BAB 3

Drama Completed 979

“MAMA, kenapa tak beritahu dia akan further study dekat matrik Perlis?” Soal Affan .

“Kamu tak pernah tanya." Jawab Datin Zabedah selamba.

Affan mengeluh, “Mama dengan papa memang sengaja aje, kan?”

Datin Zabedah tersenyum, “Memang itu salah satu sebabnya tapi sebab utama ialah papa kamu memang selalu sangat mimpikan orang tua Emma . Kesian papa selalu tidur tak lena. Sejak kamu dah bernikah dengan Emma barulah papa boleh lena tidur.”

Affan mendengus, “Alasan aje tu.”

“Nanti lepas kamu berdua habis study baru kita buat majlis besar-besaran ya? Bolehlah kita ajak saudara-mara, kawan-kawan papa, kawan-kawan kamu dan Emma …” Cadang Datin Zabedah .

“Alaaa, tak payah nak buat pun tak apa. Membazir aje pun. Entah-entah bukan bertahan lama pun hubungan kami ni. Dah kahwin pun bukan ada rasa apa pun." Ujar Affan tidak puas hati.

Datin Zabedah mengeluh, “Affan , janganlah cakap macam tu. Kamu terima ajelah Emma sebagai isteri kamu. Walau apapun kamu kata, kamu tetap dah sah sebagai suami dia. Mama harap bolehlah kamu belajar cintakan dia. Mama juga harap setahun di matrikulasi itu dapat mengajar kamu bukan setakat ilmu tetapi erti sebuah cinta. Cinta yang Halal.”
.
.
.
.
.
DIA bermain-main dengan cincin di jarinya. Sudah seminggu dia tidak bersua muka dengan Affan . Tak ada sekelumit perasaan rindu pun bertandang di hati.

Malah dia berasa lega kerana akhirnya dia berjaya juga lepas dari tanggungjawab seorang isteri. Ya, isteri. Dia sudah sah menjadi isteri kepada Affan dua bulan lalu.

Semuanya umpama mimpi. Dia teringat pada hari akad nikah mereka yang dijalankan secara tertutup dengan hanya dihadiri keluarga rapat sahaja. Suara Affan tatkala melafazkan ijab kabul masih terngiang-ngiang di telinganya namun pada waktu itu dia langsung tidak berasa apa-apa. Sedih pun tak. Takut pun tak. Teruja dan gembira jauh sekali!

Emma yakin perempuan yang bernikah secara ‘normal’ pastinya akan merasai pengalaman yang jauh lebih indah.

Namun walaupun mereka sudah sah sebagai suami isteri, semuanya bagai tiada apa yang jadi. Affan masih dengan egonya yang tidak mahu menerima kenyataan.

Emma pula masih menganggap perkahwinan mereka hanya sekadar mahu mengikut permintaan terakhir arwah mummy dan daddynya. Dia masih kecil sewaktu mummy dan daddynya meninggal dunia jadi sekurang-kurangnya dia dapat menunaikan permintaan daddy dan mummynya walaupun mereka sudah tiada.

Sewaktu dia mendaftar minggu lalu pun Affan tidak turut serta menghantarnya. Ketika mereka berangkat ke bumi Perlis ini Affan berkeras tidak mahu ikut dan beralasan sudah berjanji dengan rakannya walaupun Emma tahu Affan memang sengaja mahu mengelak daripadanya.

Di rumah pun jarang sekali mereka bersua muka walaupun tinggal sebilik kerana Affan kerap keluar dan pulang lewat. Puas sudah dibebel dan dimarahi oleh orang tuanya namun Affan masih berdegil menyebabkan Emma sendiri jarang dapat menemui lelaki itu jauh sekali mahu berbual.

Namun Emma tidak kisah. Dia sendiri selesa begitu dan mengandaikan majlis pernikahannya tidak pernah berlaku.

Di matrikulasi ini, Emma hanya memegang satu status saja, iaitu pelajar. Tiada seorang pun tahu bahawa dia berstatus isteri orang. Kini baginya dia sama saja seperti gadis lain yang baru mahu mengenal dunia luar.

Perjalanan hidupnya masih jauh. Isteri itu hanya dianggap satu status di atas kertas saja. Affan sendiri memberi keizinan untuk tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri malah membenarkannya untuk jatuh cinta pada mana-mana lelaki. Ada ke keizinan yang macam tu dari seorang suami?

“Hang duk menung apa tu? Teringat markah ka?” Tegur Arina atau mesra disapa Rin. Si gadis balik pulau yang sangat pekat utaranya.

“Tu cincin dekat jari tu entah-entah pakwe kasi kot. Eden tengok dari tadi ekau dok membelek cincin tu." Nurnadiah atau Nad yang berasal dari Negeri Sembilan pula menegur.

“Markah apa kebendanya. Aku mana ada pakwe. Cincin ni memang aku punyalah." Bidas Emma sambil menyambung mengemas meja studinya memandangkan mereka akan memulakan kelas pada keesokan harinya.

‘Dah sah-sahlah aku mana ada pakwe. Laki adalah!’ Bisik hati Emma .

“Melora ! Hang nak pilih meja mana?” Rozalia yang baru muncul sambil membawa stok makanannya memekik memanggil Melora .

Banyaknya lahai stok makanan budak ni. Untuk air aje dah berapa jenis. Coklat, biskut, dan segala macam snek. Duduk Kedah ajepun tapi stok makanan macam taknak balik!

“Kila nak tepi tingkap!” Kila yang berasal dari Johor pula tiba-tiba muncul sambil cepat-cepat meletakkan beberapa buah buku rujukannya.

Emma lihat ada buku rujukan Matematik Tambahan tingkatan 5 dibawa sama.

Mak aii… Budak ni simpan lagi ke buku sekolah dia? Aku punya buku sekolah semua dah selamat kena jual dengan tauke surat khabar lama tu!

“Aku nak duduk sebelah Kila lah." Melora yang turut membawa buku rujukan muncul. Melora merupakan satu-satunya pelajar jurusan sains di bilik mereka ini.

“Ish, korang ni bising betullah! Kitorang elok aje pilih tempat diam-diam." Omel Emma sengaja mengusik.

“Eh, hello! Biarlah kitorang bising. Lebih mesra gitu. Kitorang tak pendiam macam hangpa." Melora si anak jati Kedah membalas.

“Kang aku bising tak boleh berhenti jangan korang menyesal pula." Ugut Emma .

“Dah… Dah… Asyik bergaduh aje. Sekarang siapa yang matured?” Kila tiba-tiba menyampuk.

“Tapi apapun Rin lah paling matured, Kila ." Rin pula menambah.

Mereka berenam kemudiannya terus bergurau dan bergelak ketawa sambil mengemas barang-barang mereka. Seminggu orientasi menyebabkan mereka tiada masa untuk mengemas barang-barang mereka. Mujur sudah selesai semuanya malah esok mereka akan memulakan kelas.

Emma amat bersyukur kerana rakan-rakan sebiliknya mudah mesra dan sekepala. Semoga sepanjang setahun dia di matrikulasi ini, dia berharap semoga semuanya akan dipermudahkan jalan oleh Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience