Chap. 11 Doki Doki

Drama Series 2209

[Doki-doki = Jantung berdebar-debar]

PRIIIIITTTTTTTTTTTTTT

Dengan pantasnya kami semua terjaga dari tidur. Aku dan Yewon masing-masing mencuci muka lalu menggosok gigi.

" Perhatian, anda semua diberikan masa selama 5 minit untuk bersiap secara 'kasar'. Mandi itu kemudian sebab kita akan ada aktiviti yang MENYERONOKKAN. "

" Alamak, badan saya berbau busuk nanti! " Yewon mengeluh.

" Hm, kita ikut sajalah apa yang diarahkan oleh mereka. " Aku memujuk Yewon.

Setelah itu, kami berdua dan yang lain-lain berkumpul di padang.

" Kami ingin meminta maaf kerana mengejutkan anda semua secara tiba-tiba dan kami tahu yang sebenarnya tidak boleh berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, sekali-sekala pun tak apa kan? "

Semua orang yang berada di situ hanya mengeluh. Mata aku meliar ke arah kiri dan kanan. Tiba-tiba aku ternampak Suho memandangku lalu membuat tanda bagus.

" Er.. kenapa dia positif sangat? " Getus hati kecilku.

" Okey! Kita akan bahagikan kepada 2 kumpulan. Sila lihat nama-nama yang tersenarai pada kertas ini dan kumpulkan semua ahli. Akhir sekali, setelah semua orang dah berkumpul kita akan bahagikan tugas setiap kumpulan? Boleh? "

" Okey. "

Kumpulan A [Lokasi: Tasik]
- Joohyuk (Ketua)
- Soomi
- Mijoo
- Donghee
- Jongdae

Kumpulan B [Lokasi: Taman Botani]
- Chaeryung (Ketua)
- Suho
- Yewon
- Hana
- Jaehyun

" Baiklah, ini kad tugasan bagi setiap kumpulan. Lakukan tugasan ini dalam masa 40 minit dan datang semula ke sini setelah siap. Kumpulan yang paling awal datang akan diberi 15 markah manakala kumpulan yang lambat akan diberi 10 markah. "

Kumpulan A :
Bina sebuah perahu menggunakan bahan-bahan yang disediakan dalam masa 30 minit dan pastikan sekurang-kurangnya 3 orang ahli dapat menaiki perahu itu. Kemudian, 3 orang ahli itu hendaklah mendayung perahu itu sehingga ke garisan penamat.

Kumpulan B :
Terdapat lima buah stesen yang disediakan. Kamu dikehendaki menjawab soalan-soalan teka-teki yang diberikan setiap stesen. Tempoh yang diberikan di setiap stesen adalah 4 minit. Anda juga dikehendaki menjawab sekurang-kurangnya 3 per 5 betul. Kemudian, cari 5 utas tali berwarna merah yang digantung di pokok. Cari dan kumpulkan.

Aku melihat ke arah ketua kumpulan kami iaitu Chaeryung. Dia berdeham seketika.

" Ehem, saya dan Yewon akan mencari lima utas tali merah. Hana, Dr.Yoon dan Jaehyun pergi ke stesen ini. Lagi cepat, lagi bagus. Ada yang setuju? "

Kami memandang masing-masing. Yewon mengangkat tangan menandakan dia bersetuju. Diikuti Jaehyun, Suho dan aku.

" Baiklah, nanti kita berjumpa di taman ini. "

" Okey! "

20 minit kemudian

Soalan: Semasa Jen sedang memandu di kawasan perumahannya, dia terjumpa tiga buah pintu.

Pintu 1; Menjadi seorang yang kaya raya
Pintu 2; Kekal awet muda seumur hidup
Pintu 3; Memperoleh ketajaman akal fikiran

Apakah pintu yang bakal Jen buka dahulu?

Jaehyun memandang Suho seraya berkata, " Sudah tentulah pintu 3. "

" Kenapa? " Suho mengerutkan dahi.

" Sebab kalau dia menjadi seorang yang pintar, dia boleh mencari kerja yang bagus dan mendapat duit yang banyak! Selain itu, dia juga boleh membeli produk kosmetik untuk kelihatan awet muda. "

" Hm, agak logik jawapan awak. " Suho mengangguk tanda faham.

" Em, saya juga mempunyai pendapat saya sendiri. Bagi saya.. Jen akan membuka pintu keretanya terlebih dahulu. " Aku memprotes secara baik.

" Tapi jawapannya hanya tiga buah pintu itu sahaja. "

" Hmmmm.... " Masing-masing mendiamkan diri.

" Saya.. saya akan letak jawapan kita 'Pintu kereta'. " Aku memberani suara.

" Kejap, adakah awak pasti? " Jaehyun berasa sangsi.

" Jaehyun, relaks.. ini cuma permainan. "

" Ya, saya pasti. "

TING!

[Tahniah, jawapan anda betul. Sekarang, sila bergerak ke stesen keempat.]

" Wah, kita betul! "

" Terima kasih, Hana. " Suho senyum kepadaku.

Tiba-tiba jantung aku berdegup dengan laju tatkala dia senyum kepada aku. Entah mengapa, sebelum ini aku tidak merasakan apa-apa.

" Cik Lee? " Jaehyun memanggil aku.

" Ah, okey! " Lamunanku terhenti. Langkahku mula diayun mengekori jejak langkah Suho dan Jaehyun.

PRITTTTTTTTTTTTTTTTT

" Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa kumpulan A menjadi pemenang pada hari ini. Tahniah kepada kedua-dua pasukan. "

Walaupun kumpulan kami kalah pada pusingan pertama, aku tetap berasa seronok.

" Selepas ini kita akan pergi ke hutan. Barangan untuk berkhemah sudah disediakan dan anda semua hanya perlu membawa kelengkapan diri sahaja untuk semalam. Kita akan tidur di hutan dan mengeksplorasi flora dan fauna. "

" Okey! "

" Kita akan berehat sebentar selama satu jam untuk makan tengahari dan mengemas barang. Okey, sila bersurai. "

Setelah sampai di kotej, aku dan Yewon terus baring di atas katil. Penatnya badan.. penatnya kaki! Penat berlari dan otak pun penat juga memikirkan jawapan untuk soalan teka-teki tadi.

" Hana, saya rasa saya nak luahkan sesuatu dekat awak, boleh? "

" Ya. "

" Saya suka dekat Dr. Yoon. "

ZAPP!

" Oh.. itu.. er.. kenapa awak beritahu saya? "

" Sebab awak dan Dr. Yoon macam kawan baik jadi saya rasa saya patut luahkan kepada awak dahulu. "

" Bila awak nak beritahu kepada dia? " Aku memandang serius ke arah Yewon.

" Erm.. saya rasa.. malam ini. "

" Oh.. baguslah. " Aku senyum kepadanya.

" Boleh tak awak tolong saya, Hana? "

" Er.. boleh, rasanya? "

" Wah, terima kasih! Awak memang baik! Lain kali saya akan membalas jasa awak! " Yewon kelihatan gembira sekali.

" Hahahaha. "

Setelah itu kami pun mula bereksplorasi di hutan itu. Mujur terdapat tali yang dijadikan sebagai petunjuk untuk mencari jalan.

Ramai yang mulai bermandi peluh pada ketika itu. Aku menyinsing lengan baju aku ke atas. Tiba-tiba aku terasa yang ada angin sejuk yang 'menghuni' aku.

" Kejap, kenapa aku kurang berasa panas sekarang? " Aku bermonolog sendirian.

" Sebab sayalah kipasnya. "

Tiba-tiba suatu suara sayup-sayup kedengaran datang dari belah kiri aku.

" Su-suho?! Er... "

" Maaflah sebab saya buat awak terkejut. Saya tengok awak seperti cacing kepanasan jadi saya tolong sejukkan awak untuk seketika. "

" Er.. ini.. erm.. janggal. "

" Oh! Em.. maaf, maaf. " Suho berasa malu akan tindakannya.

" Tak apa, terima kasih. "

" Okey. "

Setelah tiba di destinasi, kami terus bergerak secara kumpulan tadi. Setiap kumpulan diagihkan tugasan masing-masing. Ada yang mencari kayu api, menanak nasi, menjerang air dan sebagainya.

Semasa aku sedang menjerang air, aku ternampak Yewon sedang berbual-bual dengan Suho. Mereka berdua.. seperti sebuah pasangan. Alangkah baiknya kalau aku dan Chanwoo macam itu juga.

" Kejap, kenapa aku teringat pasal Chanwoo? " Aku mengetuk dahi.

" Hana, saya rindukan awak. "

" Hana, saya berjanji kita akan sentiasa bersama-sama. "

" Hana, awak kelihatan comel pada hari ini. "

" Hana.. "

" Hana.. "

" Hana.. saya cintakan awak. "

Kenangan pada kisah silam masih terngiang-ngiang di telinga aku. Cepat-cepat aku menghentikan lamunanku.

Semasa aku sedang memikirkan hal ini pun hati aku tetap berdegup dengan pantas. Walaupun aku menyayanginya hanya sebesar zarah, aku tetap berasa kehilangan tatkala dia pergi dari hidupku.

Kenapa.. aku terasa seperti cacing kepanasan apabila aku melihat Suho dan Yewon?

Ya tuhan, Siapa Chanwoo dan Suho kepada aku sebenarnya?

" Kalaulah.. kita tidak pernah berjumpa. "

" Kalaulah.. aku tak pernah tersuka dekat kau, Chanwoo. "

" Kalaulah.. aku tak luahkan perasaan kepada kau. "

" Kalaulah.. "

" Kalau... "

" Kalau diundurkan masa, pasti aku tidak akan berasa sakit seperti ini. "

" Aku menyesal sebab hadir dalam hidup kau. Maafkan aku sebab aku wujud sebagai orang ketiga dalam hubungan kau. "

" Maafkan aku... "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience