BAB 18

Drama Completed 979

“HANG nak pi library lagi ka malam ni?” Tanya Melora .

“Haah. Ada group discussion." Jawab Emma . Walaupun dia cemburukan Melora yang mendapat perhatian Affan namun dia tidak menyalahkan Melora kerana Melora tidak tahu apa-apa tentang status sebenar mereka jadi tidak adil untuk dia menghukum Melora pula.

“Nanti kitorang nak pergi MM. Hang nak ikut?” Tanya Rozalia .
“Emm… Tak apalah. Aku takut habis lambat kang." Ujar Emma sambil menggalas beg.

“Hmm… tak apalah kalau macam tu. Pi elok-elok naa!”
.
.
.
.
.
MALAM ini ternyata Emma bertentang mata lagi dengan Affan . Panas hatinya tatkala melihat lelaki itu betul-betul berada di sebelah mejanya bersama-sama Afiq, Firdaus dan Haziq. Semak betullah!

“Kita pindah meja lain tak boleh ke?” Bisik Emma .

“Kenapa pula? Okaylah meja sini. Ini aje kosong dekat sini. Tempat lain tu bising." Ujar Nina.

Emma mendiamkan diri. Fokusnya benar-benar terganggu apabila menyedari mata Affan sedang merenungnya. Hish, mamat ni! Kalau dah kena korek biji mata tu nanti baru ada akal. Memang dasar mata keranjang.

Akhirnya perbincangan mereka tamat jua. Kebetulan sewaktu Emma dan rakan-rakannya mahu pulang, empat rakan lelaki mereka itu juga sudah selesai menyelesaikan tugasan mereka.

Mereka semua berjalan pulang ke blok masing-masing bersama-sama kecuali Affan yang katanya mahu membeli sesuatu di Mini Market.

Namun Emma yang teringat bahawa rakan-rakan sebiliknya ada memberitahu mahu ke Mini Market lantas sedar yang Affan sebenarnya mahu menemui Melora . Dah berjanjilah tu!

“Kau ni aku tengok dari dulu macam tak suka aje dengan Affan tu. Dah nak habis pun kita dekat sini. Kenapa hah?” Tanya Afiq.

Kini cuma tinggal Emma , Haziq, Firdaus dan Afiq saja selepas menghantar rakan mereka yang lain di blok yang lebih hadapan.

“Aku cuma tak suka dia tanpa sebab. Tak perlu sebab pun kalau kita nak benci seseorang tu." Jawab Emma ringkas.

“Ke kau suka dia ni? Haaa…” Haziq mengusik.

“Eh, tolonglah! Geli aku nak suka lelaki muka jambu macam tu. Dahlah badan pun tak sado mana.” Kutuk Emma menahan geram sambil membayangkan Affan yang berwajah jambu dan kurus itu.

“Haha… Yalah tu. Okaylah, jumpa esok!” Haziq, Afiq dan Firdaus beredar apabila mereka sudah tiba di hadapan E4.

“Bye!” Emma melambai ke arah mereka sebelum melangkah ke bloknya.

Sebaik saja Emma mahu mendaki tangga, tiba-tiba tangannya ditarik seseorang sebelum dia diheret keluar dari bloknya.

Namun Emma pantas mengenali identiti orang tersebut.

“Affan ! Awak buat…” Mulut Emma kemudiannya ditekup oleh Affan menyebabkan suaranya tidak lagi kedengaran sebaliknya dia hanya meronta mahu melepaskan diri. Amat mengejutkan apabila kudrat Affan yang kurus itu sangat kuat untuk memaksanya mengikuti lelaki itu.

Malam hari biasa seperti itu tidak begitu ramai pelajar yang lalu-lalang di situ. Mungkin kerana semuanya sibuk di meja belajar atau di perpustakaan bagi menyiapkan tutorial masing-masing jadi tidak memiliki banyak masa untuk merayau-rayau. Apatah lagi peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi.

Emma ditarik sehingga ke makmal komputer yang terletak di hadapan blok Emma .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience