Chap. 23 For You

Drama Series 2209

Chanwoo mengimbau kembali kenangan silam.

Chanwoo dan Hana tengah bersiar-siar pada waktu petang menggunakan sebuah basikal.

" Hana, tengok ni! Anak patung ini merupakan model terbaharu pada musim ini! Tapi harganya mahal hm. "

" Oh, hebat betul rekaan bentuk badannya! "

Chanwoo berhenti mengimbau kenangan itu lalu dia memandang ke arah kotak yang berwarna merah yang diberi oleh Hana. Dia terus membuka kotak tersebut.

" Wah! Grizzynacc! Sekarang anak patung ini jarang dijumpai! Ma-mana awak jumpa ni? " Chanwoo berasa teruja.

" Chanwoo, saya rasa anak patung ini sepatutnya sampai kepada awak dahulu sebab saya ada terjumpa sehelai kertas di atas kotak itu, " Hana berhenti seketika. " Saya percaya yang barang ini milik awak. "

" Adakah awak sudah ingat? "

" Ingat? Saya.. "

" Tak apa, " Chanwoo memeluk Hana. " Walaupun secebis, maksudnya awak masih ingat akan saya. "

Hana meleraikan pelukan itu.

" Saya harap awak tak paksa saya untuk ikut bersama awak. Tolonglah Chanwoo. Saya berjanji yang kita akan kekal berhubung tetapi bukan dengan cara ini. "

Chanwoo mendiamkan diri buat seketika.

" Saya pun dah memikirkan pasal perkara ini. Maafkan saya sebab saya bertindak agresif terhadap awak. Baru sekarang saya sedar yang perbuatan saya itu hanya membuatkan awak benci terhadap saya dan saya tidak mahu perkara sedemikian berlaku. Hana, mari kita mula semula. " Chanwoo menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Hana.

Hana senyum kepada Chanwoo lalu berjabat tangan dengannya.

" Terima kasih. "

----------------------------------------------------------

Kini, sudah tiba masanya untuk Hana berpindah ke rumah baharunya hasil bantuan Chaelin.

" Hana, kamu boleh melawat kami bila-bila masa sahaja. "

" Baiklah. " Hana menepuk bahu mak Suho.

" Hei, hm... kalau ada sesiapa yang mengganggu awak, panggil sahaja saya. " Suho membuat muka sedih.

" Haha, beres! "

DI APARTMENT XXX

" Fuh~ ! Penatnya! " Hana melabuhkan punggungnya di atas katil.

TING!

[On-Chat]
Suho: Perlukan bantuan?
Hana: Tak, saya kan kuat! Hehe..
Suho: Adakah awak nak tidur sekarang?
Hana: Ya, tapi awak tengah berbalas mesej dengan saya..jadi...
Suho: Oh, maaf! Tidurlah.. selamat malam!
Hana: Eh? Tak apa, saya masih belum mengantuk. Jadi, awak nak berbual tentang apa?
Suho: Hm, awak nak berbual tentang apa??

" Gyahh! Seriuslah lelaki ni memang penghancur CHATTING! "

Hana: Hm, gambar profil awak tu.. tentang apa?

10 MINIT BERLALU

" Ergh! Adakah aku salah cakap?! "

Hana: Maaf! Saya tak tahu yang benda tu sensitif!
Suho: Saya pergi ke bilik air tadi, maaflah.
Hana: Oh tak apa
Suho: Er, nanti saya beritahu awaklah. Selamat malam!
Hana: Selamat malam

" Urgh, tak mungkin aku akan beritahu dekat Hana yang dalam gambar tu merupakan gelang tangannya dahulu! "

Maka Suho pun mengimbas kembali memori dahulu.

Suho ternampak Hana sedang berjalan menuju ke kafeteria.

" Hei polkadot. "

" Huh? Nama saya Lee Hana. LEE. HANA. "

" Okey POLKADOT. "

" Hmph! "

" Itu.. gelang.. " Suho berhenti bersuara.

" Oh, saya jumpa gelang ni di bawah laci meja saya. Empunya tuannya saya tak tahu jadi saya menunggu pemilik gelang ini datang tapi pemiliknya tak pernah datang untuk mengambil gelang ini. Jadi, saya ambillah. "

" Oh.. "

Sebenarnya Suho merupakan pemilik gelang tangan berwarna coklat yang dihiasi kerang yang dijumpanya di pantai. Dia membuat gelang itu lalu memberikan gelang itu kepada Hana secara senyap-senyap.

" Kenapa? Adakah awak tahu siapa pemilik gelang ini? "

" Tak. "

Suho terus berhenti mengelamun mengimbau kenangan silam.

" Mengapa dia tak ingat pasal gelang ni? Dia.. tak ingat pasal aku? "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience