BAB 23

Drama Completed 979

“ALAAA... Janganlah marah sangat! Nasib baik saya dapat cover tau. Kalau sampai kantoi tak ke naya? Ingat tau kita ni nak final exam. Roommates awak tahu boleh cover lagi. Kalau classmate ni bukan tak boleh percaya tapi risiko dia lebih tinggi sebab classmates ni lagi ramai." Pujuk Affan dari hujung talian.

“Yalah tapi awak buat macam tu tadi malu saya tau!” Ujar Emma tidak puas hati.

“Masa tu spontan ajelah. Saya tak tahu nak cover macam mana dah. Jadi terpaksalah saya buat macam tu."

“Yalah tu. Habis kempunan saya nak Justea tau!” Emma mencebik sambil bermain-main dengan penyepit baju di ampaian.

“Okay. Lepas ni saya belikan awak sedozen air Justea tu, ya?” Pujuk Affan lagi.

“Dahlah. Sampai habis exam saya tak nak jumpa awak!” Rajuk Emma .

“Alaaa... Janganlah macam ni! Saya mana boleh hidup tanpa tengok muka isteri saya ni. Rindu 3 juta peratus tau!”

“Hah, pandailah tu nak mengayat! Tak ada. Sampai habis exam, saya nak buat peraturan kita tak boleh jumpa. Call pun tak boleh. Apa-apa hal whatsapp or wechat or text only. Faham?” Emma membuat keputusan.

“Takkan awak marah sangat sampai macam ni. Saya minta maaf dah kan?”

“Ini bukan soal tadi tu. Tapi kita ni kan nak exam. Kalau kita asyik habis masa berjumpa, bergayut macam ni bilanya nak study. Lagi beberapa hari kita nak exam lepas tu kita habis matrik boleh jumpa hari-hari, kan?” Jelas Emma .

“Haaah, kan? Tiap-tiap pagi nampak muka awak dulu. Wah, seronoknya! Boleh dapat morning kiss tak?”

Emma ketawa kecil, “Eee… Gatal! Dahlah. Ingat peraturan ni tau. Kita tak boleh berjumpa dan bergayut macam ni untuk masa beberapa minggu ni. Kalau texting pun tak boleh lama-lama. Saya nak fokus belajar. Awak juga nak kita sama universiti nanti, kan? Awak tu lainlah cerita. Memang dah tersedia lebih bijak bestari.”

“Well. Nama pun husband. Kenalah lebih dari isteri. Hmm… Yalah. Tapi saya nak buat satu permintaan boleh sebelum kita dikuarantinkan tak boleh bergayut dan berjumpa lagi?”

“Apa dia?”

“Can you… Call me… Abang?”

Wajah Emma tiba-tiba terasa panas, “Hah?”

“Errr... Saya teringin nak dengar awak panggil saya ‘abang’. Yalah. Macam other married couple buat.” Ujar Affan malu-malu.

Emma tersenyum, “Yalah…. Abang.”

“Wahhh! Bahagianya saya dengar! Ini yang semangat nak study ni!” Affan jelas bernada teruja dari hujung talian.

Emma ketawa, “Hah, puas dah kan? Sekarang abang pergi study, ya? Saya pun nak study ni!”

“Okay! Assalamualaikum, sayang.”

Emma tersenyum malu, “Waalaikumussalam, abang.”

Emma memerhatikan telefon sebelum ketawa kecil sendiri. Namun tiba-tiba kedengaran suara orang berdehem yang kuat dari dalam bilik.

Apabila Emma menoleh, rakan-rakan sebiliknya sedang berdiri di tingkap dari dalam bilik sambil menghadapnya.

“Oi, orang kat luaq!” Tegur Rozalia .

“Tak reti-reti masuk dalam kaa?” Tegur Melora pula.

“Bukan main lama dok gayut." Rin pula menyampuk.

“Exam minggu depan aje ni." Kila pula menyambung.

Emma tergelak melihat kawan-kawannya itu, “Yalah! Orang nak masuk dah ni!”
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience