BAB 27

Drama Completed 979

MUJUR sempat Emma pulang ke bilik sebelum Kila berangkat pulang.

Disebabkan rahsianya juga sudah bocor dengan rakan-rakan sekelasnya terpaksalah dia dan Affan menerangkan dari A sehingga Z apa yang terjadi sebenarnya.

Dahsyat juga dia kena maki dengan rakan-rakan sekelasnya itu. Bukanlah makian dari segi yang boleh mencetuskan pergaduhan tapi lebih kepada kata-kata tidak puas hati mereka kerana selama ini mereka tidak diberitahu perkara sebenar.

Afiq : Gila tak sangka korang ni suami isteri.

Firdaus : Selama ni suka bergaduh aje macam anjing dengan kucing.

Syakila : Emma , I rasa nak pijak you okay!

Faten : Hati kau keras, Emma .

Marina : Terkejut beruk aku bila tau hangpa rupanya suami isteri!

Alia : Dah kahwin bukan reti nak habaq!

Nina : Ni yang rasa nak maki dan cerca orang ni!

Wei Xin : Hayyyaaa... Jahatlah you dua orang! Tipu sama kita orang!

Suraya : Korang dah terpengaruh cerita Korea banyak sangatlah ni!

Walaupun pelbagai ugutan dan makian diterima namun Emma dan Affan bersyukur apabila rakan-rakan mereka itu menerima secara terbuka alasan mereka dan memahami situasi mereka selepas mendengar penerangannya.
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience