Chap. 20 Memories pt. 2

Drama Series 2209

" Nama ini... " Hana terhenti seketika.

" Siapa...dia? Argh! " Tiba-tiba dia berasa pening kepala dan wujud satu suara yang bergema di dalam benaknya.

" Berjanji bahawa kita akan bertemu semula. "

" Hadiah ini untuk Chanwoo! Hehe! "

" Si-siapa kau?! Argh! " Keadaan Hana mulai tidak stabil dan neneknya mulai berasa risau akan cucunya sendiri.

Setelah beberapa bulan berlalu, tibalah musim sejuk. Hana memandang ke arah luar tingkapnya.

" Hana, pergi beli 5 biji telur dan 1kg tepung di Kedai Yum-Yum! "

Hana tersentak tatkala neneknya memanggilnya dari tingkat bawah. Lamunannya juga turut terhenti.

" O-okey kejap! " Sahut Hana dari dalam biliknya.

TSK TSK TSK TSK TSK

Hana berasa bahawa dia diekori dari belakang lalu dia mula berjalan dengan pantas ke kedai serbaneka itu.

" Ya Tuhan, kau lindungilah diriku! " Getus hati kecil Hana sambil langkah kakinya diayunkan dengan pantas.

" Lee Hana! "

Langkah kaki Hana terhenti. Dia segera menoleh ke belakang.

" Suara tu.. " Hana bermonolog sendirian.

" Hana! " Seseorang itu tiba-tiba memeluknya.

" Hei! Lepaslah! " Hana berasa marah kerana tiba-tiba diperlakukan sedemikian oleh orang yang tidak dikenali.

" Hana, saya ni. Chanwoo. Lama sudah saya mencari awak. Saya.. rindukan awak sangat-sangat. "

Hana memandang ke arah sekujur tubuh yang berdiri di hadapannya mengatakan bahawa dia Chanwoo.

" Chanwoo, Ji Chanwoo? " Hana cuba meneka kerana kali terakhir dia mendengar nama tersebut ketika dia sedang dirawat di hospital.

" Ya, saya. Apa yang terjadi kepada awak selama ini? Saya cuba menghubungi awak tetapi- "

" Maaf, tetapi saya tak kenal awak. Saya minta diri. " Hana terus meneruskan langkahnya ke kedai serbaneka.

Dengan segera Chanwoo memegang tangan Hana.

" Kenapa.. kenapa awak lupakan saya? Adakah awak bencikan saya? "

" Tolong lepaskan saya. Saya.. tak kenal awak. Jangan ganggu saya lagi dan saya pasti kita tak pernah berjumpa. " Hana meloloskan dirinya daripada Chanwoo lalu mempercepatkan langkahnya menuju ke tempat destinasinya.

-----------------------------------------------------------

DING-DONG!

Bunyi loceng menandakan bahawa ada pembeli yang datang ke kedai itu.

" Pakcik Lin! " Hana menyapa pemilik kedai tersebut dengan ramah.

" Oh? Hana! Baru sahaja pakcik menyuruh cucu pakcik tadi pergi ke rumah kamu, " Pakcik Lin mula menimbang beberapa buah tembikai lalu memandang ke arah Hana yang sedang kebingungan. " Ibu bapa dia memberi banyak kuih dari negara Jepun jadi pakcik ingat yang nenek Hana suka akan kuih ini. Hm, tak lama lagi mungkin dia akan datang sini. "

" Siapa? "

" Ha, itu pun dia! Suho, mari sini. "

Hana segera memalingkan wajahnya ke arah budak lelaki yang agak sebaya dengannya.

" Kenapa? Siapa budak perempuan polkadot ini? "

" Hei! " Hana menunjukkan wajah bengisnya.

" Suho! " Pakcik Lin memandang dengan pandangan tajam ke arah cucu lelakinya itu.

" Maaflah Hana, dia cuma berasa kurang selesa dengan orang yang dia baru berjumpa. "

" Hm, tak apa pakcik. "

" Suho, kenalkan ini Lee Hana. "

" Hai! " Hana cuba untuk bermanis muka kepada Suho.

" Yoon Suho. Selamat tinggal. " Suho segera mencapai PSP kepunyaannya lalu berlalu dari situ.

Pada ketika itu Hana cuba untuk tidak meledaskan gunung berapinya.

" Pakcik Lin, ini senarai barang yang nenek pesan tadi. " Hana mengalih topik

" Okey, tunggu sekejap. "

------------------------------------------------------------

Pada malam itu, Hana bermimpi akan seseorang yang amat dia rindu.

" Hana, nanti kita pergi ke kedai bakeri sama-sama! "

" Hana, pesta bunga api dah nak dekat.. jom pergi bersama-sama! "

" Hana.. "

" Hana, saya suk- "

KTANG KTANG KTANG KTANG

" Lee Hana! Bangun! Lewat dah ni ke sekolah! " Bebel neneknya sambil memegang kuali dan senduk.

" Ya, ya.. "

Hana merenung ke arah luar jendela buat seketika.

" Siapa.. tadi? " Hatinya terasa sebak setiap kali Hana bermimpi akan peristiwa tadi.

Kelihatan ramai pelajar sedang berpusu-pusu masuk ke dalam perkarangan sekolah.

" Wah, musim bunga memang seronok! Cantiknya kelopak bunga ni! " Hana berdiri di hadapan sebuah pokok sakura.

" Polkadot, tolong ke tepi. "

" Maaf, sa- " Hana memalingkan wajahnya.

" Huh?! Budak sombong semalam! Ergh, adakah aku sama sekolah dengannya?! " Getus hati kecil Hana.

" Huh! " Suho bersikap dingin lalu menjeling Hana.

" Eh? Dia boleh saja guna jalan yang lain tadi! Ish! " Hana menghentak kakinya dengan perasaan geram

KRIIINGGGGGG !!

" Hana. "

" Jang Wonho? A-apa awak buat di sini? "

" Hana, aku dan Minji akan 'selamatkan' tempat duduk kau, jangan lewat sangat nanti roti kari habis! " Rakan baik Hana mengerdipkan mata seakan-akan dia tahu bahawa Jang Wonho bakal meluahkan perasaannya kepada Hana.

" Hm, okey! " Walaupun Hana tidak faham akan isyarat rakannya itu, dia tetap senyum sahaja.

" Wonho, ada apa ya? " Hana mengalihkan pandangannya ke arah Wonho.

" Saya tak suka awak. "

" Eh? "

" Mak-maksud sa-saya ialah saya tak suka tengok awak dengan lelaki lain dan...dan... maaf! "

" Huh? Wonho- "

" Saya berasa sungguh gementar sekarang, " Wonho menghelakan nafasnya buat seketika sebelum memulakan percakapannya.

" Saya suka dekat awak, Lee Hana. "

Ini...ini kali pertama Hana berasa yang akhirnya ada seseorang meluahkan perasaannya kepada Hana.

" Wonho, saya.. "

" Tak, tak apa... saya tak kisah berapa lama awak nak fikir- "

Hana memegang tangan Wonho.

" Saya terima awak! Eh? Maaf, saya.. akan cuba untuk bercinta dengan awak. " Hana berasa sungguh teruja.

" Eh? Cepatnya! " Getus hati kecil Wonho.

" Okey, terima kasih. Jadi maksudnya kita.. "

" Couple! Okey, selamat tinggal. Nanti kita balik sama-sama okey? " Hana berasa tidak sabar hendak memberitahu kepada rakannya.

" Okey. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience