Chap. 13 Nuisance

Drama Series 2209

TING!

" APA?! CHANWOO?! " Aku bermonolog.

" Dia.. dia nak berjumpa dengan aku sekarang? Em.. di Cafe XXX. "

Dengan segera aku bingkas bangun dari kerusi aku lalu berlalu ke arah Cafe XXX.

" Selamat datang, cik nak pesan apa? " Salah seorang pekerja di situ menyapa aku.

" Er, jus oren satu. "

" Baiklah. "

Aku melihat pelayan itu berlalu pergi ke dapur. Mata aku masih melilau mencari gerangan Chanwoo.

" Hana! "

Aku memalingkan muka aku ke belakang. Aku berlalu ke arahnya.

" Lama.. tak berjumpa. "

Itulah perkataan pertama yang diucapkan olehnya. Aku memandang sekali lagi.

" Er, awak apa khabar sekarang dengan... " Aku cuba mengalih topik.

" Saya dah.. berpisah.... "

" Oh.. " Kelu. Aku tidak tahu nak cakap apa.
" Jadi, kenapa awak nak berjumpa dengan saya pada hari ini? "

" Hana.. " Dia memegang tangan aku. Dia mengusap dengan lembut sambil memandang anak mata aku sedalam-dalamnya.

" Nah, ini pesanan cik. " Tiba-tiba pelayan meletakkan jus oren yang dipesan aku tadi di antara kami berdua. Aku terus mengalihkan tangan aku daripada Chanwoo.

" Okey, terima kasih. " Aku segera meminum air itu. Ah, segarnya! Tanpa aku sedari, Chanwoo memerhatikan perlakuan aku.

" Hana, saya nak bersama dengan awak semula. "

Pada ketika itu, dunia terasa seakan-akan berhenti. Benar. Memang itu yang aku inginkan dulu, tetapi bukan sekarang.

" Maafkan saya Chanwoo, saya.. saya dah.. saya dah lupakan awak. "

" Tapi kita sudah berjanji yang kita akan sentiasa bersama kalau bekas kekasih saya tu tiada. "

" Itu.. kisah silam. Mohon lupakan. "

" Hana, saya cintakan awak. Sanggup awak buat begini kepada saya? Saya.. saya sanggup menunggu awak. " Chanwoo cuba untuk mengusap pipi aku. Aku segera menepis tangannya.

" Ini duit untuk jus oren tadi. Tolong bayarkan untuk saya. " Aku mempercepatkan langkahku meninggalkan kafe itu.

" Huh, perempuan memang menyusahkan, " Chanwoo bermonolog.

" Hm, nampak gayanya permainan ini semakin menarik! Lee Hana.. hm, jangan harap kau akan terlepas daripada aku. "

KRIIIINGGGGGGG

" Oh? Akhirnya teman wanita kontrak saya memerlukan saya sekarang? " Suho sempat menyakat Hana sebelum Hana sempat berkata apa-apa.

" Er, sebenarnya.. saya nak minta tolong sikit. "

" Apa dia? "

" Okey, sebenarnya macam ini.. "

--------------------------------------------------------------

" Jadi ini rancangan awak sebenarnya? " Suho mengeluh.

" Ya! Sekejap sahaja! Em, setengah jam.. saya, nak bermain dengan kawan-kawan saya. Boleh? "

" Hm, setengah jam sahaja! " Suho terus memakai maskot Hello Minny yang berwarna merah jambu dihiasi renda-renda yang berwarna-warni.

" Okey, siap! Wah! " Mulut Hana terlopong.

Suho memandang aku dengan muka yang pasrah. " Saya tahu yang saya kelihatan sungguh hodoh sekarang kan? "

" Hm, taklah. " Aku terus mengambil beberapa foto.

" Hei! Padam balik foto itu! " Suho merampas telefon aku.

" Okey, okey nanti saya padam! Suho, awak nampak comel apabila awak memakai maskot itu! "

DUPDAPDUPDAPDUPDAP

Wajah Suho mulai berwarna kemerah-merahan.

" Ehem, " Suho berdeham seketika. " Okey, cepat pergi! Balik ke sini dalam masa setengah jam! "

" Okey! Nanti saya belanja awak makan aiskrim! "

" Aiskrim... " Suho bermonolog seketika kemudian dia teringat akan pujian yang dilontarkan oleh Hana tadi.

" Comel.. " Dia tertawa sendirian.

" Hei Hana.. adakah kau dah jumpa pengganti kau? "

" Dah! Dan dia kata cuma setengah jam sahaja. Jadi.. jom kita bermain sekarang! Seronoknya! "

" Jom! Kita nak main apa dulu?! "

" Em.. em.. ha! MegaBlock Coaster! " Hana memandang ke arah permainan Roller Coaster di taman tema itu.

" Okey! Jom! "

-----------------------------------------------------------

SATU JAM KEMUDIAN

" Suho, maafkan saya sebab lambat! " Hana menepuk bahu Suho yang sedang duduk di atas sebuah bangku dengan wajah yang muram.

" Hm.. "

" Er, nanti saya belanja awak makan malam? " Hana berasa serba salah.

" Hm.. "

" Baiklah, apa yang patut saya buat untuk tebus kesalahan saya? "

" Adakah awak pasti yang awak hendak lakukannya? "

" Er.. ya? "

" Okey, tutup mata. "

" Aku dapat rasakan nafasnya! Tak! Terlalu dekat! Terlalu..dekat! " Getus hati kecil Hana.

" Okey, dah. Sila buka mata sekarang. "

" Er.. apa yang berlaku tadi? "

Suho memberikan aku sebuah cermin. " Hukuman. "

" Awak.. awak tulis perkataan pelik-pelik di atas dahi saya?! " Hana mendengus geram.

" Ya, hahahahahahahahahaha! "

Hana berlari ke pili air yang berdekatan. " Hm, rosak mekap saya. "

" Tak payah nak jadi cantik sangat, awak bersiap cantik-cantik pun tiada siapa yang nak. " Selamba sahaja Suho menyakat Hana.

" Huh! Selamat tinggal! "

" Dia.. dia kata yang aku tak cantik?! Sampai hati! Yoon Suho! Maruah wanita aku dah tercalar! " Hana bermonolog sambil menghentakkan kakinya semasa berjalan.

" Hei, Hana! Awak kata yang awak berjanji nak belanja saya makan aiskrim? " Jerit Suho dari belakang.

" Hmph! " Suara Hana kedengaran bengis. Lalu dia menjelirkan lidah tanda mengejek Suho.

" Comel, " Suho tersenyum sendirian lalu dia berjalan mendekati Hana. " Hei, tunggulah saya! "

" Siapa lambat, dia takkan dapat aiskrim! Em, sedapnya makan seorang diri kan? " Sekali lagi Hana menyakat Suho.

Setelah itu, mereka berdua pun pulang ke rumah masing-masing.

" Oh ya, yang pasal tadi tu.. kenapa awak terima sahaja tawaran makcik tadi? " Suho memandang Hana.

" Dia cakap yang dia kekurangan pekerja pada hari ini. Jadi dia minta tolong saya untuk memberikan belon kepada kanak-kanak. "

" Jadi.. saya lah pengganti awak yang sepatutnya awak ialah pengganti kepada pekerja yang tidak hadir pada hari ini? GGWP. "

" Er.. haha..hm, maafkan saya sebab saya dah menyusahkan awak pada hari ini. "

" Tak apa, saya berasa seronok juga. "

" Baiklah, good night! "

" Gooood nightttttt! "

Hana terus memulas tombol pintunya, lalu menghempaskan dirinya ke atas katil yang empuk itu sambil mengimbau peristiwa sebentar sahaja tadi.

" Tadi tu.. aku ingatkan yang dia nak cium aku. " Hana mengusap bibirnya.

" Kejap, kenapa aku fikir macam tu sekarang?! Dia sendiri cakap yang aku tak cantik dan memang aku bukan IDEAL GIRL Suho. "

TING!

" Oh, cepatnya Suho mesej aku! "

Ternyata sangkaan Hana meleset sama sekali. Ji Chanwoo yang menghantar mesej kepada nya.

" Adakah awak sudah mempunyai teman lelaki yang baru? " Hana membaca mesej itu dengan kuat.

" Erm.. macam mana nak cakap pasal benda ni? Dia tu sebenarnya teman lelaki kontrak sahaja sebab ada salah faham hari itu dan kami berdua cuma kawan, malah dia cakap yang aku bukan wanita yang dia inginkan. Em, apa yang patut aku balas? Hm. "

5 MINIT KEMUDIAN

" Ha! Letak sajalah teman sekerja! Tapi.. teman sekerja apa yang hantar seorang wanita pada lewat malam macam ni? Itu lebih daripada teman sekerja mahupun rakan biasa! Dan dia ialah lelaki! Huh susahnya situasi ni! "

TING!

[On-Chat]
Chanwoo: Adakah awak nak rahsiakan hal ini daripada saya?
Chanwoo: Hana, awak dah tak ada apa-apa perasaan dekat saya lagi?
Chanwoo: Tolong balas mesej saya.
Hana: Maafkan saya Chanwoo, saya harap awak terima yang hubungan kita dah berakhir. Tolong lupakan pasal saya.
Hana: Memang mudah untuk saya katakan hal ini tetapi saya pun tengah melalui masa untuk melupakan awak.
Chanwoo: Tapi saya cintakan awak. Awak tahu pasal itu kan?
Hana: Chanwoo, maafkan saya.
Hana: Tolong berhenti menghantar mesej kepada saya pasal benda ini. Saya harap awak lebih bahagia dengan wanita lain.
Chanwoo: Yoon Suho.
Hana: Hah?
Chanwoo: Lelaki tu.. Yoon Suho kan?
Hana: Awak kenal dia?
Chanwoo: Entahlah.
Hana: Kejap, Chanwoo.. awak mengintip saya?
Chanwoo: Saya dah kata yang awak tak boleh lepas daripada saya.

Hana berasa ketakutan yang amat. Dia melihat keadaan di sekelilingnya.

" Ma-macam mana kalau dia pasang CCTV di dalam rumah aku? "

TING!

Chanwoo: Jumpa saya esok di Sungai Han jam 7 malam.

" Lelaki ni.. memang jenis tak faham bahasa? " Hana berasa muak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience