BAB 9

Drama Completed 979

“GUYS, I want each of you masuk group girls. Girls ada six group so each of you get into each group. I dah serik nak bagi you all satu group. Gerak sekarang!” Arah Madam Chan tegas.

Pelajar-pelajar lelaki dengan muka seposen gara-gara kena marah lambat-lambat bangun dan memilih kumpulan. Salah mereka jua ketika tugasan sebelum ini mereka buat sambil lewa sehingga menaikkan darah pensyarah mereka. Nasiblah…

“The Mockingjay, may I join you girls?”

Emma mengangkat muka tatkala Affan menegur.

Rakan satu kumpulannya yang diberi nama The Mockingjay dan dianggotai oleh Emma , Nina, Syakila , Faten dan Marina turut terkejut namun lebih kepada terkejut gembira.

“Boleh! Boleh!” Setuju Nina.

“Duduklah!” Pelawa Faten.

“Alaaa! Aku baru nak join group diorang." Ujar Afiq tidak berpuas hati.

“Weh, Affan ! Aku dah chop Mockingjay.” Haziq pula menyampuk.

“Eh, eh! Jangan nak bergaduh. Affan yang datang dulu. So kitorang pilih dia.” Syakila membuat keputusan membuatkan Afiq dan Haziq beredar dengan hampa.

Mereka tahu bahawa pelajar lelaki berebut mahu sekumpulan dengan mereka kerana kumpulan mereka berjaya menjadi kumpulan terbaik pada tugasan lepas. Pasti mereka menyangka jika berada bersama kumpulan ini pasti mereka juga mudah untuk menang selepas ini.

“Affan , any idea tambahan?” Tanya Syakila meminta pendapat selepas diberi penerangan oleh Madam Chan bahawa mereka perlu membuat presentation dengan mempromosi barang atau perkhidmatan hasil syarikat mereka.

“Err… Aku ikut korang ajelah." Ujar Affan sambil tersenyum.

“Teacher suruh buat video sekali, kan?” Tanya Marina.

“Tak apa. I’ll handle it." Celah Emma .

“Okay. Emma memang terror bab-bab komputer ni. Jadi…”

“Aku tolong kau." Sampuk Affan tiba-tiba menghentikan kata-kata Nina.

Emma berkerut kening tidak berpuas hati. Sibuklah dia ni!

“Betul kau boleh?” Tanya Faten.

Affan mengangguk, “Tak lelakilah kalau tak tahu bab-bab komputer!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience