BAB 21

Drama Completed 979

EMMA bersyukur sangat-sangat apabila Encik Faizal bersetuju untuk melindungi mereka demi kebaikan bersama termasuklah demi menjaga imej kolej mereka. Mereka juga terpaksa berjanji macam-macam untuk meraih kepercayaan felo mereka itu.

Namun Emma masih memiliki satu masalah yang masih belum selesai – rakan sebiliknya.

“Korang, janganlah macam ni. Aku minta maaf." Ucap Emma namun ucapannya itu langsung tidak disambut oleh seorang pun rakannya itu.

Sejak pulang ke bilik tadi semuanya melekat di meja studi dan berlagak tekun menyelesaikan kerja masing-masing termasuklah Melora yang biasanya masa lapangnya hanya tidur saja. Lebih teruk semuanya menyumbat telinga dengan earphone masing-masing.

Kila lagi dahsyat, dengan headphone di kepala, kepalanya turut terangguk-angguk mengikut rentak lagu.

“Rin, aku minta maaf…” Emma memegang bahu Rin namun Rin menepis tangan Emma . Emma tersentap apabila Rin dengan dingin menepis tangannya.

Emma beralih kepada Rozalia . Dia turut memegang lembut bahu Rozalia , “Rozalia …”

“Melora , kenapa aku rasa bahu aku ni macam berat? Hang letak batu ka?” Tanya Rozalia tiba-tiba kepada Melora yang berada di sebelahnya.

“Dak aiiihhh… Hang rasa berat pasal ada tangan penipu dekat bahu tu. Orang menipu ni banyak dosa. Baik hang tepis cepat macam Rin buat." Jawab Melora selamba.

Rozalia turut melakukan perkara yang sama. Tangan Emma ditepis sekasar mungkin.

Emma tiba-tiba menjadi hilang sabar. Dengan rasa bengang dia menarik earphone di telinga Rozalia .

“Weh, hang pasaipa?!” Tengking Rozalia sambil menolak kasar kerusinya sampai tergolek kerusinya itu.

Melora juga sudah turut berdiri. Kila dan Rin pula sudah menoleh sambil membuka headphone dan earphone masing-masing.

“Aku tahu korang marah. Memang aku tipu korang. Tapi tak boleh ke korang dengar explanation aku? Janganlah buat aku macam tunggul." Rayu Emma .

“Oh, kami buat hang macam tunggul? Habis selama ni kami kena tipu dengan hang hidup-hidup bukan setakat macam tunggul tapi dah macam batu tepi jalan. Tak ada yang peduli." Marah Rozalia .

“Hang mesti seronoklah kan gelakkan aku diam-diam selama ni bila aku dok tergedik-gedik dengan Affan sedangkan dia laki hang. Hang memang saja nak tengok aku syok sendiri cerita yang konon Affan tu suka aku, ada hati dekat aku sedangkan hang tau dia dah kahwin dan isteri dia ialah hang! Memang aku bodoh tak sedar yang selama ni dia borak pasal hang aja. Aku cuma fikir seronok dapat borak dengan dia. Seronokkan dapat mempermainkan kawan sendiri?” Perli Melora sinis dengan mata berkaca jelas mempamerkan kekecewaan hatinya.

Air mata Emma tiba-tiba menitis, “Aku tak pernah terfikir pun nak mempermainkan kau. Mempermainkan kawan-kawan aku ni semua. Keadaan yang membuatkan aku tak dapat berterus-terang. Ikutkan aku memang nak cerita tapi risiko dia terlalu tinggi.”

“Kitorangkan kawan Emma . Kenapa Emma tak boleh percayakan kitorang?” Soal Kila pula serius. Tidak pernah dia lihat wajah Kila serius seperti itu.

“Hal ni terlalu peribadi. Bukan soal percaya atau tidak tapi hal ni melibatkan keluarga Affan juga. Diorang amanahkan Emma jangan beritahu sesiapa. Buruk padahnya kalau sampai ada orang lain tahu. Kalau sampai orang tahu memang Emma kena buang matriklah cerita dia. Emma tak ada pilihan lain selain simpan aje rahsia ni.” Jelas Emma .

“Habis dengan kami pun hang tak percaya? Kami kawan baik hang. Tidoq pun sampai tahap sebantal kadang-kadang tu. Apa gunanya kawan kalau tak saling mempercayai?” Soal Rin tak puas hati yang memang kadangkalanya tidur sebantal dengan Emma apabila mereka tidur di lantai dengan membawa turun tilam.

Dia, Emma dan Rozalia memang biasa tidur bertiga beralas tilam di lantai. Rin yang memang lasak tidur ada kalanya sampai tidur di atas perut Emma !

“Aku tak maksudkan hangpa semua tak boleh dipercayai. Korang kawan yang paling aku boleh percayai yang pernah aku jumpa. Korang bukan macam batu tepi jalan tapi macam permata yang tidak ternilai harganya. Cuma hal ni melibatkan amanah keluarga Affan . Bila dah nama amanah, berdosa jika aku tak laksanakan.

Apatah lagi Affan pun minta aku rahsiakan. Dia suami aku. Aku kena taat dengan arahan dia. Aku boleh jatuh nusyuz kalau ingkar." Jelas Emma lagi dengan tegas.

Keempat-empat rakannya tidak berkata apa-apa namun kelihatan terkesan dengan kata-kata Emma itu apatah lagi apabila Emma mengakui mereka ialah rakan yang paling dipercayainya.

“Aku tahu kalau korang masih tak boleh terima maaf aku ni. Aku tahu memang sakit bila kita kena tipu hidup-hidup. Tapi percayalah, selama ni bila hal Affan timbul aku sentiasa diselubungi rasa bersalah yang kuat. Aku nak sangat berterus-terang tapi keadaan tak mengizinkan aku. Aku sayang korang sangat-sangat. Koranglah kawan paling berharga yang pernah aku jumpa. Kalau boleh aku tak nak hubungan kita putus macam ni. Tapi kalau korang still tak boleh maafkan aku. Aku faham. Tak apalah. Aku boleh minta tukar bilik kalau korang nak. Stay dekat bilik kosong pun aku tak kisah kalau korang tak nak tengok muka aku. Kita pun bukannya lama lagi dekat sini.”

Emma sudah melangkah mahu meninggalkan ruangan belajar itu namun tiba-tiba Kila bersuara, “Betul ke kami ni macam permata bagi Emma ?”

Emma tersenyum sebelum mengangguk, “Permata yang tiada penggantinya. Terlalu bernilai.”

“Tapi Emma sekarang dah jadi isteri orang. Kami semua ni masih lagi budak-budak mentah. Siapalah kami nak berkawan dengan isteri orang macam Emma ." Tambah Kila .

Emma tersenyum. Air matanya jatuh lagi. Pantas dia mendapatkan Kila dan memeluk rakannya itu, “Status isteri tak bermakna Emma tak boleh kawan dengan korang. Korang tetap kawan terbaik Emma . Emma sayang korang sangat-sangat."

Tiba-tiba Emma merasakan ada tangan lain pula menyentuh bahunya. Rin sudah mendekatinya, “Aku minta maaf marah hang tadi.”

Melora pula menepuk bahu Emma , “Aku minta maaf pasai selalu goda laki hang."

Emma ketawa kecil. Dia memandang Rozalia pula. Rozalia memandang Emma seketika sebelum melarikan pandangan, “Aku tak ada salah apa kat hang. Tapi aku terimalah maaf hang tu.”

Mereka semua ketawa sebelum semuanya saling berpelukan. Emma memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi apabila akhirnya rakan-rakannya itu memaafkannya. Rakan-rakannya itu sangat berharga baginya. Mungkin lepas ini tiada lagi rakan-rakan seperti mereka. Walaupun pelbagai perangai tapi jauh dalam sudut hati mereka sebenarnya saling menyayangi antara satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience