BAB 6

Drama Completed 979

“WOI, tak rindu aku ke?” Affan menyapa.

Emma yang baru mahu memilih ayam goreng sedikit terkejut, “Ish, awak ni! Kalau orang lain dengar mati saya. Awak tahu tak awak tu ramai peminat?”

“So? Kau jealous ke?” Usik Affan sambil memilih lauk.

Mujur waktu jam dua petang seperti ini tidak ramai pelajar di kafe. Dia yang kebuluran terus ke kafe selepas diberitahu oleh rakan sekelasnya bahawa kelasnya dibatalkan. Tidak sangka pula boleh berjumpa dengan Emma yang turut mahu membeli makanan tengahari.

“Tolong sikit. Tak teringin saya nak jealous. Annoying lagi ada tau!” Bisik Emma keras sebelum melangkah ke kaunter pembayaran.

“Eh, tunggu!” Arah Affan menyebabkan Emma terhenti. Affan pantas mengambil lauknya dan mengikuti langkah Emma sambil berbisik, “Kau ni tunggulah dulu suami kau ni."

Mata Emma terbeliak besar namun dia hanya menahan marah sebelum lantas ke meja kaunter, “Berapa Bang Din?”

“Adik punya RM3.50,” Bang Din, tauke Bang Din’s Cafe menjawab sambil membungkus makanan Emma .

Affan meletakkan pinggannya sebelum bersuara, “Sekali, Bang Din.”

Emma terkejut mendengar kata-kata Affan . Mamat poyo ni yang keluarkan dompet. Maknanya dia nak bayar. Jadi dia nak belanja aku ke?

“Sekali? Kalau sekali RM7. Wah… Ada apa-apa ke ni Affan ?” Bang Din yang sememangnya mengenali Affan mengusik.

“Sekali-sekala buat baik, bang.” Affan berkata sambil tersenyum.

Emma hanya mendiamkan diri dan mengambil bungkusan nasinya dan menuju ke bahagian rak roti untuk mengambil plastik.

“Sekali-sekala nak buat baik dekat bini, kan…” Bisik Affan di telinga Emma sebelum Affan melangkah pergi untuk membeli air.

Emma dapat merasakan mukanya merah padam saat itu. Eiii…! Saja aje tau mamat ni nak usik aku!
.
.
.
.
.
“NAK buka puasa sama-sama hari ni?”
Syakila mengangguk, “Budak kelas A yang ajak. Jomlah,”

“Yelah. Nanti lepas kelas kita pergi bazaar jom." Ajak Emma .

Seperti dijanjikan, selepas tamatnya kelas mereka hari itu, mereka mengunjungi bazaar ramadhan yang diadakan khas sepanjang bulan ramadhan di hadapan makmal komputer.

Sekejap saja ramadhan sudah menjelang kembali dan ini merupakan kali pertama Emma merasai pengalaman berpuasa di negeri orang.

“Nak beli apa lagi?” Tanya Faten selepas mereka selesai membel nasi.

“Emm… Nak beli my favourite karipap pusing kejap." Ujar Emma sebelum melangkah ke gerai yang berada di hujung sekali.

Gerai itu sememangnya popular dan ramai pelajar berkerumun di situ. Emma sudah terjengket-jengket cuba memastikan posisi kuih karipap pusing kegemarannya.

“Kau nak beli kuih ke?” Tegur Affan yang entah sejak bila sudah berada di sebelahnya.

“Dah tu takkan nak beli rantai basikal pula." Perli Emma .

“Kau pergi ke buka puasa hari ni?” Tanya Affan .

“Pergi. Awak?”

“Aku nak pergi tapi aku nak bini aku bawakan makanan untuk aku.” Ujar Affan .

Emma membuat muka meluat, “Siapa bini awak?”

“Nak aku pekik dekat sini ke jawapan soalan kau tu?” Ugut Affan sambil tersengih jahat.

“Fine! Awak nak makan apa?”

Affan merampas bungkusan Nasi Ayam milik Emma , “Aku nak nasi kau ni. Aku malas nak bersesak dengan budak-budak tak cukup umur."

Terbeliak mata Emma , “That’s mine!”

“Jumpa nanti, wifey.” Affan berbisik jahat sebelum melangkah pergi.

Emma yang mahu mengejar Affan dan mencekik lelaki itu terhenti apabila bahunya dicuit. Ternyata Faten yang mencuitnya, “Dah beli ke belum Emma ?”

“Err… Malaslah nak beli kuih. Eh, teman pergi gerai Nasi Ayam tadi balik.”

“Eh, tadikan dah beli? Mana nasi tadi?” Tanya Faten apabila tangan Emma kosong.

“Ada gorilla ambil. Dah jom cepat. Nanti habis pula!” Emma menarik tangan Faten yang sudah berkerut itu.
Gorilla?
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience