BAB 15

Drama Completed 979

“EH, itu Affan kan?” Ujar Rin sambil menunjuk ke arah dalam Mini Market. Menjadi tabiat mereka setiap malam ahad selepas makan malam mereka berlima akan merayap ke bakeri yang terletak di sebelah Mini Market untuk membeli aiskrim.

“Hah, Affan ?” Melora mula teruja.

“Eee… Gediklah hang ni!” Rozalia tidak senang melihat kelakuan Melora itu.

“Biarlah. Kila , jom masuk MM." Melora menarik tangan Kila . Kila yang berbadan kecil itu terpaksa menurut. Sedih mukanya bila niat asal mahu membeli aiskrim di bakeri tidak kesampaian.

Dari jauh, Emma , Rin dan Rozalia dapat melihat Melora berpura-pura menarik perhatian Affan dan Affan kemudiannya menegur Melora . Melora ada menunjuk ke arah mereka bertiga yang berada di luar Mini Market itu.

Mata Emma dan Affan bertembung tatkala Affan memandang mereka namun kemudian Affan kembali berbual rancak dengan Melora . Kila yang menjadi mangsa melangkah keluar kembali dari Mini Market itu.

“Bukan main seronok Melora tu bila nampak Affan . Sampai Kila pun dia lupa.” Cerita Kila bengang.

“Depa cerita apa?” Tanya Rin.

“Entah. Melora yang banyak lebih bercerita yang kita ni baru lepas makanlah. Tadi kita semua makan apalah. Itupun bukan main seronok budak Affan tu mendengar." Cerita Kila .

“Aku tak suka betullah dengan jantan tu." Rozalia yang memang anti lelaki menyampuk.

“Alaaa, biarlah diorang tu. Aku nak baliklah!” Emma yang tidak tahan rasa cemburu melangkah pergi.

“Eh, hang nak pi mana? Tak nak beli aiskrim ka?” Tanya Rin.

“Malas."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience