Chap. 2 Nah, I am fine

Drama Series 2209

Pada pagi yang hening itu, aku berjoging di kawasan kediamanku.

Segarnya!

Udara pada waktu pagi sungguh menyegarkan minda dan badan aku.

" Tolong! Peragut! "

Langkahku terhenti.

" Tolong! "

Tanpa melengahkan masa lagi, aku terus mengatur langkah menuju ke arah kejadian tersebut.

Aku melihat peragut itu segera meloloskan diri dari situ. Dengan pantas aku melemparkan salah satu kasut sukanku ke arah kepalanya.

PAP!

TARGET: COMPLETED.

Peragut itu terjatuh akibat kepalanya yang terkena kasut itu dan hilang kawalan dalam menyeimbangkan badannya.

Ramai orang yang lalu lalang di situ segera melaporkan pada pihak polis lalu memulangkan semula beg tangan mangsa itu.

" Terima kasih. "

" Ah, tak apa-apa makcik.. Baiklah, saya pergi dulu. Jaga diri okey? "

" Tunggu! "

" Ya ada apa? "

" Biar makcik belanjakan kamu untuk bersarapan bersama sebagai ucapan terima kasih. "

" Tak apa makcik, sa- "

" I insist. "

" Uh.. okey. "

Alamak dah kenapa dengan makcik ni? Kalau boleh aku nak sambung tidur di rumah sebab hari ini hari Ahad! Humph!

Di kafe Titi House

Semasa kami berdua sedang bersarapan, tiba-tiba sesusuk tubuh berjalan menghampiri kami berdua.

Aku mendongakkan kepala, cuba untuk melihat gerangan siapakah itu.

" Mak, mak okey kan?! Ada melaporkan kepada polis?! "

Eh? Macam kenal...

Dia memandang aku.

" Oh! Um..! Ha! Anak makcik! Er... alergi! "

Kenapa dia cakap macam aku yang mangsa dalam situasi itu?

" Ah, ya.. betul. "

" Suho.. kamu kenal wanita ni? "

" Lebih kuranglah. Kami baru berkenalan dua hari yang lepas. "

" Erm.. boleh saya tahu nama awak?

Dia kembali memandangku.

Aku terpaku buat seketika.

" HENSEMNYA! OMG CUTE BOY ALERT! EMERGENCY! Hana, you need to behave yourself. " Getus hati kecilku

" Lee Hana. "

" Cik Lee, terima kasih sebab tolong mak saya tadi. "

" Sama-sama. Makcik, saya pergi dulu.. ada hal. "

" Hana.. boleh tak makcik nak minta nombor Hana? Nanti kalau ada masa lapang, kita boleh berbual-bual. "

Er.....

......... Janggalnya.

" Okey. "

Suho dan maknya melihat aku berlalu pergi dari situ.

" Nah. "

Makcik itu menyerahkan nombor Hana kepada Suho.

" Eh? "

" Mak tahu yang kamu teragak-agak nak minta nombornya. Jadi, sama-sama. "

" Mana ada mak..hm, apa-apa pun.. terima kasih. "

------------------------------------------------------

TOK TOK TOK

" Hana.. saya dah sampai. "

Pintu rumah itu dikuak.

" Masuklah. "

Aku mempelawanya masuk.

" Oh ya, ini kek strawberi yang awak suka tu. "

" Terima kasih Chanwoo! "

Aku memeluknya.

" Hana. "

" Hm? "

" Terima kasih sebab bertahan dengan saya. "

" Saya cintakan awak, Chanwoo. Jadi, disebabkan itulah saya sanggup menunggu awak. "

Tiba-tiba telefon Chanwoo berdering.

" Kejap Hana. Biar saya jawab panggilan ini dahulu. "

" Okey. "

Walaupun dia tak memberitahu aku siapa yang menelefonnya tetapi aku dah tahu sebenarnya.

Iaitu kekasihnya.

" Em Hana.. maaf, saya ada urusan lepas ini. Nanti saya telefon awak okey? "

" Okey,jaga diri! "

Aku berpura-pura berlagak okey dan tersenyum manis ke arahnya.

Aku memang dah agak dan aku memang dah tahu yang kekasihnya merupakan 'top priority' Chanwoo.

Well said, I'm the third person. So... yeah, I need to bear it.

Pada malam itu, aku memakan kek yang diberikan oleh Chanwoo dengan perasaan yang hiba.

Sunyinya...

Agak-agaknya pada malam tahun baru nanti dia akan bersama dengan kekasihnya tak? Hm.

Aku nak meluangkan masa bersama dengannya. Aku nak bermanja dengannya. Kalau boleh, aku tak nak berkongsi kasih dengannya. Tapi, apakan daya.

Aku tahu yang aku sepatutnya mengundur satu langkah ke belakang dan membiarkan Chanwoo dan kekasihnya bahagia.

Tapi pada masa yang sama, Chanwoo dan aku juga saling mencintai antara satu sama lain.

Hana.. adakah kau yakin yang dia pun cintakan kau?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience