BAB 14

Drama Completed 979

“MELORA , tadi Nina cerita yang Affan tu dah ada makwe!” Rin yang baru saja pulang membuka cerita sambil duduk di katil Nad yang sudah berpindah ke KUIM.

“Hah? Mana hang tau ni?” Melora yang tadinya leka menonton Running Man bersama-sama Emma , Rozalia dan Kila menoleh. Emma yang berpura-pura tidak melayan memasang telinga.

“Betul! Dia kata tadi dia nampak Affan jalan pegang tangan dengan sorang perempuan ni tapi Nina tak perasan sangat muka budak tu." Cerita Rin. Emma menelan air liur.

“Hah, Kila baru teringat! Kawan Kila pun ada cerita yang dua hari lepas ada sorang perempuan pakai mask jerebu tu hantar makanan dekat Affan . Dengar cerita Affan demam masa tu. Perempuan tu siap pegang-pegang muka dia!” Cerita Kila pula.

Emma menggigit bibir, ‘Matilah aku kalau diorang tau itu aku!’

“Hmmm… Tengok! Bukan bagus sangat pun Affan tu. Siap boleh pegang-pegang dengan perempuan. Memang dasar playboy. Perempuan tu pun sama galak! Itu lelaki yang hang nak, Melora ?” Tanya Rozalia .

Emma menjeling Rozalia dalam diam. Berani kau kutuk aku dengan laki aku depan aku pula tu!

“Ah, aku tak percayalah! Dia baiklah. Aku kenal dia!” Melora masih berkeras.

“Habis tu sampai berani pegang-pegang tangan. Dok biaq perempuan tu pegang muka dia. Bukan gatal namanya?” Soal Rozalia masih menunjuk rasa tak berkenannya terhadap Affan .

“Perempuan tu agaknya yang galak." Melora masih cuba membela Affan .

Emma beralih menjeling Melora pula.

“Tapi kalau tak dia pun melayan tak adalah perempuan tu terus galak. Lelaki ni semua sama tak boleh pakailah dalam dunia ni! Nak-nak budak Affan tu." Balas Rozalia .

“Tak!” Jawab Emma dan Melora serentak namun kemudian mereka berpandangan.

“Yang hang sama emo ni pasaipa, Emma ?” Tanya Rin.

“Err… Tak, maksud aku ayat lelaki semua tak boleh pakai tu aku tak setuju. Ada aje lelaki yang baik, kan?” Emma pantas mencipta jawapan.

“Oh, ingat Emma pun dah suka dekat budak tu!” Ujar Kila .

“Haah. Mana tahu hang dah masuk kelab peminat dia kot." Tambah Rin pula.

“Eh, tak adalah! Merepek ajelah korang ni. Tak nak aku dengan budak tak semenggah macam tu. Dahlah, aku nak pergi mandi dulu ya!” Emma mencapai tuala dan baldinya sebelum melangkah keluar dari bilik.

Tiba di luar dia mengeluh. Tak pasal-pasal dapat dosa pula kutuk suami sendiri.

“Emma , tunggu sat!” Melora yang turut menggendong peralatan mandiannya memanggil Emma yang baru beberapa langkah menuju ke tandas.

“Awal hang mandi hari ni? Selalu malam pun belum tentu mandi." Perli Emma sambil berjalan beriringan dengan Melora .

“Aku bengang Rozalia asyik kutuk Affan tu aje. Sakit hati aku bila pakwe aku dikutuk sebegitu rupa." Ujar Melora sedih.

“Pakwe? Perasan je kau ni." Emma tersenyum sinis.

“Eh, aku serius ni tau! Aku bagitahu kau sorang aje pasal ni." Ujar Melora serius.

Emma memberhentikan langkah, “Kau bercinta dengan Affan ke?”

Melora mengisyaratkan Emma supaya memperlahankan suara, “Aku cerita dekat kau sorang tau. Affan sebenarnya suka aku!”

Mata Emma terbeliak. Say whattt?!

“Dia selalu belanja aku coklat dengan aiskrim. Tiap-tiap hari dia akan tegur kalau nampak aku. Muka dia selalu ceria aje bila jumpa aku." Cerita Melora .

“Dia… Dia pernah confess ke dekat kau?” Tanya Emma yang sedang cuba bersabar.

Coklat? Aiskrim? Aku cuma pernah dapat karipap pusing aje tau! Itupun Nasi Ayam aku kena rembat. Tegur aku? Heh, kadang-kadang tu buat-buat tak nampak lagi ada. Ceria? Selalu kena maki adalah. Kalau dia nak buat baik dengan aku pun tengoklah mood dia tu okay ke tak.

“Taklah sampai pernah confess. Tapi yalah, bila lelaki buat macam tu apa tujuan dia? Tak ke itu tanda dia suka kita? Perasaan aku kuat mengatakan tak lama lagi mesti dia confess. Kau ingat tak yang aku balik lambat dua hari lepas?” Tanya Melora .

“Hah…? Jadi?” Emma teringat yang semalam sudah hampir jam 11 malam barulah Melora pulang. Sangkanya Melora merewang pergi bilik kawan-kawannya menonton drama Korea sebab Melora memang suka merayau dari satu bilik ke satu bilik lepas tu kadang-kadang pukul satu atau dua pagi baru balik bilik.

Sebelum itu juga puas dia cuba menghubungi Affan kerana mahu bertanyakan perkembangan kesihatannya namun puluhan panggilan yang dibuat satu pun tidak diangkat. Takkanlah…

“Malam tadi aku berborak sakan dengan dialah! Dia belanja aku aiskrim Magnum pula tu! Kitorang lepak depan MM borak-borak sampai tak perasan dah pukul 11. Tau-tau nak kena halau dengan guard. Macam-macam benda dia cerita dekat aku. Bila aku pula bercerita seronok dia dengar." Cerita Melora teruja sambil ketawa geli hati.

Emma terdiam namun dia hanya tersenyum untuk mengaburi mata Melora . Melora yang sedang dalam keadaan gembira itu melangkah masuk ke dalam tandas dengan hati yang riang.

Jadi adakah masanya akan tiba tak lama lagi? Adakah ini bermakna Affan sudah menemui gadis yang disukainya? Melora kah orangnya? Kalau Affan serius, mungkin dia akan dimadukan atau diceraikan menurut kehendaknya. Jadi selama ini perubahan emosi Affan yang menjadi ceria bukan disebabkan Affan sudah jatuh hati kepadanya namun sebaliknya dia sedang bahagia bersama-sama Melora .

Tapi kenapa hati aku rasa sakit sangat sekarang ni? Kenapa aku nak rasa marah? Memang sejak awal hubungan aku dan Affan tak ada apa-apa dan kami sudah berjanji tidak akan kisah kalau masing-masing mempunyai perasaan kepada orang lain. Ya Allah…. Serabutnya otak!
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience