BAB 26

Drama Completed 979

“EH, awak! Berhenti!!” Emma memukul tangan Affan yang sedang menarik tangannya namun Affan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu melepaskan pegangannya dan terus mengheret Emma sehinggalah mereka tiba di bawah tangga di hadapan dewan kuliah.

Emma menyentap kuat tangannya apabila Affan akhirnya berhenti mengheretnya.

“Ish, awak ni kenapa heret-heret saya tiba-tiba macam tu? Orang pandang tahu tak?” Bebel Emma . Memang tadi banyak mata memandang adegan tangannya digenggam erat oleh Affan dan diheret laju.

“Biarlah orang pandang. Bukan kita buat benda berdosa pun." Balas Affan selamba.

“Awak ni, kan… Saya tadi tengah nak jumpa kawan-kawan kita tau. Awak boleh main tarik macam tu aje tadi. Tak ada signal tak ada apa! Kalau diorang nampak habis kita!”

“Dah habis dah bebel?” Tanya Affan malas.

Emma mencebik, “Awak nak apa? Lepas ni memang kita nak balik sama pun, kan? Apa-apa hal bincang lepas nilah.”

Affan tersenyum kemudian tiba-tiba dia menarik Emma dan memeluk gadis itu ke dalam dakapannya, “Abang rindu sangat dengan Emma . Dua minggu susah nak tengok muka. Susah nak dengar suara. Sayang tak rindu ke dengan abang? Sampai hati sayang marah-marah abang pula.”

Hilang marah Emma tiba-tiba apabila berada di dalam dakapan suaminya.

Emma tersenyum mendengar kata-kata Affan sebelum dia turut membalas pelukan suaminya itu, “Alaaa… merajuk pula abang ni. Emma pun rindukan abang. Tapi abang janganlah sedih. Lepas ni hari-hari abang boleh tengok muka Emma . Boleh dengar suara Emma .”

Affan melepaskan pelukannya. Dia mencuit hidung Emma sebelum menggenggam tangan isterinya itu, “Lepas ni bolehlah kita hidup macam pasangan suami isteri lain, kan?”

“SUAMI ISTERI?!”

Emma dan Affan yang terkejut dengan sergahan itu pantas menoleh dan melepaskan pegangan tangan mereka.

Terbeliak mata mereka berdua melihat rakan-rakan kelas mereka hanya kurang lima meter saja dari mereka.

“Se… Sejak bila korang… Dekat situ?” Tanya Affan tergagap-gagap.

“Kau dah kahwin, Affan ?” Soal Afiq tidak percaya.

“Dengan Emma ?” Soal Firdaus pula dengan riak serupa.

“Korang suami isteri?” Tanya Syakila bingung.

“Sejak bila weh?” Tanya Marina pula dengan muka berkerut.

“Biar betul korang." Faten pula mencelah.

“Dahsyatnya hangpa." Ujar Alia dengan gaya tidak berperasaan.

“You orang ni tipu-tipu ka betul-betul?” Tanya Wei Xin masih tidak mengerti.

“Korang main-main aje, kan?” Tanya Nina tidak yakin.

“Wooo... Drama apakah ini?” Ujar Suraya dengan muka kagum.

Emma dan Affan saling berpandangan.

Mereka tahu yang tiada gunanya lagi menyimpan tembelang yang sudah pecah.

Emma mengeluh sebelum berkata, “Korang semua, kami minta maaf.”

Emma mengerling Affan , “Ya. Kami dah kahwin. Sejak sebelum masuk matrik lagi sebenarnya.”

“APA?!!!”
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience