Chap. 21 Open-Up

Drama Series 2209

" Hei, bukankah perempuan itu yang tengah bercinta dengan Wonho? "

" Huh, kalau nak dibandingkan dengan aku, aku lebih cantik. "

" Perampas! Beraninya dia ambil teman lelaki orang lain! "

" Harap-harap teman lelaki aku tak dirampas oleh perempuan tak sedar diri tu! "

Hana memandang ke arah Wonho dengan wajah yang gusar.

" Hana, jangan pedulikan apa yang mereka cakap. Saya hanya mempunyai awak seorang sahaja, okey? "

" Okey. "

PAP!

Salah seorang rakan Hana iaitu Minji menepuk bahu Hana dari belakang.

" Sakitlah! Ish! "

" Hm, kau tengah fikirkan pasal apa? " Minji cuba meneka kerana dia pun sudah tahu pasal gosip panas sekarang.

" Aku rasa..aku rasa.. Wonho.. "

" Wonho ada orang lain? "

" Minji, ini kali pertama orang meluahkan perasaannya kepada aku. Aku..aku tak tahu nak buat apa. Apakah aku harus berbincang dengan Wonho atau biarkan saja perkara ini berlaku? "

" Hana, pernah tak kau fikir yang kau sukakan Wonho? Kau sudah bercinta dengan Wonho selama 2 minggu tetapi... " Minji menghela nafas berat buat seketika

" Tetapi, adakah kau tahu yang Wonho sebenarnya sudah mempunyai teman wanita dari dulu lagi? Namanya Park Joohyun. Hm, kasihan pula aku lihat Joohyun menangis pada waktu rehat tadi apabila dia dapat tahu yang Wonho curang kepadanya. "

" Minji, apa patut aku buat ni? "

" Hm. "

---------------------------------------------------------

" Polkadot. "

" Huh? Oh, Suho rupanya. " Malas Hana hendak melayan Suho pada masa ini. Banyak perkara lain yang harus dia fikirkan.

" Gosip pasal kau tengah panas sekarang. " Menyedari akan respon Hana, Suho tidak jadi hendak menyakatnya.

" Aku tahu. "

" Jadi, apa kau nak buat? "

" Aku dah berpisah dengan dia. "

" Oh, okey. " Suho berlalu dari situ.

" Hei, sekurang-kurangnya jangan tinggalkan aku semasa aku tengah serius! " Hana berasa bengang akan tindakan Suho tetapi mencuit hati pada masa yang sama.

" Terima kasih Suho. Aku tahu yang kau sebenarnya tengah risaukan pasal aku. " Hana bermonolog sendirian.

" Hei, mana duit aku? " Sekumpulan pelajar sedang berkumpul di belakang makmal sains.

" Ini sahaja yang saya ada. " Pelajar lelaki tersebut menghulurkan wang saku sekolahnya yang tidak seberapa kepada pembuli itu.

" Sikitnya! Huh, esok kau bawa lebih lagi, ingat! "

" Oi! "

Tiba-tiba Suho muncul dari belakang.

" 1 lawan 5 orang mana adil. "

" Kau siapa?! Berambus kau dari sini sebelum aku lenyekkan muka kau dengan kasut aku ni. "

" Huh, cubalah. " Suho menjawab dengan suara yang lantang.

" Geng, serang dia! "

Pelajar lelaki tadi mengambil semula wang sakunya secara senyap-senyap lalu melarikan diri dari situ. Hana yang sedang melalui kawasan yang sama terkejut akan ekspresi wajah pelajar lelaki itu.

" Apa yang berlaku di situ? " Hana mula berjalan ke arah belakang makmal sains.

" Suho! " Hana menjerit dari belakang.

" Polkadot? "

" 'Polkadot'? Siapa pula perempuan ni? Hm, rupa dia boleh tahan juga. " Salah seorang daripada pembuli tadi memandang ke arah Hana.

" Mampus! " Suho menumbuk wajah lelaki tersebut.

Akhirnya, kesemua pembuli itu berlari lintang-pukang meninggalkan Suho dan Hana.

" Mari saya temankan awak ke bilik rawatan. "

" Tak payah. "

" Hei, nanti luka awak menjadi semakin teruk! " Hana menahan tangan Suho.

Suho hanya memandang ke arah Hana dengan pandangan yang tidak puas hati.

TSK TSK TSK

" Sakitlah! Kau ni tak reti nak jaga orang sakit?! " Pekik Suho sambil mengerang kesakitan.

" Sabarlah! Kau tu jangan banyak songeh boleh tak? "

Entah mengapa, pada ketika itu Suho merasakan sensasi yang amat pelik bagi remaja yang seusia dengannya. Ini kali pertama dia berasa seperti itu. Suho memandang ke arah wajah Hana.

" Okey, dah siap! " Hana mendongakkan kepalanya.

Dengan pantas Suho mengalihkan pandangannya ke arah lain.

" Terima kasih. " Suho bercakap dalam nada yang perlahan.

" Apa? Tak dengar? " Hana berpura-pura buat tak dengar kerana ini kali pertama Suho bercakap sesuatu yang baik kepadanya.

" Terima kasih. " Kedengaran agak janggal kerana Suho berasa amat malu pada ketika itu.

Hana hanya tersenyum manis melihat Suho.

----------------------------------------------------------

11 TAHUN KEMUDIAN

DI CAFE DELUXE

" Em, tempahan atas nama 'Suho' ".

" Okey, sila tunggu sebentar. "

" Tolong! "

" Hei, tengok tu. "

" Huh? Kenapa dengan wanita itu? Adakah anak dia sakit? Kalau sakit hantarlah ke hospital, bising! "

Suho terus memalingkan mukanya ke belakang.

" Lee... Hana? "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience