BAB 25

Drama Completed 979

“HABIS!!!” Emma memeluk Rin sebaik saja dia bangkit dari tempat duduknya. Kebetulan tempat duduk Shud berdekatan dengannya ketika peperiksaan berlangsung. Jadi dapatlah dia peneman.

“Tapi soalan tadi tu susah sangatlah. Aku takut tak dapat score." Rin meluahkan kegusaran hatinya.

“InsyaAllah okay, Rin. Kau dah berhempas-pulas study sampai nak termuntah-muntah, kan? Sekarang ni doa ajelah kita dapat result yang baik. Kita dah usaha. Sekarang tawakkal ajelah." Pesan Emma .

“Hmm… Yalah. Eh, hang nak jumpa classmates kan? Jangan balik lambat. Kila tu mak bapak dia dah datang." Beritahu Rin.

“Oh, haah! Hmm… Tak lama kot. Tak apa. Tak apa. Nanti aku cuba balik cepat." Jawab Emma .

“Okay. Jumpa kat bilik naa… Aku nak pi beli makanan dengan Dini." Ujar Rin sebelum berlalu pergi mendapatkan Rozalia yang tempat duduknya agak jauh dari mereka walaupun tempat peperiksaannya sama iaitu di Dewan Sri Khayalan.

Emma memanjangkan kepala mencari rakan sekelasnya iaitu Faten dan Syakila yang juga memiliki tempat peperiksaan yang sama tetapi berbeza bahagian. Dari kejauhan dia sudah ternampak Syakila dan Faten bersama-sama beberapa orang rakan sekelas mereka.

“Syakila !” Panggil Emma sambil mengangkat tangan kerana kedudukan mereka agak jauh dan pelajar di dalam dewan ini pula masih lagi ramai apatah lagi dengan adegan jejak kasih dan acara bersalaman serta mengucap selamat tinggal di sana sini.

Syakila menoleh apabila namanya dipanggil. Sebaik terlihat Emma , dia turut mengangkat tangan tanda menyahut panggilan Emma namun tiba-tiba dia lihat Emma ditarik pergi oleh seseorang.

“Aik, kenapa tiba-tiba hilang Emma ni? Tadi dia ada." Ujar Syakila .

“Eh, tu dekat pintu sana tu Emma , kan? Siapa tarik dia tu?” Faten sudah mula mengecilkan mata cuba mengenali orang yang menarik Emma .

“Macam Affan aje." Ujar Alia pula.

“Hah? Affan ? Ya ka?” Ulang Wei Xin tidak percaya.

“Kenapa Affan tarik Emma ?”

“Hoi, korang tengok apa?” Tanya Afiq yang baru tiba di hadapan dewan itu kerana tempat peperiksaannya agak jauh dari rakan-rakan lain.

“Haah. Bukan main khusyuk nampak." Balas Aisya yang tiba kemudiannya sambil diikuti Suraya.

“Kitorang nampak Affan tarik Emma pergi. Tadi dia beria-ia panggil aku tapi tiba-tiba dia blah macam tu aje bila Affan tarik dia." Cerita Syakila .

“Hah? Affan tarik Emma ? Dia nak buat apa dengan Emma ?” Tanya Firdaus bersungguh-sungguh.

“Kau tak payah nak overactinglah, Daus. Sepak kang." Alia sudah menyua belakang tapak tangannya. Firdaus sudah mencebik.

“Jom tengok nak?” Ajak Nina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience