Chap. 17 Childhood Friend

Drama Series 2209

" Hana, kalau saya beritahu yang sebenarnya Chanwoo pernah kenal awak semasa dia berumur 13 tahun macam mana? "

" Kami.. kami sudah lama berkenalan tapi saya rasa saya tak pernah jumpa dia 14 tahun yang lepas? "

" Okey, saya akan menceritakan tentang hal yang pernah berlaku 14 tahun yang dahulu. "

Hana memandang Gaeul dengan serius dengan 1001 persoalan mula terbenak di dalam mindanya.

" Semasa Chanwoo berumur 13 tahun, dia terjumpa awak, Lee Hana, di Daegu. Dia sering menjadi mangsa buli di sekolah dan turut diabaikan oleh ibu bapanya. Pada ketika itu awak baru sahaja berpindah ke Daegu pada musim panas dan di situlah bermulanya pertemuan dan perkenalan antara awak dan Chanwoo, " Ujar Gaeul dengan sekali lafaz.

" Awak bagaikan sinar baru di dalam hidupnya kerana awak mengajar dia erti berkawan, bergembira dan akhirnya dia mampu tersenyum dengan bahagia. Tetapi 3 tahun kemudian awak berpindah ke Busan kerana tempat kerja bapa awak dipindahkan ke bahagian lain dan Chanwoo amat berdukacita akan hal tersebut, " Gaeul terhenti seketika lalu wajahnya kelihatan lebih tegang.

" Walaupun kalian sudah berpisah, tetapi kalian tetap berhubung melalui mesej. Tidak lama kemudian, awak tidak menghubunginya sehinggalah awak bertemu dengan dia lagi sekali. Awak bagaikan satu-satunya orang yang dia amat memerlukan dan dia mula mencari awak dengan pelbagai cara. Selepas itu, dia terjumpa awak dan pada ketika itu awak sedang menangis kerana gagal dalam hubungan percintaan. Chanwoo berasa sungguh gembira tetapi sedih pada masa yang sama kerana awak sudah lupa akan Chanwoo. Dia pendam sahaja perasaan itu dan berkawan dengan awak semula macam tahun yang sebelumnya. "

" Kejap, jadi kami pernah berkenalan dahulu? Kenapa saya tak boleh ingat apa-apa? "

" Itu saya tak tahu. "

" Okey, sila sambung. "

" Setelah dia dapat tahu yang dia telah menjumpai awak, dia sentiasa mengintip dan mengekori awak ke mana sahaja. Chanwoo menjadi semakin obses dan dia telah meminta saya untuk menjadi teman wanitanya. Pada mulanya saya sungguh naif dan saya terima sahaja lamarannya walaupun kami baru berkenalan 2 bulan sahaja. Kemudian, saya melawat rumahnya dan alangkah terkejutnya saya bahawa di setiap penjuru bilik tidurnya terdapat pelbagai jenis gambar awak yang ditangkap secara 'candid'. Saya hanya mendiamkan diri sahaja dan berpura-pura bersikap manja terhadap Chanwoo kerana saya ingin tahu lebih lanjut tentang rancangannya, "

Mulut Hana terlopong. " Seramnya. "

" Hm, kemudian saya memberanikan diri untuk bertanya tentang gambar-gambar yang berada di dalam bilik tidurnya dan dia mengaku yang dia bercinta dengan awak selama sebulan dah. Hati saya bagaikan dihiris pilu pada ketika itu dan dia beritahu yang saya ini merupakan teman wanitanya yang menghidapi penyakit mental. Dia buat begitu sebab dia nak mempunyai alasan untuk bersama dengan awak dan saya nak berpisah dengan dia sebab saya tak ingin bersama dengan seorang lelaki yang suka dengan wanita lain apabila dia sudah mempunyai teman wanita. Dia memberitahu bahawa dia akan membunuh bapa saya kalau saya tak bersama dengannya. "

" Kenapa awak tidak membuat aduan kepada polis? "

" Saya.. saya lemas dalam dakapannya kerana dia menggoda saya lalu saya bersetuju untuk tidak meninggalkannya dan dia kata dia akan layan saya isitimewa kalau saya mendengar katanya. "

" Awak dan Chanwoo pernah... " Mata Hana terbeliak.

" Ya. Selepas itu kami berdua bertengkar kerana saya inginkan perhatian dan dia telah menampar muka saya. Kami berdua mendiamkan diri lalu dia menceritakan tentang kisah silam dia dan awak. Hana, saya nak awak berhati-hati apabila awak terjumpa dengan Chanwoo sebab dia mulai agresif dan nasib baik kami berdua sudah tak ada apa-apa hubungan lagi. "

" Terima kasih sebab memberitahu saya tentang perkara ini dan saya ingin meminta maaf lagi sekali sebab dia telah meruntuhkan hubungan awak dan Chanwoo. Terima kasih lagi sekali akan nasihat awak dan saya akan berterus-terang terhadap Chanwoo. "

" Ya, okey jom sambung makan. Lama sangat kita bercerita. Hahahaha. "

" Okey. "

-------------------------------------------------------------

DINGDONG

" Ah, Hana? Masuklah. Makcik sudah menyiapkan makan malam. "

" Okey, saya bersihkan badan saya dulu. "

" Okey, okey. "

" Em, Suho dekat mana sekarang? " Mata Hana melilau mencari gerangan Suho.

" Dia masih ada kerja di hospital nanti dia balik. Kenapa? "

" Tak ada apa-apa, saja tanya. Terima kasih. "

Hana memulas tombol pintunya lalu menghempaskan dirinya ke atas katil.

" Ji Chanwoo.. kenapa aku tak boleh nak ingat pasal kau? " Hana bingkas bangun dari katil lalu ke mejanya. Dia membelek beberapa buah buku dan tiba-tiba sebuah buku kecil terjatuh.

" Eh? Bila masa aku beli buku ni? " Dia membelek beberapa helaian yang terakhir di dalam buku itu.

' Kepada Diari, pada hari ini Chanwoo ada mengirimkan sebuah gambar kepada aku! Kini dia sudah ada haiwan peliharaan iaitu Lily.. hmm... bukankah nama Lily itu nama perempuan? Adakah Lily itu jantan atau betina? Dia kata yang Lily tu kucing jantan. Hm, pelik? Hahahaha!! ' - 1 Mei 2004.

' Kepada Diari, tak lama lagi aku akan ke Daegu untuk melawat nenek aku! Tak sabarnya nak berjumpa dengan rakan aku di sana! Hehe :) Chanwoo mesti gembira dengan kawannya semasa saya tiada kan? :( Apa-apa pun aku akan memberikan kejutan kepadanya yang aku akan tinggal di situ selama 2 bulan! ' - 3 Mei 2004.

' Kepada Diari, aku dah berangkat ke Daegu! Mesti Chanwoo tak tahu pasal itu ;) !! Aku nak.. aku nak meluahkan perasaan aku kepadanya. Dari dulu aku simpan perasaan ini tetapi aku takut yang dia sudah mempunyai orang yang dia suka! T-T .. Fighting Lee Hana! :) ' - 6 Mei 2004.

" Eh? Dah habis? Kenapa tarikhnya berhenti? " Hana mulai berminat terhadap isi kandungan buku itu.

" Kenapa.. aku tak boleh ingat apa-apa? "

DINGDONG!

" Ah, Suho dah balik! " Laju sahaja kaki Hana diayun menuruni anak tangga.

" Suho! "

" Eh? " Suho meletakkan begnya di atas sofa.

" Nah, kawan saya beri tadi. "

" Coklat? "

" Dia kata yang dia pernah ternampak awak di Hospital Memorial dan dia tahu yang saya kawan awak. Jadi.. "

" Jadi dia suka dekat saya "

" Hah! Betul! "

" Kata dekat dia yang saya mengucapkan terima kasih dan saya sudah mempunyai orang yang saya suka. "

" Eh? Eh?! "

" Kenapa? Awak fikir yang awaklah orangnya? " Suho mendekatkan dirinya kepada Hana.

" Ma-mana ada! " Wajah Hana mulai kelihatan kemerah-merahan.

" Ehem! " Mak Suho muncul dari belakang.

Serentak Suho dan Hana terkejut lalu ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience