Chap. 7 Decision

Drama Series 2209

PIT-A-PAT PIT-A-PAT

Fuh! Sampai pun! Buat kali kelimanya aku mengerling ke arah jam tanganku. KEJAP, 7:30 PAGI?! ALAMAK! AKU DAH LAMBAT!

Ini semua gara-gara drama 'Goblin'! Aku menonton cerita itu sebanyak 5 episod malam tadi. Huarghhh ngantuknya.

" Hana! "

" Sookyung, bos ada cari aku tak tadi? "

" Hm, tak. "

" Nasib.. "

" Hana, adakah kau masih bercinta dengan Ji Chanwoo? "

" Kenapa.. kau tiba-tiba tanya soalan tu? "

" Aku cuma ternampak yang hari tu Chanwoo dan seorang wanita sedang bermesra di sebuah restoran. "

" Oh itu.. er... itu.. ha! Aku baru ingat yang itu adik dia! "

" Hana.. aku dah kenal kau sejak zaman kita masih belajar di kolej. Kau pun pernah cakap yang Chanwoo cuma mempunyai seorang abang kan? "

" Kalau aku cakap pasal ini dengan kau.. boleh tak kalau kau jangan beritahu kepada orang lain? Dan aku harap kau tak marah dengan aku. "

" Okey. "

" Aku... boleh dikatakan yang.. aku orang ketiga? "

" Hah? Orang ketiga? Maksud kau? Bukankah yang kau... "

" Chanwoo pernah berjanji yang dia akan merawat penyakit yang dihidapi oleh kekasihnya dan dia akan tinggalkan perempuan itu nanti. Dia... berjanji yang dia tak akan tinggalkan aku. "

" Hana.. sebenarnya aku pun tak tahu aku nak menyebelahi siapa sekarang. Kau tahu kan yang perbuatan kau salah? Maksud aku.. kekasih Chanwoo itu sebenarnya menjadi mangsa keadaan. "

" Huh, senangnya kau cakap macam itu. Selalunya.. orang ketigalah yang diberi perhatian lebih berbanding kekasih sendiri. Susah aku nak terangkan.. tapi sebenarnya Chanwoo melebihkan kekasihnya berbanding aku. "

" Peliknya! Tapi.. aku terpaksa bersetuju bagi pihak dia. Hana, dia memang patut pun buat sedemikian. Aku bukan nak menyebelahi siapa pun atau nak menyalahkan siapa-siapa.. tapi aku harap kau buat keputusan yang terbaik agar kedua-dua belah pihak akan okey. "

" Baiklah, terima kasih sebab memahami Sookyung. "

" Sama-sama. "

--------------------------------------------------------

Setelah tamat waktu bekerja aku terus ke kedai buku yang terletak di hadapan tempat kerjaku.

" Wah, macam menarik! "Jari-jemariku ralit membelek-belek beberapa naskhah buku yang tersusun rapi di atas rak buku tersebut.

Aku segera membaca dengan teliti satu per satu muka suratnya.

" Ini.... "

' Apabila kau sudah banyak kali dilukakan hati, maka hatimu mendambakan sebuah perasaan yang bahagia. Tetapi.. apakah benar bahawa hatimu ikhlas mencintai seseorang itu atau kamu hanya ingin meletakkan si dia sebagai pengganti kerana hati kamu berasa kesunyian? '

' Learn to love yourself more. Value every moments, because we can learn and try to fix it until we realize that we success to go through it. '

' I love me, myself and I. '

" Aku..sebenarnya.. berasa kesunyian? "

Aku terpana buat seketika sehinggalah suatu suara menerpa ke arah aku.

" Hana? "

" Su-Suho! Uh.. saya minta diri dulu. "

" Kejap. "

Suho menahan lengan kananku.

" Hana, dengar dulu. "

" Maaf, saya.. saya penat nak melayan awak. "

" Hana, beri saya beberapa minit untuk jelaskannya. "

" K. "

" Saya nak minta maaf. Saya tahu yang saya keterlaluan dan saya tak patut masuk campur urusan peribadi awak. "

" Hm. "

" Suho, awak ingat yang saya akan maafkan awak semudah itu? "

" Er.. adakah saya perlu berlutut? "

" Hahahahahaha! Maaf, maaf saya bergurau sahaja tadi. "

" Jadi.. awak akan maafkan saya? "

" Hm.. boleh! Tapi dengan satu syarat! "

" Huh? "

" Belanja saya makan malam. Sekarang. "

" Hm, okey. "

Huh, padan muka!

Di Kafe Dream

" Selepas apa yang saya cakap kepada awak hari tu.. awak senang sahaja maafkan saya? "

" Suho.. "

" Saya.. dah fikirkan fasal hal ini betul-betul. Saya akan minta putus dengan Chanwoo dan.. fasal 'perempuan murahan' itu, saya rasa saya dah biasa. "

" Maafkan saya, Hana. "

" Tak apa, itulah norma kehidupan. "

" Hana, adakah awak akan okey jika melepaskan kekasih awak pergi? "

" Tak tahu? Sebab saya belum buat lagi. "

" Oh.. hm. "

" Suho, saya nak minta diri dulu. Dah lewat ni. "

" Er, biar saya hantarkan. "

" Tak apa, saya boleh naik bas. Kalau saya berlari ke stesen bas.. rasanya boleh sempat lagi. "

" Tapi.. saya rasa saya masih mempunyai rasa bersalah.. "

" Tak apa, saya dah maafkan awak. Lagipun saya nak pergi ke sebuah tempat lagi ni. "

" Oh okey. Jaga diri. "

" Okey, awak pun sama. "

Setelah menamatkan bual bicara bersama Suho di kafe tersebut, aku terus menelefon Chanwoo. Aku fikir yang aku harus menamatkan hubungan kami berdua pada malam ini juga.

" Helo? Chanwoo? "

" Hana...awak buat apa sekarang? "

" Oh, saya baru balik kerja tadi. "

" Saya rindukan awak, Lee Hana. "

Chanwoo, mengapa kau membuatkanku makin susah hendak melakukan ini?! Ergh! Tapi, aku haruslah berpegang teguh terhadap janji aku kepada diri aku sendiri.
Aku nekad.

" Chanwoo, saya ada benda nak cakap. Boleh tak.. kalau kita berjumpa sekarang? Di Taman Sungai Han.. sekejap sahaja. "

" Eh? "

" Sekejap sahaja. Please? "

" Baiklah. "

Aku dah bertekad!
Tapi..

Adakah aku mampu? Mampukah aku mengucapkan kata-kata sedemikian? Aku.. hendaklah jujur dengan perasaan aku sendiri.

Ji Chanwoo.

Apakah pula reaksi kau? Aku.. tak sabar hendak melihat sendiri reaksi kau.

Aku.. nak sangat tahu, Chanwoo.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience