BAB 19

Drama Completed 979

“TAKUTLAH nak exam ni. Banyak lagi subjek tak cover." Keluh Rozalia .

“Tak apa. Ada lagi masa ni. Insya-Allah kita semua boleh score." Ujar Kila .

“Eh, siapa tu?” Rin yang berjalan paling hadapan terhenti apabila melihat seseorang ditarik oleh seorang lelaki.

“Eh, itu Affan lah!” Melora yang amat mengenali pengarang jantungnya itu pantas mengecam Affan .

“Dia tarik siapa tu? Astaghfirullahala’zim! Itu perempuan, kan?” Rozalia sudah mengucap panjang.

“Dia nak buat apa tu?” Tanya Kila curiga.

“Hah, itulah jantan hang suka sangat, kan Melora ? Itu dia nak buat benda tak baiklah tu!”

“Jom tengok weh!” Rin sudah berlari mengikut jejak Affan tadi.

Tiga rakannya itu juga turut mengikut langkah Rin. Mereka menyorok di belakang dinding dalam jarak tiga meter dari Affan .

“Affan !” Mereka mendengar suara perempuan yang diheret Affan tadi memekik.

“Hah, kan betul tu Affan !” Rozalia berbisik sebelum Rin menyikunya supaya senyap.

“Awak nak apa lagi ni?” Marah perempuan itu sambil menolak bahu Affan .

“Kejap, suara tu…” Kila mula mengesan sesuatu.

Affan memegang tangan perempuan yang menolaknya itu, “Emma , kau ni kenapa hah?”

Melopong empat sekawan itu mendengar nama yang disebut Affan dan mereka kemudian mula menyedari perempuan yang berada dengan Affan itu ialah rakan sebilik mereka sendiri.

“I… itu… itu A… Emma , kan?” Bisik Rin tergagap-gagap.

Affan merenung mata Emma , “Kenapa kau tiba-tiba berubah ni? Kenapa tiba-tiba kau kaitkan Melora ? Aku tak ada apa-apa dengan dialah! Dia cuma kawan. Itu aje!”

Melora tersentak apabila namanya tiba-tiba disebut. Lebih mengejutkan Affan sebenarnya hanyalah menganggapnya sebagai kawan. Adakah dia hanya bertepuk sebelah tangan? Tapi… apa kaitannya dengan Emma ni? Emma cemburukan dia dengan Affan ? Tapi kenapa Emma tak pernah beritahunya? Dan… apa sebenarnya hubungan mereka berdua?

Emma tersenyum sinis namun matanya sudah mula berkaca, “Hari-hari jumpa bergelak ketawa. Eh, saya sendiri nampaklah hari tu bukan main senyum lebar awak bila jumpa dia dekat MM hari tu! Kalau awak dah ada perempuan yang awak suka, awak lepaskan ajelah saya. Lupa ke janji kita dulu tu?”

“Pergi matilah dengan janji bodoh tu! Kau faham tak yang aku cintakan kau?!” Tengking Affan membuatkan Emma terdiam dengan rasa terkejut bercampur takut.

Affan menunduk untuk menenangkan dirinya seketika sebelum dia kembali memandang mata Emma . Lama dia merenung mata itu sebelum memegang lembut pipi gadis itu.

“Aku minta maaf tengking kau. Aku cuma nak kau tahu, senyum aku yang kau nampak tu adalah senyum kerana aku bahagia dapat jumpa kau. Kau tahu tak betapa gelisahnya aku bila tak nampak kau sehari? Betapa aku rindunya aku nak tengok muka kau setiap saat? Aku akui memang aku rapat dengan Melora tapi kalau kau tanya dia apa yang kitorang borakkan, kebanyakannya adalah pasal kau. Sekurang-kurangnya kalau aku tak nampak kau, biarlah aku tahu apa yang kau buat. Kau sihat ke tak? Kau happy ke tak?”

“Aku tahu yang aku dah larang kau cintakan aku. Tapi ini semua takdir Allah, Emma . Dia titipkan rasa cinta dia terhadap isteri aku sendiri. Aku dah jatuh cinta dekat isteri aku sendiri."

Emma terkesima. Affan tersenyum, “Aku tahu kau pun rasa benda yang sama, kan? Sebab tu kau marah dan cemburu. Betul tak?”

Emma tidak menjawab sebaliknya menunduk. Air matanya jatuh. Affan mengesat pipi Emma yang dibasahi air mata itu, “Jadi tolong jangan pernah minta lagi aku lepaskan kau sebab aku akan cintakan isteri aku ni sorang aje sampai mati.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience