Chap. 24 My Feelings and Memories

Drama Series 2209

" Hana.. akhirnya awak dah ingat. "

Sebuah senyuman bak cahaya matahari yang menyinari kehidupan dihadiahkan kepada Hana.

" Chanwoo? A-apa awak buat di sini? Di manakah saya? Apa yang telah terjadi? " Hana mengerutkan dahinya.

1001 persoalan berlegar-legar di dalam benak fikirannya tetapi segala persoalannya hanyalah dibalas dengan senyuman.

KRINGGGGGGGGG

Hana lantas terjaga dari tidurnya.

" Mimpi apa tadi? Ingat? Siapa Chanwoo kepada aku sebenarnya? "

Kaki Hana diayunkan ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

--------------------------------------------------------

" Ba-banana, bab-bab, bananananana, let's power up-! "

TUD!

Hana tergelincir akibat terpijak sebuku sabun yang terjatuh disebabkan oleh tangannya yang turut serta menari lagu Power Up daripada kumpulan Korea Red Velvet.

Disebabkan kejadian tersebut kepala Hana terhantuk pada tiang pemegang tuala. Dia berasa pening buat seketika.

" Chanwoo, nanti kita pergi membeli aiskrim selepas saya tamat melakukan latihan bola tampar. "

" Okey! Oh, hm... ini komik yang awak nak pinjam pada hari itu. "

" Wah, terima kasih sangat-sangat! Okey, bye-bye! "

" Bye. "

Tidak lama kemudian muncul pula memori dia bersama dengan Suho.

" Polkadot, nama aku Yoon Suho. Ingat! "

" Hei, aku nak menjadi seorang doktor suatu hari nanti. Kau? "

" Hana, adakah kau mesti pergi juga? "

" Sebenarnya, aku... aku... "

" Aku suka dekat kau, Lee Hana. "

Pandangan Hana menjadi kelam.

----------------------------------------------------------

Selepas itu, Hana telah menyedarkan dirinya di hospital. Dia melihat Chaelin sedang memotong buah epal.

" Chae..lin? "

" Hana? Adakah kau okey? "

" Ya, rasanya.. hm.. macam mana- "

" Aku telah mengetuk pintu kau banyak kali tetapi tiada sahutan. Kemudian aku telah menelefon kau tapi kau tak jawab, malah, aku dapat mendengar bunyi deringan telefon kau di dalam bilik. Aku menggunakan kunci tambahan dan masuk ke bilik. Hm, aku jumpa kau tak sedarkan diri di dalam bilik air. Nasib baik ada sekuriti yang lalu-lalang tolong memapah kau ke dalam kereta aku. "

" Oh.. terima kasih. Sebenarnya aku terjatuh tadi dan.. "

" Dan..? "

" Aku.. macam ingat sesuatu yang penting tadi. Chanwoo... Suho. Yoon Suho.. "

" Dr. Yoon? Bekas kekasih kau? Kau.. ada kisah silam dengan mereka berdua? "

" Tak pasti, tapi.. aku dapat merasakan bahawa aku mempunyai hubungan yang istimewa dengan mereka berdua dahulu. "

" Hm, lebih baik kau berehat dahulu. "

" Okey, terima kasih Chaelin. "

" Sama-sama. "

--------------------------------------------------------

TOKTOK!

" Ma-masuk! "

KLAK!

" Hm? Siapa pula kali ini? " Hana duduk termangu mendengar derapan tapak kasut yang berjalan ke arahnya.

" Hana, adakah awak dah okey? "

SUHO?! Oh ya, dia kan.. doktor di sini. Mengapalah setiap kali aku sakit, aku kena dimasukkan ke dalam Hospital Memorial? Adakah sebab tempat tinggal aku dekat dengan Hospital Memorial?

Ah! Sekarang bukan masanya untuk merungut!

" Er.. saya okey. "

" Hm, kecederaan pada kepala awak hanyalah kecil sahaja. Tetapi, boleh saya tahu mengapa awak boleh terjatuh di dalam bilik air? "

" Saya... saya... terpijak.. sabun. "

" Oh, okey. Lain kali hati-hati! "

" Okey, maaf sebab membuatkan kamu semua risau. "

" Tak apa, yang penting awak selamat. " Suho membelai rambutnya.

Hana senyum kepada Suho.

" Suho? Er, boleh saya tanya sesuatu? "

" Silakan. "

" Adakah kita.. pernah berkenalan dahulu? "

ZAPP!

Suho membuntangkan matanya memandang Hana.

" Awak.. ingat? "

Huh? Ingat? Mengapa semua orang mengharapkan sesuatu daripada aku?

" Saya.. cuma tanya sahaja. "

" Kalau saya kata.. pernah? "

" Eh? "

" Tak apa, awak rehatlah dahulu. " Suho bingkas bangun dari katil Hana. Tetapi Hana menahan tangan Suho.

" Adakah.. pada waktu kecil.. awak.. pernah panggil seseorang.. 'Polkadot'? " Jantung Hana berdebar-debar.

Suho terdiam.

" Ya. "

" Yoon Suho... " Hana tersenyum.

" Mengapa awak tak bagitahu kepada saya? "

" Hana, saya ingatkan yang awak sudah melupakan saya. "

" Suho, sekarang.. penampilan awak dah banyak berubah. Doktor... cita-cita awak.. akhirnya tercapai. Tahniah! Walaupun saya agak lambat nak ucapkan. "

Suho lantas memeluk Hana.

" Terima kasih sebab masih ingat akan saya. "

" Suho? "

" Hm? "

" Adakah awak masih menunggu jawapan saya? "

" Jawapan? Oh... " Wajah Suho mulai kemerahan.

Mereka berdua meleraikan pelukan.

" Suho, walaupun saya rasa yang saya lewat membalas luahan awak dahulu. Sebenarnya saya... "

Jantung Suho berdegup dengan kencang.

" Kejap, aku belum bersedia! Macam mana kalau dia menolak?! Argh, malunya! " Suho bercakap dalam hati.

" Saya..s-saya.. " Tangan Hana terketar-ketar. Dia mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen dari beg tangannya.

' *Saranghae '

(*I love you)

Wajah Suho semakin berwarna kemerah-merahan lalu dia mengucup dahi Hana dengan lembut. Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain.

DUP-DAP-DUP-DAP

" A-awak nak..ber..CINTA dengan saya? " Dahi Suho mula berpeluh kerana ini merupakan kali pertama dalam hidupnya bahawa dia mempunyai hubungan yang istimewa.

" Hm? Hm... Tak! " Hana sengaja bermain-main dengannya.

Suho mula berasa tertekan kerana dia malu dan kecewa.

" Oh.. "

" Hah! Just kidding! Heheh, Suho.. saya.. terima. "

Suho kembali ceria.

" Jadi, apa panggilan yang patut kita guna sekarang? "

" Huh? "

" Macam... sayang, honey, ba- "

" Ew! Maaf, saya tak suka 'cliche' sangat! "

Setelah mendengar respon tersebut daripada Hana, Suho menghela nafas lega.

" Sebenarnya saya pun tak berapa selesa sangat dengan perkara macam itu. Sebenarnya kawan saya beritahu yang perempuan memang suka panggilan macam itu. "

" Er, sebenarnya ya. Tapi, saya masih menjinakkan diri dalam hubungan ini. Awak okey kan kalau kita 'slow-slow'? "

" Okey. " Sekali lagi Suho mengucup Hana tetapi pada bahagian pipi.

" Hei, 2 kali! "

" Maaf, saya berasa sungguh teruja sekarang. "

Hana tersenyum memandang Suho.

Meskipun Hana mempunyai hubungan istimewa pada masa silam atau tidak dengan Suho, dia tahu bahawa hatinya tetap memilih jejaka yang duduk di hadapannya.

-------------------------------------------------------

Sebenarnya selepas kemalangan yang mengakibatkan Hana hilang ingatan terhadap Chanwoo, dia telah berkenalan dengan Suho. Pada ketika itu, Suho berpakaian selekeh, rambut tidak terurus, tidak mudah bersosial dengan orang lain, dan berbadan kecil. Walaupun dia bertubuh kecil berbanding Hana, dia suka membuli Hana yang naif pada ketika itu atas alasan kepuasan dirinya. Tidak lama kemudian Hana telah berpindah untuk menyambung pelajarannya. Suho yang telah meluahkan perasannya kepada Hana di luar bas tidak sempat untuk Hana membalasnya kerana pada ketika itu bas sudah bergerak. Telefon Hana pula telah kehabisan bateri dan apabila hendak dicas, telefonnya terjatuh ke atas lantai. Simkad Hana telah terpatah dan menyebabkan dia hilang nombor Suho.

Apa-apa pun, takdir untuk mereka berdua bertemu telah ditetapkan. Suho mula menjaga penampilannya, ubah sikapnya, dan dia masih percaya bahawa Hana akan kembali kepadanya.

Suho... masih menunggu jawapan daripada Hana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience