BAB 20

Drama Completed 979

“HOI! Korang buat apa ni?!”

Emma dan Affan terkejut apabila tiba-tiba satu suara menyergah sebelum mereka disuluh dengan lampu suluh. Serentak itu kedengaran satu suara pula menjerit dari arah bertentangan.

“Siapa tu?!” Pekik lagi Encik Faizal, yang bertugas malam itu.

Tatkala cahaya lampu suluh itu berpindah ke arah suara yang menjerit itu Emma terkejut melihat empat orang yang amat dikenalinya sedang tersembam di situ.

“Korang…”
.
.
.
.
.
“JADI kamu berempat ni mengendap mereka berdua yang buat perangai tak senonoh inilah, ya? Dan Emma tu pula ialah roommate kamu semua?” Encik Faizal menyoal Kila , Rin, Rozalia dan Melora . Affan menjeling marah kepada Encik Faizal apabila dituduh sebegitu rupa.

Mereka berempat mengangguk tanpa berkata sepatah.

“Awak semua sepatutnya laporkan kepada felo bertugas! Bukannya seronok tengok free show!” Marah Encik Faizal.

Mereka berempat yang takut dimarahi itu hanya mendiamkan diri.

Encik Faizal memandang Emma dan Affan , "Kamu berdua ni tahu tak yang kamu berdua dah melanggar peraturan kolej ni? Bukan setakat peraturan kolej tapi peraturan Allah juga!"

Telinga Affan yang sudah bertukar merah itu tidak dapat menahan lagi tomahan yang dilempar ke arahnya, “Tak ada istilah melanggar peraturan Allah jika suami berjumpa dengan isterinya yang sah!”

Semua yang ada dalam bilik itu terbeliak mata mendengarnya. Emma pantas memegang lengan Affan , “Awak!"

“Is… isteri?” Soal Encik Faizal tidak percaya.

Empat rakan sebilik Emma itu juga kelihatan terkejut walaupun mereka sudah mengetahuinya tadi. Mungkin mereka mengandaikan telinga mereka bermasalah tadi tapi apabila Affan memekikkan benda yang sama maka terbuktilah telinga mereka masih berfungsi dengan baik selama ini.

“Awak bergurau ke? Mana boleh ada pelajar matrikulasi yang berkahwin! Ini melanggar peraturan yang sudah ditetapkan!” Ujar Encik Faizal tidak berpuas hati.

“Kami ada bukti sijil nikah yang sah dan saya boleh tunjukkan kepada encik nanti. Saya tahu kami salah tapi kami ada sebab sendiri. Kami dah bernikah sejak sebelum masuk matrikulasi lagi tapi selain keluarga terdekat tak ada siapa yang tahu. Encik Faizal boleh hubungi keluarga saya kalau tak percaya.” Ujar Affan .

Encik Faizal sudah terduduk kerana tidak percaya dengan apa didengarinya.

“Kami minta maaf. Kami tahu yang kami dah langgar peraturan tapi tak ada siapa pun yang tahu kami sudah berkahwin. Kami juga tak pernah buat apa-apa sebelum ni. Tolonglah jangan kenakan apa-apa tindakan kepada kami. Exam pun dah tinggal berapa bulan saja lagi. Benarkanlah kami habis pengajian di sini dahulu!” Rayu Emma .

“Saya kena berbincang dahulu dengan pihak atasan." Jawab Encik Faizal yang akhirnya membuka mulut sebelum melangkah ke mejanya untuk mengambil buku laporan.

“Encik Faizal, hujung minggu ni ada perlawanan persahabatan bola sepakkan?” Soal Affan tiba-tiba.

Kening Encik Faizal terangkat, “Ya. Jadi?”

“Saya ni salah seorang pemain pasukan kita. Kalau saya dikenakan tindakan macam mana dengan nasib pasukan kita?” Affan membuka cerita.

“Tapi perlawanan tu hanya perlawanan persahabatan aje, kan? Tak salah kalau awak digantikan dengan orang lain." Jawab Encik Faizal selamba.

“Memang ia cuma perlawanan persahabatan tapi game kali ni kami akan berlawan dengan pelajar dari luar negara dan ini game terakhir kami sebelum kami tamatkan pengajian. Saya dengar ada pihak media nak datang tengok. Jadi takkan pasukan kolej kita nak mempamerkan permainan yang hambar, kan? Malulah nama kolej kita. Lagipun sebenarnya, saya ialah kapten pasukan. Saya ada banyak strategi untuk dikongsikan tapi kalau Encik Faizal nak hantar nama saya dekat pihak atasan, berkemungkinan besar saya dikenakan tindakan dan menyebabkan saya tak dapat turun bermain.”

Encik Faizal terdiam.

Memang pasukan bola sepak mereka antara pasukan terkuat di antara kolej matrikulasi malah pengetua pun menyimpan harapan besar mereka berjaya memenangi perlawanan persahabatan yang menjadi perlawanan terakhir pelajar sesi ini.

Affan sudah tersenyum apabila Encik Faizal dengan kata-katanya.

Emma pula menoleh memandang rakan-rakan sebiliknya. Rozalia menjeling tajam ke arahnya. Rin tiba-tiba berubah minat terhadap dinding bilik itu dengan melarikan pandangan. Melora hanya menunduk memandang kaki. Kila pula memandangnya dengan pandangan kecewa sebelum beralih memandang tempat lain.

“Saya juga harap isteri saya dan rakan-rakannya tidak dikenakan apa-apa tindakan. Kami tahu kami salah. Kami mengaku. Tapi kami masih nak meneruskan pengajian di sini. Kami janji kami takkan timbul masalah dan akan dapatkan keputusan terbaik dan Encik Faizal takkan menyesal buat keputusan untuk melindungi kami." Janji Affan yakin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience