Chap. 1 Survive

Drama Series 2209

Aku mengerling ke arah jam tangan aku sambil berlari ke arah tren.

6:55 A.M.?!

" Alamak! Tren akan bergerak pada pukul 7 pagi! "

SSSSSSKKKKKKKKK

FUH! NASIB BAIK SEMPAT!

Aku membetulkan semula kolar baju aku dan mengemaskan ikatan rambut aku. Kemudian, aku mengenakan semula gincu berwarna merah di dalam tren itu.

TING!

Telefonku berdering menandakan ada satu notifikasi yang masuk!

Aku melihat nama yang tertera pada paparan skrin itu.

' Chanwoo has sent you a message '

[Message]
Chanwoo: Hana, esok kita makan malam bersama okey? Maafkan saya sebab tidak dapat teman awak pada malam ini.. sebab..
Hana: Tak apa, saya faham.
Chanwoo: Terima kasih! I luv u!

Aku hanya tersenyum kelat memandang skrin telefon pintarku.

" It's okay Hana, kau pasti boleh bertabah! Semuanya akan okey! "

Aku memujuk diriku.

Dan demikianlah rutin harianku pada hari Isnin bermula.

---------------------------------------------------

" Hana, bos suruh awak siapkan kertas kerja ini untuk 2 minggu dan jangan lupa juga minta tandatangan setiausaha firma tersebut. "

Aku hanya mengangguk faham.

Urgh, malasnya! Kalau boleh, aku nak sangat menonton rancangan kegemaranku pada pagi ini sambil menghirup secawan kopi yang segar.

Tidak lama selepas itu, aku pergi ke sebuah kafe yang berdekatan dengan pejabat kami.

" Selamat datang ke Cafe Deluxe, apa yang cik nak pada hari ini? "

" Berikan saya.. secawan teh panas dan dua potong Strawberry Vanilla Cake. "

" Okey, sila tunggu sebentar. "

Semasa aku sedang menunggu pesanan aku siap, tiba-tiba salah seorang pelanggan di kedai itu menjerit meminta pertolongan.

" Tolong! Ada sesiapa yang boleh bantu anak saya?! Dia... anak saya.. pengsan! "

Tanpa melengahkan masa, aku terus mendapatkan wanita itu.

" Makcik, boleh saya tahu apa masalah anak makcik? "

" Saya pun tidak tahu.. dia memakan sepotong kek ini tadi dan selepas itu.. dia berasa mual dan terus pengsan! Cik.. apa yang perlu saya buat?! "

" Puan.. ada apa-apa masalah? "

Tiba-tiba pengurus cafe itu datang ke arah kami.
" Anak saya... "

" Maafkan saya, tumpang lalu sekejap. "

Suatu suara menerpa ke arah kami.

" Puan.. saya seorang doktor. Izinkan saya untuk memeriksa anak puan. "

Makcik itu mengangguk.

" Saya rasa.. anak puan mengalami alergi. Apa yang dia makan tadi? "

" Dia.. dia memakan sepotong kek coklat dan berintikan kacang. "

" Saya cadangkan puan membawa anak puan ke hospital sekarang. Kemungkinan dia alergi terhadap kacang. "

" Baiklah, terima kasih sangat-sangat. "

Setelah keadaan kembali reda, dia menegur aku.

" Nice. "

EH?

" Huh? Maaf, saya tak kenal awak. Apa-apa pun terima kasih pasal tadi. Kalau awak tiada tadi, mesti keadaan menjadi semakin kecoh. "

" Oh itu.. hahaha. "

Dah kenapa dia ketawa?

" Okey, saya pergi dulu. "

" Em, puan! "

Puan?! Adakah aku ini macam seorang wanita yang dah berkahwin?!

Aku memalingkan muka aku ke belakang.

" Nama saya Yoon Suho! Dan saya bekerja sebagai seorang doktor di Memorial Hospital! "

Dia ni.. dia tak rasa was-was langsung? Beri maklumat peribadi sesukahati kepada orang yang tak kenal dan aku pun tak berminat!

" Oh, okey. "

-------------------------------------------------------

" Penatnya! "

Setelah seharian penat bekerja, tibalah masanya untuk aku bermanja-manja dengan bantal kesayanganku di rumah.

Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Perut aku berbunyi. Hm, memanglah.. aku makan dua potong kek sahaja tengahari tadi. 'Take away' sajalah! Apa susah? Hehe.

Aku pergi ke sebuah restoran yang berdekatan dengan kediamanku. Setelah membeli makanan di restoran itu, aku ternampak sesusuk tubuh yang amat aku kenali.

" Chanwoo. "

Dia.. bersama dengan kekasihnya lagi. Aku tahu yang dia sudah mempunyai kekasih.. tetapi dia berjanji yang dia akan tinggalkan kekasihnya dalam masa terdekat dan berhasrat untuk bersama dengan aku.

Aku berjalan ke arah mereka berdua.

" Eh, Chanwoo! "

Kejap, mengapa aku menegur dia?! Aduh!

" Oh.. hei.. uh, hi Cik Lee. "

" Chanwoo, siapa perempuan ini? "

" Dia... rakan sekerja saya. "

" Oh.. hm, Cik Lee? "

Aku memandang perempuan itu.

" Saya dan Chanwoo ialah pasangan kekasih. Jadi saya nak nasihatkan baik-baik yang jauhkan diri daripada Chanwoo, okey? "

" Gaeul, jangan risau.. awak seorang sahaja di dalam hati saya. "

Chanwoo memujuk Gaeul.

" Uh.. okey. Em, Chanwoo.. saya minta diri dulu! "

Aku berasa janggal dengan situasi itu.

Aku mengatur langkah meninggalkan mereka berdua.

TING!

Hm, mesej lagi.

[Message]
Chanwoo: Maafkan saya Hana, tadi.. situasinya tak dapat dielakkan.
Hana: Tak apa, saya faham.
Chanwoo: Good girl!
Hana: :)

Setiap kali perkara ini berlaku.. hati aku bagaikan dihiris pilu. Aku tahu yang aku merupakan orang ketiga jadi aku haruslah bertahan, kan?

Air mataku mulai bertakung di tubir mata.

Sejujurnya, aku ingin memiliki hati Chanwoo seorang sahaja. Mengapa dunia ini begitu kejam kepadaku?

Disebabkan cinta, aku menjadi bodoh.
Disebabkan cinta, aku menjadi tunggul.
Disebabkan cinta, aku pertahankan hubungan aku dan Chanwoo.

Aku sanggup menggadaikan maruahku untuk menjadi orang ketiga.

Adakah ini yang dikatakan oleh kebanyakan orang mengenai cinta? Iaitu cinta boleh membutakan seseorang.

Cinta memang tidak membutakan seseorang itu, tetapi seseorang itu yang membutakan cintanya.

How will I survive?

Share this novel

Lovely Green
2019-10-01 19:06:38 

w


NovelPlus Premium

The best ads free experience