BAB 28

Drama Completed 979

SATU DEMI SATU rakan-rakan matrikulasi Emma rakan sekelas mahupun rakan sebilik berangkat pulang kembali ke pangkuan masing-masing.

Berjurai-jurai air mata mengalir menghantar pemergian mereka.

Salaman dan pelukan erat menjadi perkara wajib untuk menggambarkan rasa sedih mereka untuk berpisah.

Emma menjadi orang terakhir yang pulang antara rakan sebiliknya kerana mama dan papa Affan mengalami masalah semasa dalam perjalanan.

“Sedih lagi ke?” Tegur Affan ketika dia dan Emma sama-sama memasukkan barang-barang di dalam bonet kereta papa Affan .

“Sedihlah. Saya sorang aje yang tinggal. Satu demi satu saya tengok kawan-kawan saya tinggalkan saya." Cerita Emma sedih.

“Tapi abangkan ada?” Affan menggenggam tangan Emma .

Emma perlahan-lahan mengukir senyuman, “Yalah.”

“Ehem! Jangan nak sweet-sweet sangat dekat bonet ni. Pergi ambil barang lagi kalau ada.” Tegur Datin Zabedah menyebabkan Affan melepaskan pegangan tangan manakala Emma tersenyum malu dengan muka yang merah.

“Errr... Barang Affan dah tak ada. Barang Emma ?” Tanya Affan cuba mengubah topik.

“Errr... Ada lagi sikit tu. Sekali lagi bawa aje habislah.” Beritahu Emma .

“Hmm… pergi tolong Emma , Affan . Kita nak kena cepat ni." Arah Dato’ Midon .

Affan menurut dan mengekori Emma kembali ke bloknya. Tinggal bagasi beroda Emma dan anak patung beruangnya saja di situ.

“Biar abang bawa beg ni." Affan sudah mengambil bagasi Emma itu dari tangan Emma .

“Eh, tak apalah! Emma boleh bawa." Ujar Emma .

“Habis, takkan nak abang bawa teddy bear tu pula. Jatuhlah maruah suami Emma ni." Bisik Affan .

Emma tergelak, “Yalah… jom!”

“Ini langkah terakhir kita sebelum masuk dalam kereta. Shall we?” Affan tiba-tiba menghulurkan lengannya minta dirangkul oleh Emma .

“Nak pegang tangan ke?” Tanya Emma tidak yakin.

Affan mengangguk, “Ala-ala dekat red carpet gitu. Lagipun orang dah tak ramai pun ni. Cepatlah."

Emma akhirnya merangkul juga tangannya dengan tangan Affan sebelum mereka mula melangkah menuju ke kereta kembali.

Walau ada mata yang memandang hairan tapi kini Emma sudah tidak kisah.

Dia bahagia dengan apa dilaluinya dan dimilikinya sekarang. Dia jatuh cinta dengan kehidupannya di matrikulasi ini yang sudah banyak mengajarnya tentang pelbagai perkara yang mungkin tidak akan dia perolehi di tempat lain. Dia berdoa kepada Yang Maha Esa semoga cabarannya di masa akan datang dapat dia tempuhi dengan jayanya. InsyaAllah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience