BAB 2

Drama Completed 979

DISEBABKAN tidak mahu perkara yang lebih buruk menimpa papanya yang sememangnya memiliki penyakit jantung, Affan akhirnya terpaksa menurut jua permintaan papanya itu. Tanpa kerelaan kedua-dua belah pihak, Emma dan Affan akhirnya selamat diijabkabulkan.

Semua bagai mimpi apabila segala-galanya berjalan dengan pantas.

Ya. Mimpi yang dia sangat berharap akan sedar dengan kadar segera.

Namun berkali-kali Emma mencubit pipinya, tetap terasa sakitnya. Ya. Dia tidak bermimpi. Dia kini sudah sah menjadi seorang isteri!

“Yang kau cubit pipi kau sendiri kenapa?” Soal Affan yang muncul dan masuk ke dalam biliknya yang kini sudah dihias cantik. Tersenyum sinis dia melihat hiasan bilik itu. Konon bilik pengantinlah!

“Tak ada apalah." Jawab Emma kekok apabila buat pertama kali selepas dia baligh, auratnya diperlihatkan kepada lelaki bukan muhrim.

Apatah lagi sejak mereka berdua kian remaja, jarang sekali Emma dan Affan bersua muka apatah lagi berborak rancak. Semuanya kerana sejak mereka berdua melangkah ke alam sekolah menengah mereka masuk ke asrama penuh. Itupun bila cuti sekolah mereka lebih gemar membuat hal masing-masing.

Affan duduk melunjur sambil bersandar di kepala katil. Dia menyilang tangan memeluk tubuh sambil merenung Emma .

Emma yang sedang menyikat rambutnya berasa segan, “Tengok apa?”

“Kau ni tak adalah cantik mana."

Emma mendengus, “Ada masalah ke?”

“Kau cintakan aku tak?” Soal Affan tanpa mempedulikan soalan Emma .

Dahi Emma berkerut, "Hah?”

“Tak payahlah buat muka terkejut sangat. Aku tanya ni, kau cintakan aku tak?” Tanya Affan lagi.

“Err… Sejujurnya sekarang ni tak. Tapi…”

“Bagus!” Affan pantas memotong. “Dan aku tak nak kau cintakan aku. Faham?”

“Kenapa?” Tanya Emma .

Affan tersenyum sinis, “Kau tanya ‘kenapa’? Jangan kata yang kau ada rancangan nak cuba jatuh cinta dengan aku?”

Muka Emma tiba-tiba memerah, “Eh, tolonglah! Tak pernah teringin pun.”

“Kau tak nak cari jodoh sebenar kau ke? Kita ni kahwin atas unsur paksaan keluarga. Mungkin kita sebenarnya bukan berjodoh pun tapi dipaksa oleh orang lain. Jadi, aku izinkan kalau kau nak cintai lelaki lain dan kau pun kena relakan aku untuk mencintai perempuan lain. Bila kau dah jumpa lelaki yang kau cinta, aku akan lepaskan kau kalau itu yang kau nak. Sampailah waktu tu aku takkan pernah sentuh kau. Jadi aku akan ‘pulangkan’ kau macam keadaan asallah kiranya. Faham?”

Emma diam seketika sebelum bertanya, “Awak ada siapa-siapa yang awak cinta ke?”

Kening Affan terangkat sebelah, “Sejak bila kau ber ‘awak’ dengan aku ni?”

Emma menggigit bibir menahan malu seketika, “Tak adalah. Apapun sekarang kita tetap suami isteri. Saya tak naklah guna aku-kau sebab kedengaran biadap walaupun awak tak terasa hati. Kalau saya mati kejap lagipun saya akan mati sebagai isteri awak. Jadi tak naklah mati dalam keadaan isteri nusyuz pula!”

Affan kelihatan bingung seketika namun perlahan-lahan mengangguk, “Ah! Apa-apalah. Ikut suka kaulah. Untuk soalan kau tadi sekarang aku memang tengah tak ada siapa-siapa tapi siapa tahu nanti, kan? Tapi kalau betul ada pun nanti, mungkin aku cuma perlu madukan kau aje. Atau kalau kau nak, aku boleh lepaskan kau.”

Emma mengangguk memahami tanpa terasa sentap walau sekelumit tatkala mendengar Affan berniat untuk memadukannya di masa hadapan, “Betul juga. Jadi betul ke ni awak izinkan saya kalau saya cintakan lelaki lain?”

“Yup. Suka hati kaulah!” Ujar Affan yakin.

Emma pula tersenyum lega. Jujurnya dia terasa terbeban jika perlu mencintai lelaki itu. Tidak ada sekelumit rasa cinta pun terhadap lelaki yang sudah dia anggap sebagai abang itu.

“Eh, tapi aku nak tanya sikit. Kau nanti sambung study dekat mana?” Tanya Affan .

“Emm… Bulan depan saya daftar dekat matrik Perlis."

“What?!” Pekik Affan tiba-tiba.
“Ke… kenapa?” Tanya Emma terkejut.

“Err… Tak ada apalah. Dahlah! Aku mengantuk. Kau tidur dekat sofa sana." Arah Affan .

“Eh, kenapa saya pulak? Awakkan lelaki. Awaklah yang kena tidur sana.”

Affan memandang Emma , “Kau nak jadi isteri nusyuz ke tak nak dengar arahan aku ni?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience