Chap. 9 Confused

Drama Series 2209

Setelah aku berpisah dengan Chanwoo, entah mengapa kadang kala aku merindui Chanwoo juga. Bila aku tengah mengemas kini tetapan akaun aku beberapa buah gambar yang telah disiarkan di akaun milikku telah aku padamkan. Yang tinggal hanya sebagai kenangan.

Ya, akhirnya aku faham. Pada hari itu, aku telah menetapkan bahawa aku hanya berasa kesunyian tetapi sebenarnya aku suka dekat Chanwoo walaupun hanya secebis sahaja.

Hati aku terasa sakit. Sakitnya sebuah perpisahan tetapi aku sedar yang aku harus mengundurkan diri. Minda aku menidakkan hati aku yang menyatakan bahawa aku pun mulai menyayangi Chanwoo.

Entah mengapa pada hari itu aku tidak berasa menyesal tetapi pada hari ini aku merinduinya? Aku.. tidak memahami perasaan sebenar aku.

" Hei Hana, lama juga kau termenung? " Sookyung menepuk bahu aku.

" Hm.. sebenarnya.. aku tak faham akan perasaan aku sendiri. "

" Apa maksud kau? "

" Sekejap aku berasa yang aku okey kemudian aku berasa yang sebenarnya aku tak. Kau faham tak? "

" Kau ada masalah mental? "

" Hisy! " Aku mencubit lengan Sookyung.

" Hahaha, maaf aku bergurau saja tadi. "

----------------------------------------------------------

" Dr. Yoon, pukul 1 petang nanti ada seorang pesakit yang telah membuat temu janji dengan awak. "

" Oh baiklah terima kasih. " Suho berjalan mundar-mandir di dalam pejabatnya.

" Hana dah berpisah dengan Chanwoo tetapi mengapa.. mengapa matanya jelas kelihatan yang dia juga berasa sedih? "

" Kejap, kenapa aku yang bingung sekarang?! Urgh! "

Selepas tamat waktu bekerja

BEEP BEEP

" Ah, siapa pulang yang menelefon ni? " Suho segera melihat nama yang berada di skrin telefon.

" LEE HANA?! " Laju jari Suho menolak ke arah punat berwarna hijau.

Bila aku beri nombor telefon aku kepadanya? Atau aku yang terlupa?

" He-helo? "

" Suho, boleh tak saya nak minta tolong awak? "

Di WacDonald

" Jadi.. boleh tak saya nak bertanyakan sesuatu? "

" Silakan. "

" Saya rasa yang saya okey setelah berpisah dengan Chanwoo tetapi pada masa yang sama saya rasa kehilangan sesuatu yang berharga. Awak faham tak? "

" Er.. "

" Hm, tak apalah. "

" Eh, sebenarnya saya ada pendapat saya sendiri. "

" Apa? "

" Awak sebenarnya berasa okey bila awak berpisah dengan dia tetapi awak sebenarnya tidak ingin berasa kesunyian. Kejap, macam mana nak terangkan.. em.. "

" Hurm.. "

" Hana, sebenarnya awak cuma inginkan kasih sayang atau awak nak orang lain mencintai awak. Awak kata yang awak okey setelah berpisah dengan dia kan? Itu bermaksud, bagi awak.. Chanwoo hanyalah merupakan orang yang memberikan awak kasih sayang sebab awak sungguh dahagakannya. Awak cuma perlu mencari orang yang betul-betul mencintai awak seadanya dan bukan hanya tinggal sementara untuk memberikan itu sahaja. "

Aku berasa takjub. Wah, Suho memang bijak dalam hal ini.

" Hana, pernah tak terlintas dalam hati awak yang awak suka dekat Chanwoo? "

ZAPPP! SOALAN MAUT.

" Saya.. saya rasa yang.. saya pernah? Ya.. memang pernah. Bila saya tahu yang Chanwoo ni mampu memberikan kasih sayang kepada saya.. saya terus menaruhkan harapan kepadanya. "

" Adakah itu betul-betul dari sudut hati awak? "

" Ya. "

" Oh ya.. Hana, awak nak tak pergi ke mana-mana pada hujung minggu ini? "

" Saya rasa saya perlu menyemak jadual saya dahulu. Kenapa? "

" Rakan saya ingin membuat aktiviti perkhemahan selama 2 hari 1 malam. Jadi dia kata dekat saya yang saya boleh bawa beberapa orang kawan dan saya berhasrat untuk membawa awak juga. Sebab awak boleh ceriakan balik 'mood' awak. "

" Terima kasih dan saya akan mesej awak kalau saya ada masa lapang. "

" Okey. "

" Kejap, Hana.. di mana awak dapat nombor telefon saya? "

" Erm.. kebetulan? Saya pun tak ingat hahahaha. "

" Hm sukahatilah, apa-apa pun saya harap awak akan betul-betul gembira pada suatu ketika nanti.

" Terima kasih Suho, awak betul-betul banyak membantu saya. "

" Sama-sama. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience