalah cakap ya?”

Reza membuang pandangannya ke tingkap restoran yang terbuka. Dia membisu.

Maya berasa bersalah, “Bos, janganlah macam ni. Saya minta maaf kalau saya menyinggung perasaan bos.”

Reza menggeleng laju, “Tak adalah. Janganlah pula fikir yang bukan-bukan.”

Suasana agak tegang untuk seketika. Reza cuba untuk memulihkan keadaan dengan bertanya, “Apa kegemaran awak pada masa lapang. Anything like a hobby or something.”

Maya menelan air liur, “Saya cuma suka baca novel cinta saja.”

“Are you kidding me? That’s all you did during your leisure time?”

Pulak bos dia ni! Tak percaya ke apa yang dia cakap? Habis tu takkan nak cakap dia suka pergi memancing pulak? Agak-agaklah sikit lagipun dia ni kan perempuan. Takkan nak cakap hobi dia membeli belah? Masaklah kena leter dengan En. Reza ini nanti. Kening Reza terjongket sikit memerhatikan Maya yang seperti tidak senang duduk. Dia hanya tersandar sambil meneguk segelas jus oren yang dipesannya tadi. Maya langsung tidak dapat mengangkat muka. Malu sangat rasanya.

Maya memerhatikan persekitaran restoran tersebut. Kelihatan beberapa pasangan pertengahan umur sedang asyik bersembang di meja mereka. Suasana agak suram kemungkinan kerana mereka makan tengahari agak lewat sedikit. Maya menjamah kepingan ikan salmon yang sudah digoreng separuh masak dan disalut oleh sos mewah. Dia kembali menoleh ke arah Reza yang sedang asyik memerhatikan dirinya makan. Dia terlupa akibat terlalu asyik mengunyah sehingga terambil bahagian milik Reza juga. Reza mula membuat muka cuak sambil menggeleng. Baru dia tahu si Maya si muka sahaja lawa tapi kuat makan!

“Alamak bos! Sorry saya termakan bos punya bahagian,” Maya meminta maaf sambil menyusun jari.

Reza hanya tersengih sambil menggeleng, “Tak apa, saya kenyang dengan tengok awak makan.”

“Isk, bos ni pun jahatnyer!”

Reza tak dapat menahan geli hati lalu terhambur sudah ketawanya, “Sorry Maya. Hahahaha!”

Maya mula menarik muka sambil mencebik bibir. Ha, muka inilah yang Reza paling tak sanggup nak tengok. Entah bagaimana dapat memujuk gadis yang kuat merajuk ini. Kadangkala Reza sendiri runsing. Dengan telatahnya yang agak keanak-anakan itu ditambah pula dengan sikap kuat merajuknya itu, semakin kuatlah sayang Reza pada wanita ini. Maya mempunyai daya tarikan tersendiri yang membuatkan Reza seringkali terpesona dengannya.

Maya menghirup jus limaunya itu sebelum berkata, “Terima kasih bos kerana sudi belanja saya makan.”

“Tak apa. Ini kan sudah tanggungjawab saya.”

Maya tersenyum simpul, “Sekurang-kurangnya duit belanja untuk minggu ni saya dah dapat save sikit.”

Reza tertawa dengan komen Maya, “Oh, you risaukan pasal tu rupanya.”

Maya memukul bahu Reza sambil mencebik bibir, “Bos ni perli saya pulak.”

Reza tertawa berdekah-dekah kerana telatah Maya yang cukup mencuit hati. Gadis yang cemerkap dan gelojoh. Tidak ada satu pun yang membosankan Reza malah Maya seperti pelengkap hidupnya di pejabat. Kalau sehari Maya tidak ada dalam pejabat, Reza pasti akan tercari-cari bayangnya. Reza tidak pasti apakah perasaan itu namun yang pasti dia berasa selesa di sisi Maya. Mungkin kerana layanan Maya yang begitu ikhlas terhadapnya. Maya pun tidak pernah cuba mengambil kesempatan atas kekayaan yang dimilikinya. Dia dapat menjadi dirinya yang sebenar apabila berada dengan Maya dan tidak perlu untuk dia berpura-pura hanya untuk memberikan impresi yang baik kepada Maya.

“So apa plan awak lepas makan ni?”

Maya mengerling ke arah Reza sambil menghirup jus limau, “Balik ofis lah, kan?”

Reza bangun sambil menghulurkan tangannya, “Ingin ikut saya makan angin tak?”

Maya melopong mendengar pertanyaan Reza, “Bos, tapi ini kan waktu bekerja. Mana boleh kita ponteng sambil makan angin?” Memanglah boleh! Reza tu kan bos. Apalah kau ni? Gerutu Maya di dalam hati.

“Kalau begitu saya nak bawa awak untuk melihat suatu tempat.”

Masya-Allah. Biar benar bos ni?

Pemandangan di tepi bukit itu sungguh mendamaikan minda. Terasa seperti berada di awang-awangan sahaja. Saujana mata memandang. Menghirup udara segar ketika itu laksana bernafas di dalam kayangan. Bau-bauan rumput segar dan embun cukup menenangkan perasaan yang berkecamuk ketika itu. Maya hanya mampu memandang lesu rintik-rintik hujan yang mulai jatuh membasahi pohon-pohon kayu di sekitar. Reza sedang duduk di atas batang kayu yang hampir mereput sambil merenung jauh. Entah apa yang sedang bermain di fikiran Reza itu, Maya pun tidak dapat menjelaskan.

“Boleh tak kalau saya nak buat pengakuan?”

Maya tersentak dari lamunannya lalu menoleh ke arah Reza. Benarkah apa yang dia baru dengar tadi? Mengaku pasal apa ni?

Reza menoleh ke arahnya sambil tersenyum, “Saya harus berterus terang dengan awak.”

Maya melopong mendengar pengakuan Reza, “Bos cakap apa ni?”

Reza berdiri sambil berjalan mendekati Maya yang kehairanan itu. Dia menyeluk saku sambil memandang tepat ke arah mata Maya. Pandangan itu penuh makna tersirat namun Maya tidak berani menenungnya terlalu lama. Boleh longgar lutut dibuatnya. Mata biru milik Reza itu seperti cuba mencari sesuatu pada diri Maya dan sejujurnya Maya memang tidak dapat berkata-kata ketika itu. Rasa seperti hak privasinya diceroboh oleh Reza kerana pandangannya yang dalam itu seolah-olah cuba mencungkil segala isi hati Maya.

“Saya mahu awak dengar dari mulut saya sendiri sebelum orang lain...”

Bicara Reza terhenti......seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

Maya merenungnya dengan penuh harapan, “Apa dia bos. Saya sudi dengar kalau bos berterus-terang pada saya.”

Reza teragak-agak untuk memulakan bicara, “Saya memang seorang lelaki seperti yang kawan awak cakap tu. Saya khilaf sebelum ini jadi saya ingin mengaku kesilapan saya. Benar memang saya pernah tiduri ramai perempuan dan banyak lagi dosa pernah saya terlibat.”

Maya ternganga. Entah mengapa pengakuan tadi seolah-olah mencarik-carik jiwanya kini.

Mulut Reza terasa seperti menelan api. Begitu pahit rasanya meluahkan keburukan diri namun ini adalah untuk kebaikan Maya dan dirinya sendiri. Dia tidak mahu mereka menyebarkan skandal berkenaan mereka berdua. Biarlah selepas ini mereka mampu menjaga jarak masing-masing.

“Sebab itu abang awak khuatir ketika kita bersama. Saya tak salahkan dia. Dia hanya mahu kebaikan untuk awak sahaja.”

Maya menekup mulut dengan telapak tangannya. Kolam matanya mula berair. Terasa berat pula langkah kaki ini.

Reza membuang pandangannya sambil menyeka air matanya sendiri, “Maafkan saya tapi saya bukanlah orang yang tepat untuk menjadi idola awak.”

Maya terduduk mendengar pengakuan Reza itu. Selama ini dia benar-benar mengagumi bosnya itu. Namun dia tidak menyangka telahan rakan sekelilingnya tentang bosnya itu selama ini rupa-rupanya benar belaka. Sekarang Maya tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Dia bukanlah Tuhan hendak menghukum Reza dan dia tahu manusia tidak pernah sunyi dari kesalahan. Dia ingin sekali memberikan bosnya itu peluang kedua. Hanya kepercayaan dia sahaja yang mampu diberikan kepada bosnya itu ketika ini. Maya menundukkan muka memandang rumput. Reza kelu untuk menyambung bicara. Dia meraup wajahnya dengan tapak tangan.

“Bos, saya nak cakap sesuatu boleh?”

Mata Reza membulat dan dia menoleh ke arah Maya. “Apa dia Maya?”

Maya terdiam seketika sebelum berkata, “Kalau saya kata saya tak kisah pasal masa silam bos? Macam mana?”

Reza menelan air liur. Terasa payau pula bila ia menjengah tekaknya yang sedang kering itu. Dia seolah-olah bermimpi mendengar pengakuan Maya. Maya benar-benar tak kisah dengan semua itu? Dia tidak kisah sekiranya Maya hilang hormat padanya sebagai bos namun yang penting tiada lagi kata-kata nista yang terpalit antara mereka. Sekiranya ia melibatkan dirinya seorang diia tidak ambil peduli. Kalau Maya terlibat sama, ia akan mengeruhkan hubungan antara dia dan Izham nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience