BAB 1

Drama Completed 979

“APA KAHWIN?!”

“Nih? Dengan dia ni?” Soal lelaki di hadapan Emma sambil menuding jari ke arahnya.

“Eeew simpang malaikat 44!!” Balas Emma .

“Ey, kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau?” Marah lelaki itu sebelum kembali memandang papanya, “Papa, apa semua ni? Kenapa Affan kena kahwin dengan Emma tiba-tiba ni? Dalam waktu terdekat ni pulak tu!”

“Lagi beberapa bulan Emma akan further study. Kamu pula akan…”

“Shhh! Tak payahlah papa sebut. Affan ahamlah!”

“Jadi, papa tak nak nanti kamu berdua jatuh cinta dengan orang lain pula. Sebagai langkah keselamatan, baik papa nikahkan dulu. Jadi tak ada sebab untuk kamu berdua nak bercinta dengan orang lain." Terang Dato’ Midon .

“What?! Apa benda ni, pa? Tak ada ribut tak taufan kenapa mesti kami dijodohkan ni? Dengan Emma pulak tu!” Affan tak puas hati.

“Uncle, kenapa Emma kena kahwin dengan Affan ? Kalau Affan nak dijodohkan pun, Affan sepatutnya dijodohkan dengan pewaris mana-mana syarikat besar juga. Emma … cuma anak angkat keluarga ni aje." Sampuk Emma pula.

“Ada sebab kenapa kami ambil kamu sebagai anak angkat, Emma . Bukan sekadar kerana kamu ialah anak kepada rakan baik kami dan sebagai rakan sepermainan Affan ." Datin Zabedah memegang lembut bahu Emma .

“Maksudnya?” Soal Emma lagi.

Apa yang diterangkan kepadanya selama ini, tujuan dia diambil sebagai anak angkat dalam keluarga ini hanyalah sebagai teman untuk Affan yang merupakan anak tunggal. Dia juga pernah diceritakan bahawa hubungan arwah mummy daddy memang bersahabat baik dengan Dato’ Midon dan Datin Zabedah . Mummy daddynya meninggal dalam kemalangan sewaktu dia baru berusia 3 tahun. Selepas itu dia diambil sebagai anak angkat keluarga ini dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang sama seperti Affan .

Namun sebenarnya dia sendiri tak mengerti mengapa keluarga ini sanggup mengambil seorang anak perempuan sepertinya sebagai anak angkat dan teman untuk Affan sedangkan sudah terang apabila meningkat dewasa, hubungan mereka tetap bukan muhrim sehingga dia sendiri perlu menjaga aurat dan batas pergaulannya dengan Affan .

“Uncle harap kamu akan bertenang dengar penerangan kami ini, Emma .” Ujar Dato’ Midon lembut.

“Sebelum mummy dan daddy kamu kemalangan 15 tahun lalu, mereka ada berpesan kepada kami andai suatu masa nanti mereka tak sempat menjaga kamu, mereka minta kami yang jagakan kamu dan mereka berharap sangat yang Affan boleh jadi suami kamu supaya dia boleh menjaga kamu sebagai pengganti kami andai kami tiada pula nanti.”

Emma terpempan mendengar penjelasan Dato’ Midon . Datin Zabedah pula masih tetap mengusap bahunya bagi menenangkannya.

“Jadi kenapa Affan pula yang jadi mangsa dalam hal ni? Pa, Affan baru 19 tahun! I’ve a lot things to do but not to be a husband!” Bangkang Affan .

“Affan , papa minta maaf! Tapi papa terpaksa juga satukan kamu berdua secepat mungkin bagi mengelakkan kamu berdua jatuh cinta kepada orang lain pula."

“This is nonsense! Biarlah kami cari pasangan hidup kami sendiri. Tak payahlah nak jodohkan kami sedangkan kami tak nak!”

“Affan , please! Lately, papa selalu sangat mimpikan arwah mummy dan daddy Emma . Mungkin itu merupakan satu petunjuk yang kamu dan Emma perlu disatukan segera."

Affan tergelak sinis, “Semua ni tak masuk akal, pa! Merepek. Tolonglah jangan jadi kuno sangat.”

Affan kemudiannya mengangkat punggung dan melangkah ke muka pintu. Dato’ Midon memanggil anak tunggalnya itu, “Affan , nak pergi mana tu?”

“Affan nak keluar dari rumah ni. Orang dalam rumah ni semuanya nak menjahanamkan hidup Affan aje!” Affan sudah melangkah keluar dan menghempaskan pintu.

“Affan , jangan! Arghhhh!” Dato’ Midon tiba-tiba memegang bahagian kiri dadanya.

“Abang? Abang kenapa ni?” tanya Datin Zabedah risau. Emma terdiam di situ apabila tiba-tiba papa angkatnya itu rebah.

“Abang!!”
.
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience