Chap. 14 C.R.A.Z.Y

Drama Series 2209

KRIIIIINGGGGGGG

Mata Hana masih mengantuk, mengapalah hari ini mesti bekerja? Sekurang-kurangnya berilah satu hari lagi untuk bermalasan! Sesekali dia mengeliat dan menguap.

DING DONG

Dengan malasnya, Hana mengheret kakinya dengan paksa untuk membuka pintu.

" Selamat pagi! Hana.. saya... "

" Ya, selamat...pagi.. " Mata Hana masih tertutup dengan rapat sambil menghulurkan tangan kirinya.

" Er, apa ni? " Dahi Suho berkerut.

" Surat khabarlah! Awak kan budak yang selalu menghantar surat khabat setiap.. pagi.. huargh.. "

" Hana, saya Suho. "

Mata Hana terbeliak tatkala dia terkejut apa yang didengarnya tadi. Dia memandang susuk tubuh yang sedang berdiri tegap dihadapannya.

" Alamak! Dia dah tengok wajah aku yang masam ni! Adakah air liur aku meleleh sekarang?! " Getus hati kecil Hana.

" Sa-saya akan bersiap sebentar! Tunggu kejap! " Laju sahaja kaki Hana berlari ke tingkat atas.

30 MINIT KEMUDIAN

" Okey, dah! " Hana hanya mengoleskan gincu berwarna merah jambu dan memakai mekap yang ringan sahaja.

" Okey, jom. " Suho menarik tangan Hana keluar.

" Eh! Dia.. dia..! " Getus hati kecil Hana sambil memandang tangannya dipimpin oleh Suho.

Tiba-tiba lamunannya terhenti.

" Kejap, bila masa saya suruh awak menghantar saya ke tempat kerja saya? "

" Naluri. "

" Jawapan tak munasabah. "

" Hahahahahaha! "

-------------------------------------------------------------

" Cik hanya perlu pada bahagian ini sahaja. "

" Ya, baiklah. Terima kasih sangat-sangat. "

EH? SUARA TU...!

Hana menoleh ke arah belakang. Itu.. itu kan...

" Er.. awak ni.. "

" Ya saya? Cik ni siapa? "

" Saya.. Lee Hana. Saya salah seorang pekerja di sini. "

" Nama saya ialah Kim Gaeul. Selamat berkenalan. " Gaeul menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Hana. Hana berasa agak kekok pada mulanya tetapi dia tetap gagahkan dirinya untuk beramah mesra dengan Gaeul.

" Oh ya, boleh tak awak tunjukkan saya jalan menuju ke pejabat Encik Hwang? "

" Ya, boleh. "

Setelah menghantar Gaeul ke pejabat Encik Hwang, Hana terus berlalu ke arah pejabatnya sendiri.

" Hm, kalaulah dia tahu yang aku pernah bercinta dengan Chanwoo dulu.. memang akan berlakunya peperangan yang sangat dahsyat! " Hana bermonolog sendirian.

" Tut! Hana, ada seseorang nak berjumpa dengan kau. "

" Okey. "

" Hai, kita berjumpa lagi. " Gaeul menyapa aku dengan ramah.

" Hai. "

" Terima kasih atas pertolongan awak tadi, saya nak balas budi awak. "

" Eh, tak apa! Lagipun itu salah satu daripada tugas saya. "

" Baiklah, ini nombor saya. Awak boleh membuat panggilan kepada saya kalau awak perlukan kawan untuk keluar makan bersama. "

" Baiklah, terima kasih. "

" Kenapa dia cakap macam seolah-olah aku ni... loner? " Getus hati kecil Hana.

----------------------------------------------------------------

" Lee Hana.. "

Setelah menunggu beberapa minit di Sungai Han, akhirnya Chanwoo memunculkan dirinya.

" Chanwoo. "

" Terima kasih sebab sanggup teman saya pada malam ini. "

" Eh? Maaf, saya penat dan saya nak pulang ke rumah. Ada apa awak nak berjumpa dengan saya? "

" Saya nak kita kembali seperti dulu. Saya rindukan awak, Hana. " Chanwoo mengusap pipi Hana dengan lembut.

" Berapa kali saya nak cakap yang kita dah tak ada apa-apa?! " Hana menepis tangan Chanwoo.

" Awak mulai mencari orang lain kan? Yoon Suho? "

" Dia.. dia tak ada kena mengena dengan hal kita berdua. Sampai sini sajalah hubungan kita, Ji Chanwoo. "

" Hana! " Chanwoo merentap tangan Hana dengan kasar.

" Apa awak buat ni? Sakitlah! " Hana cuba untuk meloloskan dirinya daripada Chanwoo.

" Maaf.. saya tak sengaja. "

" Chanwoo, saya akan terangkan kepada awak sekali lagi, " Hana memandang ke arah anak mata Chanwoo dengan serius.

" Kalau kita bersama semula, keadaannya tidak akan sama seperti dulu. Kita dah tahu pengakhirannya bagaimana jadi mengapa kita berdua perlu merujuk semula kisah yang sama? Saya rasa.. inilah keputusan yang terbaik untuk kita berdua, malah untuk Gaeul. "

" Hana, kalau saya tak boleh nak dapat awak.. orang lain pun tak boleh! " Chanwoo berjalan menghampiri Hana.

Hana berasa ketakutan lalu berlari dari situ menuju ke salah satu kedai serbaneka.

" Adakah dia sudah menjadi gila sekarang? Aku berpisah dengan bekas kekasih aku dulu taklah merana sampai boleh jadi gila atau obses? "

Tiba-tiba seseorang menepuk bahu aku.

" Chanwoo, jauhkan diri daripada saya! "

" Nama saya bukan Chanwoo lah. "

Hana membuka matanya semula. " Suho? "

" Ya, awak buat apa di sini? "

" Er.. saya nak beli barang. "

TAKKANLAH NAK BERENANG DEKAT KEDAI NI?!

" Mana barangnya? "

Alamak banyak soalan pula, takkan aku nak jawab yang ada orang gila nak bercinta dengan aku semula.

" Saya baru sampai. Haha... "

" Saya hantar awak baliklah. Tak elok untuk seorang wanita balik ke rumah lewat malam. "

" Belum lewat lagi lah. "

" Boleh tak awak tolong senyap sebentar dan ikut apa yang saya arahkan? Awak ialah seorang wanita dan memang wajar pun untuk saya lindungi awak. "

DUPDAPDUPDAPDUPDAP

Wajah Hana mulai kemerah-merahan. Perasaan apakah ini? Sangat berbeza!

" Er, sa-saya pergi ke rak itu dulu. "

" Okey. "

Setelah sampai di rumah Hana, Suho terus balik ke rumahnya sendiri.

" Ahhhhh!!!!!! Kenapa aku rasa nak melompat tadi?! Kenapa aku berasa gembira sangat ni? Ahhhh!!!! " Hana berguling-guling di atas katilnya.

Tidak lama kemudian dia terhidu bau asap datang dari dapurnya.

" Eh? Kenapa cermin dapur ni pecah? Eh! Alamak! " Api yang kecil tadi tiba-tiba menjadi marak.

" Tolong! Tolong! " Hana cuba untuk keluar dari rumah itu menggunakan pintu utama dan tingkap tetapi entah mengapa terasa seperti dikunci dari luar.

" Suho! " Hana terus mendail nombor Suho.

KRIIIIINGGGGGGGGG

" Ya? "

" Su-suho.. saya... tolong.... "

" Hana?! Kenapa dengan awak ni? "

" Api.. api... "

TUTTTTTTTTTTTTTT

Akibat asap yang terlalu tebal, Hana pengsan di dalam rumahnya.

" Huh, kalau aku tak dapat kau.. kau tak akan jadi milik orang lain! "

Kata-kata Chanwoo sebentar tadi terngiang-ngiang di dalam benak fikiran Hana.

" Chanwoo.. kau... kau memang gila.. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience