BAB 4

Drama Completed 979

“ESOK second-intake masukkan?” Rozalia bertanya.

“Haah. Cikgu Faizal tadi kata juga. Kan, Nad?” Rin meminta kepastian Nad yang sekelas dengannya.

Untung budak berdua ni. Dahlah sebilik. Lepas tu sekelas pula.

Emma mencabut earphone di telinganya. Dia berpusing menghadap rakan-rakannya. Penatlah dari tadi asyik buat kerja. Kerja tak pernah habis.

Pensyarah pula macam berlumba-lumba memberikan kerja. Hidup sebagai pelajar di matrikulasi ini membuatkan dia adakalanya langsung terlupa dengan status sebenarnya sebagai seorang isteri. Dia ada juga berbual melalui telefon dengan ibu mertuanya dan pernah sekali dua berbalas mesej dengan suaminya tapi hanyalah teguran ringkas dan Emma yakin itupun selepas dipaksa oleh Datin Zabedah .

Namun sejak dua tiga hari ini Affan tidak lagi menghubunginya dan dia langsung tidak ambil kisah malah lebih selesa begitu.

“Kalau ada budak baru masuk bilik kita macam mana?” Tanya Melora .

“Depan mak dia nanti kita layan dia baik-baik. Lepas mak dia balik kita buli! Hahahaha…” Emma berancangan jahat.

“Lepas tu kita bagi dia meja sebelah aku ni. Meja ni suis dia rosak." Sambung Nad.

“Jangan bagi dia pakai iron kita." Rin pula menambah sambil menunjuk seterika seludup yang dibawa Nad.

“Jahatlah korang ni! Kesianlah budak tu nanti." Ujar Kila walaupun dia juga sama-sama gelak apabila mereka membuat imaginasi andai ada budak baru masuk ke bilik mereka itu.

“Eh, tapi rasanya tak ada kot. Bilik kita dah full enam orang." Melora menyampuk.

“Tapi kalau tiba-tiba ada macam mana?” Tanya Emma .
“Kita tendang dia keluar.” Melora menjawab sebelum semuanya berdekah ketawa lagi.
.
.
.
.
.
“HARI ni budak second-intake dah start class kan?” Tanya Nina.

“Haah. Harap-haraplah ada yang handsome-handsome masuk kuliah kita ni ke… Kelas ke!” Syakila pula teruja mengharap.

“Hang ni galaklah!” Tegur Marina sebelum yang lainnya turut mengusik Syakila yang suka mencuci mata dengan lelaki bermuka kacak dan jambu.

Sudah menjadi kebiasaan mereka sementara menunggu pensyarah yang memberi kuliah masuk, mereka akan bergosip terlebih dahulu. Tak bagus betul untuk diikuti.

“Eh, itu budak baru ke?” Faten tiba-tiba menunjuk apabila seorang lelaki yang tidak pernah dilihat masuk ke dewan kuliah bersama-sama Afiq dan Firdaus yang merupakan rakan sekelas mereka.

“Haahlah. Macam tak pernah nampak aje.” Ujar Nina sambil memerhatikan pelajar itu.

“Mana? Tak nampaklah." Emma yang kedudukannya agak hujung tidak dapat melihat dengan jelas kerana dihalang oleh beberapa pelajar lelaki lain yang baru masuk. Pelajar baru itu kemudiannya terus duduk tanpa dapat Emma lihat wajahnya.

Tidak lama kemudian Pn. Afiqah, pensyarah matematik mereka masuk ke dalam kuliah menyebabkan semua pelajar mula memandang ke hadapan dan mula untuk fokus.

Namun Emma masih tidak tenang kerana dia merasakan seolah-olah mengenali pelajar baru itu.

“Ish, tak nampak jelaslah muka budak baru tu." Syakila berbisik. Dia hanya menyalin saja jawapan yang dipamer di hadapan tanpa mengisahkan penerangan pensyarah.

Emma yang sebelum ini menumpukan tumpuan sepenuhnya semasa kuliah juga hilang konsentrasinya dan turut kerap menjeling ke arah pelajar baru itu.

Selepas hampir 10 minit kuliah, pelajar itu menoleh ke belakang untuk memberikan kertas kedatangan kepada pelajar di barisan belakang.

“Oh myyy! Dia handsomelah!” Syakila berbisik teruja.

Pada waktu itulah jantung Emma nak tercabut keluar apabila lelaki itu rupa-rupanya ialah lelaki yang sangat dikenalinya.

Mati aku!
Apa dia buat dekat sini?
Macam mana dia boleh wujud dekat matrik ni?
Lebih dahsyat dalam kuliah aku ni?!
Janganlah dia sedar aku dalam ni!

Namun selepas tamatnya kuliah matematik, Emma terasa mahu menjerit histeria apabila Affan rupanya satu praktikum dengannya dan mereka akan bersatu ketika kelas bahasa inggeris.

Bulat mata Affan apabila menyedari Emma merupakan rakan sekelasnya. Emma hanya berpura-pura tidak menyedarinya.

Di kelas itu barulah Emma serta rakan-rakan sekelasnya tahu bahawa Affan sebenarnya ialah pelajar repeat yang gagal memperoleh standard result untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah.

Waktu itu barulah Emma mengerti mengapa Affan terkejut besar dulu saat dia memberitahu akan melanjutkan pelajaran di sini.

“Affan , I’ve never thought that I’ll be your english teacher again this year. Boring betullah I nak tengok muka you. You sedar tak yang you ni dah tua. I sayang budak-budak muda aje." Madam Chan berseloroh membuatkan satu kelas ketawa.

“Sampai hati teacher cakap macam tu. Sorryla teacher. I just miss you and this place. So sebab tu I ada lagi dekat sini." Balas Affan .

“Banyaklah you. Result macam tu memang patut pun kena repeat! Sekali I pelangkung nanti baru tau!” Ugut Madam Chan sambil sekali lagi seluruh kelas ketawa lagi.

“Tapi at least saya dapat A apa untuk english! Dua-dua sem pula tu. Nampak tak saya memang sayang teacher?” Ujar Affan membuatkan satu kelas berbunyi ‘woo’ dengan nada teruja.

Walaupun subjek english merupakan subjek yang kedengaran mudah untuk mendapat gred A tapi percayalah, di matrik subjek itu paling mudah untuk mendapat F! Sedangkan PT3 pun english susah nak dapat A!

“Hah, itu yang I pelik tak habis sampai sekarang! Orang lain dapat C, D, E, F untuk english tapi you dapat A. Subjek lain yang orang lain boleh petik jari dapat A you boleh fail! Apatah lagi dengan result SPM you tu memang orang expect tinggi tau." Ujar Madam Chan.

“Eh, kau dapat SPM berapa?” Sampuk Firdaus.

“SPM benda lamalah teacher." Affan cuba berdolak-dalih.

“But straight A’s is not something even genius student can get." Ujar Madam Chan membuatkan satu kelas sekali lagi mengeluarkan nada kagum bercampur terkejut.

Emma sendiri terkejut mendengarnya. Straight A’s?! Kenapa aku macam tak pernah tahu? Tapi tak boleh perform dekat matrik? Susah sangat ke matrik ni?
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience