Chap. 18 Regret

Drama Series 2209

KLIK!

" Chan-chanwoo? " Hana berasa ketakutan lalu terduduk.

" Huh, ini balasannya sebab awak tak pilih saya! " Chanwoo melemparkan sebungkus plastik kepada Hana.

Hana terkejut dengan isi kandungannya lalu memandang ke arah Chanwoo. " Ini.. ini.. "

" Itu hati Suho yang awak nak sangat! Hahahaha! "

" Hah! " Tiba-tiba Hana terjaga dari tidurnya. Dia mengerling ke arah jamnya, tepat 6:00 pagi.

" Ini.. ini kali kedua aku mimpi buruk pasal Suho. " Hana bermonolog seketika.

TOKTOKTOK

" Hana? " Kedengaran suara Suho dari luar bilik tidur Hana.

" Ya? "

" Kenapa awak menjerit tadi? "

" Oh, maaflah tadi ada seekor serangga merayap di tepi katil saya. " Tidak mungkin Hana akan menceritakan tentang mimpi yang dialaminya kepada Suho.

" Oh, nak saya tolong- "

" Eh, tak apa, tak apa.. benda itu..em.. sudah pergi. "

" Oh okey. "

Hana kembali mengelamun sebentar sambil memikirkan jawapan yang harus dia berikan kepada Chanwoo pada malam ini. " Kalau aku pilih Chanwoo, Suho akan selamat tetapi argh! Kalau aku pilih Suho, Chanwoo akan buat perkara yang bukan-bukan kepada Suho nanti! Tapi.. bolehkah kalau aku membuat aduan kepada polis nanti? Tapi, tapi.. aku tak ada bukti! Adakah aku perlu merakam perbualan kami? Hm. "

--------------------------------------------------------------

DI HOSPITAL MEMORIAL

" Dr. Yoon! "

" Ah, Minhyun! Hm, tak payahlah formal sangat. " Suho sedikit kaget melihat kedatangan sahabatnya dari Eropah.

" Hahahaha, apa-apa pun apa khabar sekarang? Dah mempunyai teman wanita? " Minhyun menyakat rakannya yang sudah lama tidak bertemu sejak setahun yang lepas.

" Hm, tak ada tapi calonnya ada. " Ringkas sahaja jawapan Suho.

" Wah, si hati batu doktor kini sudah ada calonnya? Apa yang hebat sangat wanita itu? " Minhyun menunjukkan rasa minatnya dalam kisah percintaan Suho.

" Kalau aku ceritakan, nanti kau akan kebas dia pula! " Suho memandang Minhyun.

" Ehem, aku sudah ada teman wanita okey? "

" Hahahahahaha, namanya Lee Hana dan sebenarnya aku tak tahu apa yang menarik tentangnya yang boleh membuatkan aku tertarik kepadanya. Macam.. ada aura. Susah nak jelaskan sebab dia seseorang yang susah kita nak ramal apa yang dia boleh lakukan. Dia seorang wanita yang cekal hati dan comel dengan gayanya tersendiri. " Suho memandang ke arah luar tingkap sambil membayangkan gelagat Hana.

" Hm, baguslah kalau begitu. Tetapi, adakah dia pun suka dekat kau juga? "

" Itu.. itu.. " Lama Suho memikirkan jawapannya.

" Sah 100% yang kau bakal ditolak! Hahaha! " Sekali lagi Minhyun menyakat Suho.

" Hei, janganlah doakan! Aku belum luahkan lagi. Lagipun aku rasa yang dia masih berpaling kepada cinta lamanya yang dahulu. " Mata Suho jelas kelihatan sedikit sedih.

Minhyun terasa menekan punat 'Music' di dalam telefonnya lalu memilih sebuah lagu yang berunsurkan kesedihan kepada Suho.

' Choosing someone is easy but loving someone is hard~ you wanna smile but you feel sad. You wanna laugh but you wanna be quiet... ~ '

Suho menjeling Minhyun lalu menekan punat 'STOP'. " Aku bukannya sadis macam kau, tolonglah. "

" Hehehe, jadi apa rancangan kau sekarang? "

" Rancangan? " Suho mengerutkan dahinya.

" Rancangan untuk meluahkan perasaan! "

" Hm, sekarang bukan masa yang sesuai. "

" Baiklah, kalau kau nak meluahkan perasaan dekat dia.. tolong beritahu aku keputusannya hahahah! "

" Hahaha, okey. Doakan aku agar aku berjaya! "

" Ehem, semestinya! "

-----------------------------------------------------------

BEBERAPA JAM KEMUDIAN

DI SUNGAI HAN

Hana sudah bertekad yang dia akan menjelaskan semuanya dengan tenang dan baik kepada Chanwoo. Dia tahu yang Chanwoo suka dekatnya jadi mungkin Chanwoo akan bersikap lembut kepadanya. Dia cuma perlu mencuba sahaja, fighting!

" Hana.. " Kedengaran suara Chanwoo dari belakang. Hana memalingkan mukanya ke arah Chanwoo.

" Chanwoo, mari kita selesaikan hal ini dengan cepat agar kedua-dua belah pihak akan okey. " Hana pantas membuka agenda yang dipendam oleh nya semenjak beberapa hari ini.

" Kedua-dua belah pihak? Hana, adakah awak akan terima saya? " Raut wajah Chanwoo kelihatan lebih ceria dari tadi.

" Chanwoo, tolong dengar dulu penjelasan daripada saya. Hm, sebenarnya saya tak tahu apa yang berlaku dahulu tapi yang saya tahu ialah kita mungkin pernah berkawan dahulu. "

" Adakah awak dah ingat sekarang? "

" Tak, saya dapat tahu daripada Gaeul. Apa-apa pun yang berlaku antara kita berdua dahulu, saya harap yang kita akan terus berkawan sahaja. Saya janji yang saya tak akan abaikan awak. "

" Kalau begitu, ikut saya ke Busan dan kita tinggal bersama sebagai kawan. Saya.. saya janji yang saya tak akan sentuh Suho atau awak. Kita.. kita kawan. " Chanwoo memegang tangan Hana dengan harapan.

" Tapi, saya sudah mempunyai kehidupan sendiri sekarang. Saya.. saya.. "

" Hana, saya merayu kepada awak. Kita boleh melawat Suho atau kawan-kawan awak bila-bila masa sahaja. "

Hana berasa janggal dengan sikap Chanwoo.

" Chanwoo, awak tak faham perasaan saya pun. Saya tinggal di mana selepas awak memusnahkan tempat tinggal saya pun awak tak tanya, bukan? Saya ada kehidupan saya sendiri dan saya ada kerja yang saya harus laksanakan. Saya.. saya nak bersama dengan orang yang saya suka. "

" Hana, kita pernah berjanji dahulu yang kita akan bersama apabila kita dewasa nanti. Sekarang kita sudah dewasa dan saya mampu menanggung awak. Hana, perasaaan saya terhadap awak tidak pernah berubah- "

" Maaf, Chanwoo.. maaf. Saya bukan.. saya bukan Hana yang awak kenal dahulu dan saya tak mampu nak ingat peristiwa yang berlaku kepada saya dahulu. Mohon jangan mengungkit kisah silam dan tolong maju ke hadapan, "

" Selain itu, saya masih dapat merasakan bahawa Gaeul masih mencintai awak tetapi disebabkan kebenciannya melampaui rasa cintanya terhadap awak menyebabkan cinta dia menjadi sebuah tragedi. Saya pergi dahulu, selamat malam. " Hana berlalu pergi meninggalkan Chanwoo di situ.

" Kau akan menyesal, Lee Hana. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience