Chap. 19 Memories pt.1

Drama Series 2209

14 TAHUN YANG LEPAS

" Mama, kenapa abang tu menangis? " Lee Hana, 10 tahun.

" Mama pun tak tahu sayang, " Ibu Hana membelai rambut anak manjanya itu. " Hana, ajak budak lelaki itu minum petang dengan kita. "

" Okey! " Ibu Hana masuk ke dalam rumah lalu Hana mengatur langkah menuju ke arah budak lelaki itu.

" Hai, erm boleh tak kita bermain buaian ini bersama-sama? "

Budak lelaki itu menoleh ke arah belakang.

" Sa-saya? "

" Ya, dan mama saya mengajak awak minum petang nanti. Nama saya Lee Hana dan awak siapa? " Hana tersenyum girang.

" Nama saya...saya Ji Chanwoo. "

" Okey, jom kita bermain! Jangan malu-malu hehehe. " Hana menarik lengan Chanwoo.

Setelah sekian lama tidak pernah merasai berkawan, akhirnya Chanwoo bertemu dengan sinar baharu di dalam hidupnya. Setiap hari yang dia lalui pasti diisi dengan kegembiraan bersama rakannya, Lee Hana. Sudah tentu perbezaan umur mereka tidak menghalang hubungan persahabatan yang terjalin. Tetapi lama kelamaan, Chanwoo mulai jatuh hati kepada Hana.

[3 TAHUN KEMUDIAN]

TUTTTTTTT

" Hana, kedai roti yang awak nak pergi hari itu sudah buka, " Sepi. " Lee Hana, jomlah. " Chanwoo menekan punat loceng rumah Hana banyak kali tetapi tiada sahutan.

" Erm, adakah awak Ji Chanwoo, kawan kepada Hana? " Tiba-tiba jiran kepada keluarga Hana iaitu Puan Ahn menegur Chanwoo.

" Ya, saya. " Chanwoo teragak-agak untuk menjawab kerana hatinya tiba-tiba menjadi gusar.

" Hana ada menyuruh saya memberi surat kepada awak. Baiklah, saya pergi dulu. "

" Oh okey, terima kasih. " Chanwoo memandang ke arah surat itu lalu membacanya.

' Kepada Ji Chanwoonie~~
Maaf!! Hari ini saya terpaksa ikut dengan keluarga saya ke Daegu sebab bapa saya mendapat kenaikan pangkat jadi em.. faham-fahamlah ya! Pada musim panas nanti saya akan kembali bertemu dengan awak, hehehehe~! Dan saya menulis surat ini sebab saya suka situasi dramatik HAHAHAHA! Apa-apa pun.. nanti kita beli roti sama-sama OK? Mesej saya bila awak sudah habis membaca surat ini! ;)
- Hana pyon~ '

Dengan lajunya jari-jemari Chanwoo menaip mesej kepada Hana.

[On-Chat]
Chanwoo: Hei, PULANG CEPAT-CEPAT NANTI! Jangan lupa belikan saya oleh-oleh hehehe.
Hana: OK! :D

Setelah itu, mereka berdua selalu berbalas mesej setelah tamat sesi persekolahan, masa senggang dan akhirnya tibalah musim panas melanda bumi Korea pada ketika itu.

[On-Chat]

SELASA
Chanwoo: MORNING! Hari ini saya ada belikan biskut kesukaan awak dan saya pasti awak akan menyukainya. ;)
[09:17 AM]

Chanwoo: Dah lewat ni, tak bangun lagi? Hm.. jangan malas sangat, nanti tiada siapa nak kahwin dengan awak! -_-
[13:04 PM]

Chanwoo: Adakah awak menghadiri kelas tuisyen pada hari ini? Mesej saya bila awak dah habis >< !!
[16:11 PM]

Chanwoo: Hana, awak sakitkah? Demam? :(
[17:45 PM]

Chanwoo: Saya harap awak okey :)
[19:01 PM]

Chanwoo: Good night :(
[21:56 PM]

PADA KEESOKAN HARINYA

KRIIIIIIIIINGGGGGG

" Huargh, " Chanwoo mengeliat buat kali kedua sambil memerhatikan dinding biliknya dengan perasaan kosong. " Agak-agaknya Hana sudah membalas mesej tak? " Dia mencapai telefon pintarnya yang berada di tepi katilnya.

" Tiada mesej? Hm. "

[On-Chat]

RABU
Chanwoo: Adakah awak okey?
[07:45 AM]

Chanwoo: Awak buat saya tak tentu arah sekarang ni.. Hati saya berasa tidak tenang. Sekurang-kurangnya.. balaslah yang awak 'OK'. :(
[14:28 PM]

Chanwoo tetap menunggu mesej daripada Hana tetapi sehingga larut malam dia tidak menerima sebarang khabar daripada Hana.

[On-Chat]

KHAMIS
Chanwoo: ....
[12:39 PM]

Chanwoo: :(
[17:10 PM]

-----------------------------------------------------------------

PADA HARI ISNIN, MALAM.

" Hana, dah lewat ni, tidur sayang. " Ibu Hana mengetuk pintu bilik Hana.

" Okey! Sekejap lagi! " Hana menyahut dari dalam biliknya.

Di atas mejanya, terlihat sebuah kotak berwarna merah dan tersimpan sebuah anak patung yang diidamkan oleh Chanwoo pada suatu ketika dahulu.

" Chanwoo pasti suka! Tak sabarnya nak jumpa dia! " Hana terus melompat ke atas katilnya lalu enak dibuai mimpi.

PADA HARI SELASA, PAGI.

" Hana, bersiap cepat... kita nak berangkat ni. " Ibu Hana mengetuk pintu Hana.

" Okey, sebentar! " Hana terus berlari mendapat telefonnya.

" Nak mesej atau tak? Hm, tak payahlah! Chanwoo mesti terkejut yang aku balik pada hari ini dan bukan pada hari lusa, " Hana berhenti bercakap seketika sambil memandang ke arah anak patung yang ingin dia hadiahkan kepada Chanwoo. " Selamat hari lahir, Chanwoo. "

Maka berangkatlah Hana dengan keluarganya menuju ke stesen keretapi. Tiba-tiba kereta yang dipandu oleh ayahnya hilang kawalan akibat tayar yang tergelincir akibat hujan lebat semalam.

" Argh! "

Hana berasa sungguh mengantuk seolah-olah dia dipaksa untuk tidur tetapi dia sempat melirik ke arah ibu dan ayahnya yang terkulai lemah. Kemudian dia teringat akan sahabatnya, Chanwoo.

" Maafkan aku, Chanwoo. "

3 HARI KEMUDIAN

TIT TIT TIT TIT TIT TIT TIT TIT TIT

" Ne-nenek? " Hana terjaga dari 'tidurnya' lalu mencari ibu dan ayahnya.

Neneknya cuba untuk menenangkan Hana lalu menceritakan segalanya kepada Hana tentang kemalangan yang dialaminya beberapa hari yang lepas.

" Maaf, tetapi saya.. saya tak ingat. Jadi keluarga saya sekarang sudah.. " Air matanya mulai bertakung lalu membasahi pipinya yang gebu itu.

Neneknya lalu memeluk Hana untuk menenangkan cucunya yang sedang berdukacita itu. Perit rasanya kehilangan orang yang tersayang terutamanya kehilangan ibu bapa yang melahirkan kita, menjaga kita, membimbing kita dan cuba untuk memberikan kehidupan yang baik kepada kita.

TOK TOK TOK

Seorang doktor yang bernama Dr. Kang menghampiri Hana dan neneknya.

" Puan, setelah kami membuat CT-Scan terhadap pesakit tadi nampaknya terdapat beberapa kesan akibat hentakan yang sangat kuat pada bahagian kepalanya. Oh, dia sudah sedar? " Dr. Kang terhenti seketika lalu memandang ke arah Hana. " Tahun ini tahun yang ke berapa? "

" Tahun 20XX. "

Dr. Kang dan neneknya berasa terkejut lalu memandang sesama sendiri.

" Dia.. mungkin mengalami amnesia. Nasihat saya ialah pastikan dia tidak mengalami sebarang hentakan yang kuat lagi pada bahagian kepalanya, kalau tidak.. keadaan dia akan bertambah parah. " Dr. Kang menghela nafas yang berat.

" Baiklah, terima kasih doktor. "

" Sama-sama, saya minta diri dulu. "

" Okey. " Neneknya memandang ke arah Hana dengan wajah yang sedih.

" Nenek? Nenek okey? " Hana berasa pelik akan ekspresi neneknya itu.

" Ah, nenek okey. Jom makan oren ni dan epal ni.. rakan nenek tadi melawat kamu dan dia membawa sedikit buah tangan kepada kamu. "

" Wah, banyaknya buah! "

Tiba-tiba mata neneknya terhenti pada sebuah kotak.

" Hana, kotak.. apa tu? Pihak polis tadi hanya memberi kotak itu kepada nenek tadi. Mungkin isinya penting sebab kamu memeluknya tadi. "

" Oh? Saya pun.. tak tahu. " Hana melihat ke arah sehelai kad di atas kotak itu.

" Ji..Chanwoo? Siapa ni? "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience