Chap. 15 Housemate

Drama Series 2209

" Suho.. " Suara Hana kedengaran sangat lemah tatkala dia terdengar derapan tapak kaki menghampirinya.

" Huh, jadi awak masih fikirkan tentang lelaki itu dalam keadaan macam ini? "

CHANWOO?!

" Saya beri awak masa tiga hari untuk fikirkan hal ini. Saya akan tunggu awak di Sungai Han. " Chanwoo mencium dahi Hana yang terkulai lemah itu lalu melangkah pergi.

" Gila! Aku tak ingin dengan kau! " Hana meninggikan suaranya.

" Hahahahahahah! " Kedengaran suara Chanwoo ketawa jahat lalu senyum sinis kepada Hana.

" Oh ya, awak nak bersama dengan saya dan Suho selamat atau awak nak Suho mati dengan awak sekali? Tiktoktiktok. " Ulas Chanwoo sebelum dia melangkah keluar.

" Aku tak tahu pun yang Chanwoo.. Chanwoo yang aku kenal.. macam ini.. "

Di Memorial Hospital [3 JAM KEMUDIAN]

" Kau telah memilih jalan ini! Jangan menyesal! "

" Ack! "

" Suho! "

TUT TUT TUT TUT TUT TUT

" Hana? " Suho yang berdiri di sisi Hana di sebelah katilnya bersama cemas tatkala melihat Hana berpeluh.

" Suho? " Mata Hana masih kuyu. Dia menggosok beberapa kali matanya.

" Nasib baik awak tak apa-apa. " Suho menghembus nafas lega.

" Apa.. apa yang terjadi? "

" Semasa api semakin marak di rumah awak, jiran-jiran awak terus menelefon pihak bomba lalu cuba untuk memadam api itu. Ketika itu saya baru sahaja sampai dan terus meluru ke dalam rumah awak. Akhirnya saya terjumpa awak sedang pengsan di bahagian dapur. "

" Oh... " Hana masih teringat akan mimpi yang dialaminya sebentar tadi.

" Adakah awak tahu siapa punya angkara ni? "

" Er.. "

" SUHO AKAN MATI! " Kata-kata Chanwoo telah memberi impak terhadap Hana lalu dia hanya memandang Suho.

" Tadi.. saya hanya nak praktis cara-cara menyelamatkan diri daripada kebakaran. Jadi.. saya cuma nyalakan api yang kecil sahaja. Tak sangka yang apinya boleh merebak dengan cepat. "

" Praktis? Di dalam rumah? Lepas tu kenapa awak kuncikan seluruh pintu dan tingkap rumah awak kalau awak dah tahu impaknya? "

" Er.. itu.. ha! Saya cuma nak praktis dalam simulasi yang sebenar! Maafkan saya sebab menyusahkan orang ramai termasuk awak. "

" Tak apa, yang penting awak selamat. " Suho terus memeluk Hana. Dia berasa sungguh cemas jika berlaku kejadian yang tidak diingini kepada Hana.

" Er.. boleh tolong lepaskan saya? " Hana berasa gemuruh dan malu apabila Suho memeluknya.

" Maaf, " Wajah Suho berwarna kemerah-merahan. " Oh ya, awak tak boleh tinggal di rumah awak buat sementara waktu. Jadi.. mak saya mempelawa awak untuk tinggal bersama dengan kami. "

" Terima kasih tapi saya rasa saya akan menyusahkan keluarga awak. Lebih baik saya tinggal di hotel. "

" Tapi perbelanjaannya.. lebih mahal. "

" Erm.. "

" Macam ni lah, saya akan hubungi rakan saya dan dia ada membuat bisnes untuk membaik pulih semula rumah. Buat sementara waktu ni awak tinggal sahaja di rumah saya dan mak saya. "

" Terima kasih. "

----------------------------------------------------------

" Semuanya 10 000 won (RM 36.07). "

" Nah. "

" Terima kasih, sila datang lagi. "

" Hei! "

HUH?!

Tiba-tiba seseorang menepuk bahu Chanwoo dari belakang.

" Ji Chanwoo, ke mana kau nak lari lagi? "

" Huh?! "

" Jangan nak buat-buat tak tahu, sudah 3 bulan kau belum menjelaskan hutang kau! "

" Aku.. aku sibuklah! " Chanwoo cuba berdolak-dalih.

" Hm, seminggu. "

" Hah? "

" Aku beri kau tempoh seminggu untuk langsaikan hutang itu! Kalau tak, perempuan ni.. aku ambil! " Lelaki itu menunjukkan foto Hana di dalam telefonnya.

" Kau jangan apa-apa kan dia! " Chanwoo menunjukkan muka bengis.

" Boleh, kalau kau bayar! " Ujar lelaki itu sebelum meninggalkan Chanwoo di hadapan kedai serbaneka itu.

" Argh! " Chanwoo melepaskan amarahnya terhadap tong sampah di tepi kedai itu.

SREEEKKKKK

Kereta yang dipandu oleh Suho berhenti di depan rumah Hana.

" Saya rasa.. pakaian saya masih okey lagi rasanya? "

" Adakah awak tak nak beli yang baharu? "

" Baiklah, saya akan temankan awak. "

" Okey. "

Semasa Suho dan Hana sedang menaiki anak tangga, tiba-tiba Hana terpijak sebingkai foto lalu dia mengambilnya.

" Suho.. inilah ibu bapa saya. "

" Hm? Cantiknya mak awak. "

" Ya. "

" Di mana mereka sekarang? "

" Mereka.. dah meninggal semasa saya berumur 15 tahun akibat kemalangan di jalan raya. Selepas itu, saya dijaga oleh nenek saya sehingga saya mula bekerja dan hidup berseorangan di bandar ini. "

" Maaf.. " Suho berasa serba salah.

" Tak apa, saya dah maju ke hadapan. Okey, jum ke bilik saya! "

" Okey. "

Hana memulas tombol pintu dan dia berasa terkejut bahawa di dalam biliknya cuma terdapat sedikit sahaja yang dijilat api. Almari pakaiannya masih berada di dalam keadaan elok. Bingkas dia bangun lalu mencapai beg dan mengisikan beg itu dengan pakaiannya.

" Erm.. yang ni.. " Suho cuba mengambil sebuah patung besar milik Hana di atas lantai.

" Saya nak membawa Popo juga! "

" Popo? Pft- "

" Hei, comel apa nama dia? "

" Ya, ya. " Gelak Suho masih tersisa.

15 MINIT KEMUDIAN [DI RUMAH SUHO]

DINGDONG~

" Oh Hana! Masuklah! " Pelawa mak Suho dengan mesra.

" Terima kasih makcik. " Hana berasa kekok.

" Jom, makcik bawakan kamu ke bilik tidur! Suho, tolong bawa semua bagasi Hana ke biliknya! "

" Eh tak apa makcik, saya boleh angkat sendiri! "

" Tak apa, Hana ialah tetamu kami! "

Hana hanya tersenyum kepada Suho dan maknya.

------------------------------------------------------------

TOKTOKTOK

" Hana, Suho ni. "

" Masuklah. "

" Makan malam dah siap, mak saya panggil awak. "

" Oh? Terima kasih banyak-banyak! Maaf sebab menyusahkan! "

" Tak apa, lagipun kami yang ingin menghulurkan bantuan. " Suho mengusap kepala Hana dengan lembut.

Hana memandang Suho dengan serius. " Kenapa.. dia berbeza daripada lelaki yang aku kenal? "

" Ehem! " Tiba-tiba mak Suho muncul memecahkan suasana yang agak mendebarkan hati sebentar tadi.

" Oh! Hm, jangan lupa makan ubat yang saya preskripsi tadi! " Suho cuba menukar topik.

" Ba-baiklah. " Hana faham dengan isyarat yang cuba disampaikan oleh Suho lalu berlalu pergi ke ruangan makan.

Mak Suho melihat Hana berlalu pergi lalu memandang anak lelakinya kembali. " Kalau suka, luahkan sahajalah. "

" Tak semudah itu. Peritnya jiwa kalau ditolak begitu sahaja. Eh kejap! Macam mana.. "

" Mak boleh tengok cara kamu memandangnya. Lain! Pandangan terhadap seorang rakan dan seseorang yang kita suka.. sungguh berbeza. Rindunya zaman dulu.

" Saya pun berasa rindu terhadap ayah. "

" Ya, eh! Kesian Hana keseorangan di bawah.. jom pergi. "

" Hahaha, okey. " Suho tersenyum saat teringat akan reaksi Hana sebentar tadi.

" COMELNYA! " Getus hati kecil Suho.

Semasa mereka sedang menikmati jamuan yang terhidang, mak Suho memulakan perbicaraan kepada Hana.

" Erm, Hana. "

" Ya? "

" Adakah kamu sudah mempunyai teman lelaki? "

Nak tersembur air yang sedang diminum oleh Hana pada ketika itu. " Saya.. saya masih bujang. "

" Oh, baguslah. " Mak Suho mengerling ke arah anak lelakinya.

Kemudian mereka bertiga pun berbual-bual dengan lama di meja makan. Pada ketika itu, buat pertama kalinya setelah sekian lama Hana merasai seperti kehadiran keluarga di dalam hidupnya. Dia sangat merindui ibu bapanya dan neneknya yang berada di kawasan pedalaman.

" Tsktsk.. " Tanpa dia sedari, air matanya mengalir di tubir mata.

" Eh, kenapa awak menangis ni? " Suho berasa cemas.

" Adakah makanan ni tak sedap atau terlampau pedas? "

" Tak, saya cuma.. berasa gembira. " Hana senyum kepada Suho dan maknya.

" Hm? "

" Tak ada apa, dah jom sambung makan! " Hana tersenyum girang kepada mak Suho.

" Sedapnya sup ni! "

" Wah, isi ketam ini terasa lunak! "

Suho dan maknya hanya memandang gelagat Hana.

" Suho, makanlah. " Mak Suho menepuk bahu anaknya yang asyik memerhati tindak-tanduk Hana dari tadi.

" Okey. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience