Chap. 6 Hatred

Drama Series 2209

" Huh? Awak sanggup tinggalkan saya sebab lelaki tu?! "

" Maafkan saya, Jungwon. Saya.. dah lama suka dekat dia. "

" Hmph! Selamat tinggal! "

ERRRR, drama apa pula aku sedang tonton ni? Kenapa aku terasa seperti diperli?

Aku segera bingkas bangun dari sofa lalu menekan punat 'OFF' televisyen. Okay, it is time to sleep!

" ........................... "

" Urgh! Tak boleh nak tidurlah! "

" Aku.. masih terasa dengan kata-kata Suho tadi. Huh, padan mukanya! Hm, aku pun rasa dingin dengannya sekarang. Susah untuk aku nafikan yang aku betul-betul terasa tadi, "

" Adakah aku seperti perempuan murahan? "

Di rumah Suho

" Aku.. memang patut minta maaf dengannya. "

------------------------------------------------------

Pada keesokkan harinya

[Message]
Chanwoo: Selamat pagi..
Hana: Gd morning !!!! ;)
Chanwoo: Malam nanti kita jumpa dekat tempat biasa okey?
Hana: Okey.

Aku memandang skrin telefonku dengan perasaan kosong. Semasa aku sedang ralit melihat paparan pada skrin telefon, tiba-tiba aku terlanggar seseorang.

" Ah, maaf. "

" Tak apa.. "

" Su-Suho? "

Suho memandang aku.

" Ha...na Lee? "

Tanpa berkata apa-apa, Suho terlalu berlalu pergi dari situ.

" Uh.. adakah dia masih marah pasal hal semalam? "

Di Memorial Hospital

" Bodohnya aku! Kenapa aku tak boleh nak cakap 'minta maaf' tadi?! "

" Dr. Yoon! Ada pesakit di wad 3 bilik 14 meminta bantuan! "

" Okey, okey! '

--------------------------------------------------------

Semasa kami sedang berbual-bual, tiba-tiba salah seorang pekerja wanita di situ mengerang kesakitan.

" Chaelin, kenapa dengan awak ni? "

Aku memandang ke arah Chaelin seraya bingkas bangun dari tempat dudukku. Chaelin memandangku dengan resah.

" Hana, perut aku terasa sakit! " Dahi Chaelin berkerut.

" Baiklah, saya akan bawa awak ke hospital. Kejap ya! "

Di wad 3 bilik 14

Aku menunggu Chaelin diperiksa di ruang menunggu. Setelah beberapa minit kemudian Chaelin keluar dari bilik itu.

" Chaelin, adakah awak okey sekarang? "

" Saya okey, terima kasih. Hana, tadi ada seorang doktor nak berjumpa dengan penjaga saya tapi saya menyebut nama awak. "

" Oh okey. "

Aku terus berlalu dari situ.

" Cik ni penjaga kepada cik Son Chaelin kah? " Doktor itu bercakap dengan aku tanpa memandang ke arah aku. Dia sibuk mencatat di atas sehelai kertas berwarna biru.

" Ah, saya cuma.. rakan sekerjanya sahaja. "

" Okey. Sila isi nama awak di sini.. " Doktor itu memandangku. Aku memandangnya kembali.

" Suho? "

" Hana? "

Serentak kami berdua bersuara.

Oh ya, aku lupa yang dia pernah kata dekat aku bahawa dia bekerja sebagai seorang doktor di Memorial Hospital.

" Uh, saya.. "

" Maaf, jika tiada apa-apa lagi.. saya nak minta diri. Excuse me. "

Setelah mengisi nama aku pada borang itu, aku terus mengatur langkah meninggalkan Suho terpinga-pinga.

Sejak hari itu, aku sering mengelakkan diri daripada berjumpa dengan Suho. Entah mengapa.. aku sering terserempak dengannya di kedai makan, di jalan raya.. dan di hadapan rumah aku! Nasib baik di rumah aku dilengkapi dengan sistem pengawasan (CCTV).

Bukan apa, cuma aku malas hendak layan kritiknya lagi. Hati aku cukup sakit. Huh, perempuan murahan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience